Sunday, October 09, 2011

Sedutan Artikel MWanita - PEMBAHAGIAN PAMPASAN AKTA INSURAN 1996


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PEMBAHAGIAN PAMPASAN AKTA INSURAN 1996 
Bil 1455 Oct 2011
Umum mengetahui rata rata orang Islam di Malaysia tidak mempunyai wasiat atau hibah untuk membahagikan harta pusaka mereka. Bukan sahaja mereka tidak mempunyai kesedaran untuk berbuat demikian, ramai yang berpendapat kos membuat wasiat/hibah mahal untuk untuk jumlah pusaka yang kecil setara dengan cuma satu atau dua polisi sahaja. Peliknya walaupun harta pusaka tidak seberapa mereka sanggup dibelit hutang piutang sehingga tidak mampu membayar atau menurukan hutang kepada waris pula. Dalam artikel ini saya mengkhususkan perbincangan kepada polisi-polisi insurans (bukan takaful) yang diambil oleh orang-orang Islam. Bagi penama yang dinamakan di dalam polisi insuran si mati, Akta Insuran yang asal telah dipinda pada tahun 1996 melalui Seksyen 167(2) (yang hanya meliputi orang-orang Islam sahaja). Ada dua kesan utama, pertama penama tersebut tidak lagi boleh mewarisi polisi yang berkaitan dan kedua (JIKA TIADA DOKUMEN LAIN) wang dari polisi tersebut akan dibahagikan kepada waris-waris yang sah mengikut Faraid. Ada syarikat yang mengambil inisiatif memperkenalkan borang-borang penamaan baru supaya pelanggan Islam boleh melakukan pilihan tentang cara untuk mengagihkan pampasan insurans tadi. Ada syarikat pula yang cuma menukar sedikit kandungan borang-borang penamaan yang sedia ada kerana berpendapat urusan seperti itu lebih elok dilakukan sendiri oleh pemegang polisi melalui instrumen luaran seperti wasiat dan hibah. Mungkin alasan mereka ialah tidak perlu pening kepala nanti jika timbul isu-isu saman nanti.......
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

No comments: