Thursday, January 28, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - RINGGIT DAN POKET

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: RINGGIT DAN POKET
Bil 1367 Jan 2010
.........Ringgit dan poket pun macam "irama dan lagu". Tak percaya, lihat sahaja perasaan seseorang jika poketnya kosong berbanding dengan bila poketnya penuh. Mengapakah manusia sering melakukan kesilapan yang sama dalam mengurus kewangan? Jawapannya kerana TABIAT. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Atas kesedaran tersebut saya giat menjalankan aktiviti menanam tabiat kewangan yang baik di kalangan anak-anak muda. Contohnya saya dan beberapa rakan seperjuangan memberikan bengkel pengurusan kewangan kepada wira dan wirawati di Kem-kem PLKN seluruh negara.  Kebanyakan mereka berminat untuk melanjutkan pelajaran. Jadi inilah serba sedikit perkara yang kami sempat ajarkan di sana.
......bersambung.....
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Perbincangan lanjut isi kandungan dan jadual-jadual dalam artikel ini boleh dirujuk pada buku "RINGGIT DAN POKET" karangan En Noor Alim Mohd Yunos. Buku ini ditujukan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi,tetapi para pelajar peringkat sekolah menengah juga boleh mendapat manfaat. Baca online di Google Books.)

Thursday, January 21, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita-PANDUAN BEBAS HUTANG UNTUK AZAM TAHUN BARU

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: PANDUAN BEBAS HUTANG UNTUK AZAM TAHUN BARU
Bil 1366 Jan 2010
.........Sekiranya Encik H tahu menguasai strategi pengurusan hutang, dia bukan sahaja mampu menjimatkan ratusan ringgit malah dapat mengelakkan daripada terlalu banyak membayar faedah kepada pihak lain. Mari kita lupakan Encik H sebentar. Kenapakah bagi kebanyakan orang,usaha membebaskan diri dari masalah hutang sering buntu? Mungkinkah mereka:
1) Tidak faham bagaimana hutang itu terjadi
2) Tidak mempunyai matlamat
3) Buat hutang baru setiap kali berjaya selesaikan hutang lama
4) Tidak tahu strategi penghapusan hutang yang betul
5) Silap tanya nasihat kepada pihak yang salah contohnya bertanya balik kepada pihak bank
6) Gagal mendisplinkan diri atau hangat-hangat tahi ayam sahaja
......bersambung.....

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

(Email kepada saya ilmudigital@gmail.com untuk informasi buku pemulihan hutang dalam Bahasa Malaysia yang memperincikan kaedah pengurusan hutang, bagaimana melangsaikan hutang dengan lebih cepat, rahsia mengurus hutang kad kredit, kalkulator Penyata Nilai Bersih dan kalkulator menganggar berapa lama untuk bebas hutang.)

Thursday, January 14, 2010

Sedutan Artikel Majallah MIDI - JANGAN KELIRU DENGAN SEBUTHARGA INSURANS/TAKAFUL

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada pihak editorial
Tajuk:JANGAN KELIRU DENGAN SEBUTHARGA INSURANS/TAKAFUL 
Bil 81 Jan 2010

.....Sekiranya kita membeli produk kewangan, membeli secara emosi memang tidak boleh dielakkan. Apa yang boleh dilakukan jadikan pembelian emosi itu penilaian kedua selepas penilaian secara logikal/kritis. Tanpa langkah sedemikian satu masa nanti akan timbul rasa penyesalan yang tiada sudah. Satu contoh pembelian produk kewangan jangkapanjang ialah produk insurans atau takaful. Bagaimana memilih produk yang sesuai dengan kemahuan pengguna? Satu cara ialah dengan menilai sebutharga (quotation). Alat ini boleh memberi maklumat secara kuantitatif sahaja. Ia tidak akan memberi sebarang petunjuk berkenaan dengan kekuatan atau kewibawaan syarikat insurans yang menjual produk tersebut. Maklumat sedemikian dapat diperolehi daripada:
  • Penyata tahunan syarikat
  • Lapuran tahunan badan penyelia industri seperti Bank Pusat
  • Lapuran suratkhabar berkaitan dengan sejarah tuntunan yang pernah dilakukan
  • Berita tak langsung contohnya dari penasihat-penasihat kewangan lain
Saya petik contoh daripada buku saya "Rahsia Mengurus Insurans Hayat"......

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
Cara membeli buku-buku saya termasuk "Rahsia Mengurus Insurans Hayat".

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - EMPAT PAKSI KEKAYAAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: EMPAT PAKSI KEKAYAAN 
Bil 1365 Jan 2010
Kadang-kadang apabila terlalu sibuk bekerja untuk cari duit kita lupa memikirkan cara-cara buat duit. Akibat ancaman dunia ekonomi baru kita tidak boleh lagi berharap kepada model perancangan kewangan yang lapuk. Memang model klasik perancangan kewangan masih utuh dari segi praktikal.
Tetapi ia terpaksa diubahsuai kerana dunia sekarang seolah-olah tiada lagi sempadan. Formula 4 Paksi Kekayaan atau 4 Tiang Kekayaan  KEBEBASAN KEWANGAN = JANA DUIT + URUS HUTANG + MENYIMPAN + PELABURAN BIJAK
Untuk melaksanakannya buat langkah-langkah berikut:

1. Yakin pada diri sendiri bahawa anda boleh mencapai kebebasan kewangan dan mulai sekarang tanam buat komitment dalam diri anda untuk mencapainya. Ianya dalam gengangam jika   anda benar-benar mahukannya. Anda mesti YAKIN - itu yang paling penting.   Kemudian panduan Tuhan,kuasa minda dan restu orang tua akan membantu seterusnya. Ubah pemikiran yang mengatakan anda mesti bekerja sampai pencen.......bersambung.....

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, January 07, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - CAJ AKIBAT KAD KREDIT BUKAN OLEH KAD KREDIT

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: CAJ AKIBAT KAD KREDIT BUKAN OLEH KAD KREDIT
Bil 1364 Jan 2010
Ya, jangan keliru dengan tajuk artikel ini. Apa yang saya maksudkan di sini bukannya caj kewangan seperti bunga, denda bayaran lewat tetapi caj-caj lain yang bakal pengguna alami. Diharapkan jika mahu memohon kad kredit pertimbangkanlah kos-kos yang bakal dialami ini di samping kos dalaman yang tersembunyi dalam penyata hutang............contohnya......

CUKAI PERKHIDMATAN KAD KREDIT- Tidak lama lagi dalam tahun 2010 pengguna akan dikenakan RM50 setahun untuk kad kredit utama, kad caj dan kad yang diberikan percuma serta RM25 setahun untuk kad kredit tambahan. Dalam tahun 2001 tak silap saya, perkara ini pernah dibincangkan oleh beberapa pemimpin persatuan pengguna. Ketika itu kerajaan bercadang melupuskan cukai kad bagi menggalakkan orang ramai berbelanja menggunakan kad kredit. Mereka menyifatkan langkah kerajaan melupuskan cukai RM50 ke atas kad kredit bukan cara terbaik menggalakkan orang ramai berbelanja.....


Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, January 03, 2010

Sedutan Artikel MIDI - PERISIAN PERANCANGAN KEWANGAN MINI

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada pihak editorial
Tajuk: PERISIAN PERANCANGAN KEWANGAN  MINI 
Bil 80 Jan 2010
.....Untuk pengguna biasa, perisian perancangan kewangan sepatutnya mengambil masa singkat sahaja untuk mendapatkan jawapan. Perisian sebegini saya gelarkan "Perancang Kewangan Mini". Ia sesuai digunakan oleh orang biasa dan mereka yang terlibat dalam kerjaya menasihati pelanggan dalam produk dan perkhidmatan kewangan. Oleh kerana ia direkabentuk untuk kemudahan penggunaan orang biasa maka sudah tentu ia tidak boleh dinobatkan sebagai jaguh antara perisian kewangan yang digunakan oleh perancang kewangan profesional. ....... (sambungan)
....Dalam masa 10 minit sahaja seorang pengguna yang mempunyai sedikit kemahiran komputer dan matematik sekolah rendah sudah boleh melihat hala tuju perancangan kewangannya. Perisian ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, versi Bahasa Malaysia masih dalam pembangunan . ....

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Mereka yang berminat mendapatkan perisian ini, bukan percuma ya, boleh menghubungi saya H/p atau email untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan. .)

Saturday, January 02, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - AKAUN SAYA KENA ROMPAK MELALUI INTERNET

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: AKAUN SAYA KENA ROMPAK MELALUI INTERNET
Bil 1363 Jan 2010

Artikel ini susulan kepada pertanyaan seorang pembaca yang pernah mengalami nasib seperti yang diceritakan dalam tulisan saya "PEROMPAK BANK INTERNET".

Kandungan surat asal:
Saya terbaca artikel tulisan anda di MIngguan Wanita Bil 1358 Nov 2009 bertajuk "Perompak Bank Internet" dan pernah menjadi mangsa kepada kegiatan ini pada bulan Oktober yang lalu. Harap encik dapat memberi sedikit panduan bagaimana atau adakah sebarang cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kembali wang yang hilang itu? Untuk makluman, laporan polis telah dibuat & maklum balas dari pihak bank juga telah diterima. Berikut balasan pihak-pihak yang saya minta bantuan.

Dipetik dari surat Bank XXXX kepada saya:

" We would like to clarify that a valid username and password were used to access your account via bankx.com.Based on our investigation into our system, our records showed there were no system failure, problem or any breach of security of bankx.com in processing the above activities at the date and time mentioned involving the above account.In view of this, we were very much regret to inform that the bank is unable to accede to your request for refund of the said amount."

Perkembangan dari pihak polis:.....

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.