Sunday, November 14, 2010

Sedutan Artikel MIDI - CONTOH KERETAKAN RUMAHTANGGA AKIBAT WANG

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
Tajuk: CONTOH KERETAKAN RUMAHTANGGA AKIBAT WANG
Bil 102 Nov 2010
......... Bagaikan adegan dalam drama sinatron, beliau telah menyerahkan apa sahaja yang beliau miliki malah menggunakan kad kredit ke tahap maksimum bagi membantu perniagaan suami. Suami kemudiannya diberi taklimat oleh rakan. Menurut tilikan mereka pelaburan yang dibuat ke atas perniagaan yang kini berada ditahap membimbangkan akan dapat membantu menaikkan perniagaan itu semula apabila pelaburan tambahan dibuat. Disebabkan oleh tindakan suami yang tidak tahu mengurus dan melabur wang, Puan Yati kini berada di dalam keadaan tertekan setelah semua kad kredit mencapai tahap maksimum malah akaun bank beliau turut berada di tahap sifar tiap hujung bulan.Mana-mana wanita yang menghampiri usia warga emas inginkan persaraan yang selesa. Tetapi Puan Yati sebaliknya dibebani dengan hutang piutang yang banyak. Jatuh pula dugaan kedua. Disebabkan tidak sanggup bersemuka dengan bebanan hutang yang menimbun, suami beliau telah menceraikan beliau dan meninggalkan beban hutang sebanyak RM70,000. Puan Yati tidak percaya dengan nasib yang menimpanya dan dihantui dengan fikiran yang kusut untuk menyelesaikan hutangnya yang banyak.........
(Hubungi saya melalui email atau handphone untuk maklumat lanjut bagaimana kes seperti Puan Yati dapat diselesaikan tanpa perlu bersemuka dengan institusi-insitusi kewangan tempat dia berhutang.)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

1 comment:

Salina.biz said...

Salam sejahtera En Sunthara,

Begitulah besarnya pengorbanan seorg isteri utk kesejahteraan keluarga. Kalau dilihat di zaman moden ini kebanyakan wanita mempunyai kerjaya sendiri dan matlamat utama adalah membantu kewangan suami. Namun begitu kaum suami tdk boleh sewenang2nya mengambil kesempatan di atas kebaikan isteri dlm isu kewangan kerana di dalam islam tugas menyara keluarga adalah tanggungjawab utama suami.