Thursday, October 27, 2011

Sedutan Artikel MWanita - DUIT DAUN PISANG ZAMAN JEPUN DENGAN PERAK


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :DUIT DAUN PISANG ZAMAN JEPUN DENGAN PERAK  
Bil 1458 Oct 2011.....Ini satu rahsia pelabur berilmu yang melatih diri mereka supaya menukar harga barangan biasa berlandaskan bukan kepada matawang tetapi satu logam contohnya perak. Kalau belum jadi pelabur pun anda boleh berlatih selama sebulan, cubalah. Ada pembaca yang pasti bertanya apa manfaatnya? Saya cuma boleh fikir satu - supaya kita dapat ukur kuasa membeli dan kadar inflasi sebenar. Cuba latihan minda ini.

Tukar harga barang kepada perak. Katakan tahun ni satu troli barang runcit setara dengan 1 oz Silver bar Morgan. Adakah perubahan harga tahun depan sama sahaja atau kena bayar 1.2 oz Silver bar Morgan atau kurang? Kemungkinan besar harga satu troli barangan yang sama tahun depan, dalam RM akan naik tetapi harganya dalam silver masih lagi 1 oz Silver bar Morgan. Jika ini benar maka memang kenaikan harga barang patut diberi perhatian serius kerana jika ia berterusan kemungkinan akan berlaku hyperinflasi.....

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.Jika anda tidak faham istilah-istilah berkaitan barangan perak seperti Morgan dan mahu belajar kaedah melabur dengan perak rujuk ebook dan koleksi video ini.  

Sunday, October 09, 2011

Sedutan Artikel MWanita - PEMBAHAGIAN PAMPASAN AKTA INSURAN 1996


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PEMBAHAGIAN PAMPASAN AKTA INSURAN 1996 
Bil 1455 Oct 2011
Umum mengetahui rata rata orang Islam di Malaysia tidak mempunyai wasiat atau hibah untuk membahagikan harta pusaka mereka. Bukan sahaja mereka tidak mempunyai kesedaran untuk berbuat demikian, ramai yang berpendapat kos membuat wasiat/hibah mahal untuk untuk jumlah pusaka yang kecil setara dengan cuma satu atau dua polisi sahaja. Peliknya walaupun harta pusaka tidak seberapa mereka sanggup dibelit hutang piutang sehingga tidak mampu membayar atau menurukan hutang kepada waris pula. Dalam artikel ini saya mengkhususkan perbincangan kepada polisi-polisi insurans (bukan takaful) yang diambil oleh orang-orang Islam. Bagi penama yang dinamakan di dalam polisi insuran si mati, Akta Insuran yang asal telah dipinda pada tahun 1996 melalui Seksyen 167(2) (yang hanya meliputi orang-orang Islam sahaja). Ada dua kesan utama, pertama penama tersebut tidak lagi boleh mewarisi polisi yang berkaitan dan kedua (JIKA TIADA DOKUMEN LAIN) wang dari polisi tersebut akan dibahagikan kepada waris-waris yang sah mengikut Faraid. Ada syarikat yang mengambil inisiatif memperkenalkan borang-borang penamaan baru supaya pelanggan Islam boleh melakukan pilihan tentang cara untuk mengagihkan pampasan insurans tadi. Ada syarikat pula yang cuma menukar sedikit kandungan borang-borang penamaan yang sedia ada kerana berpendapat urusan seperti itu lebih elok dilakukan sendiri oleh pemegang polisi melalui instrumen luaran seperti wasiat dan hibah. Mungkin alasan mereka ialah tidak perlu pening kepala nanti jika timbul isu-isu saman nanti.......
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Saturday, October 01, 2011

Sedutan Artikel MWanita - KISAH IBU DAN ANAK DI HOSPITAL


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KISAH IBU DAN ANAK DI HOSPITAL 
Bil 1454 Sept  2011
Cerita seperti ini boleh berlaku kepada anak sesiapa sahaja. Semua kadar adalah ilustrasi semata-mata, kadar terkini dan syarat-syarat kena semak dengan institusi perubatan yang berkenaan. Prosedur tuntutan juga berbeza di antara pelbagai syarikat insurans/takaful dan juga di antara hospital. Perkataan insurans dalam artikel ini juga boleh digantikan dengan takaful...... Hospital mana nak masuk, yang swasta atau kerajaan? Maklum saja bil hospital swasta lebih tinggi terutamanya hospital yang popular. Kebetulan ada hospital swasta yang berdekatan dengan rumah kami. Saya ajukan persoalan ini kepada suami dan beliau boleh tersenyum sambil berkata "Inilah masanya menguji sejauh mana keberkesanan kad medik yang abang masuk dengan syarikat insurans/takaful selama ini"......
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)