Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PROGRAM PERANCANGAN KEWANGAN SEPANJANG HAYAT
Bil 1405 Oct 2010
...........Tiga tabung yang mustahak dalam perancangan kewangan ialah tabung perlindungan, tabung simpanan kecemasan dan tabung pelaburan. Biasanya ketiga-tiga tabungan ini dibuka secara berasingan dengan pihak institusi kewangan tunggal atau lebih dari satu. Kalau nak pantau banyak sikit kerjanya jika kita menggunakan satu program yang menggabungkan ketiga-tiga tabung di atas. Program ini juga wajib mempunyai fleksibiliti yang tinggi.
Sekarang mari kita lihat bagaimana insurans berkait pelaburan boleh digunakan sebagai satu program perancangan kewangan sepanjang hayat. Dalam contoh ini Cik A membeli cuma satu polisi insurans berkait pelaburan sahaja sepanjang hayatnya. Contoh ini juga sengaja dipermudahkan supaya fleksibiliti pelan insurans ini dapat ditunjukkan dengan jelas. Harap faham angka-angka di sini bergantung kepada sebutharga dan jenis perkiraan aktuari yang pastinya berbeza dari satu syarikat insurans ke syarikat lain. Konsep ini boleh diapplikasi kepada pelan takaful juga. Cuma gantikan perkataan "insurans" dengan "takaful" dan "premium" dengan "sumbangan". Contoh ini dipetik dari buku saya "Rahsia Mengurus Insurans Hayat".............

(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
4 comments:
Salam Sejahtera En Sunthara,
Saya sudah membaca artikel ini di dalam majalah Mingguan Wanita. Utk pengetahuan tuan,saya ada investment-linked assurance dgn salah satu syarikat insuran. Saya amat harapkan jasa baik tuan untuk menerangkan lebih lanjut Fleksibiliti Keempat. Adakah pemegang polisi investment-link insurance boleh diaplikasikan sbg satu pakej utk membeli hartanah kerana pd masa yg sama saya dlm perancangan membeli sebuah kediaman. Terima kasih..
Boleh tapi bergantung kepada jenis kontrak, jumlah premium dan projeksi seperti mana yang boleh dilihat dalam quotation. Kemudian kontrak pinjaman perumahan pula, samada bank benarkan perlindungan mortgage dilakukan melalui insuran anda dan bukannya panel mereka. Diterangkan dalam buku saya Rahsia Mengurus Insurans Hayat. Dan elok dapatkan konsultan insurans/takaful anda untuk melihat samada pelan anda match dengan hasrat kewangan anda. Kalau dia tidak tahu cari orang lain atau hubungi saya.
Sunthara
Terima kasih En Sunthara atas saranan tersebut. Utk pengetahuan tuan saya mula membeli insurance ini thn 2000 dgn initial premium RM150.00 selama 6thn, kemudian dinaikkan kepada RM200 thn 2006 hingga 2008.Dari thn 2008 hingga kini premium yg saya byr dinaikkan kepada RM300.00 kronologi sama seperti yg dijelaskan oleh tuan di dlm artikel tersebut cuma bezanya premium dlm artikel itu berjumlah RM350.00..saya akan cuba dptkan penjelasan dr konsultan samada dpt diapplikasikan sebagai pakej membeli hartanah..lagipun hartanah yg ingin dibeli adalah rumah pertama saya & keluarga..
Jangan lupa jumpa pegawai bakal bank atau financier kerana kalau mereka tak benarkan anda kenalah cari yang prihatin dengan kemahuan anda. Jika pihak bank membenarkan semak samada polisi perlu diassign atau tidak kerana situasi waris atau benefisiari kena ambilkira. Sebab sekarang ada dua iaitu pihak bank dan pihak keluarga anda. Faktor pewarisan pusaka Islam juga kena siasat sikit. Jika ada unit investment link yang boleh dijual, ia boleh jadi sebahagian dari downpayment di samping KWSP Akaun 2. Kesannya nanti pinjaman lebih cepat bayar dan bayaran ansuran pun kurang.
Post a Comment