Monday, November 28, 2011

Sedutan Artikel MWanita - KATAK REBUS


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KATAK REBUS   
Bil 1462 Nov  2011
....Ya,memang tak salah bacaan anda, bukan mee rebus tetapi katak rebus. Saya tidak bermaksud untuk memperkenalkan masakan eksotik terbaru tetapi tentang eksperimen klasik ahli fisiologi German Friedrich Goltz. Beliau membuktikan bahawa jika seekor katak dimasukkan dalam periuk berisi air dan memanaskannya dengan perlahan, si katak tidak akan melarikan diri malah mungkin merasa seronok.
Ramai orang lebih selesa berkelakuan seperti si katak mengharapkan permasalahan mereka bersifat sementara dan akan kembali pulih seperti sebelumnya. Mereka menenteramkan diri sama seperti katak yang mengharapkan air di dalam periuk kembali sejuk. Mereka tidak melakukan sesuatu bagi menangani masalah ini seperti katak yang masih belum melompat keluar. Walaupun air dah panas seumpama taraf kehidupan yang semakin meningkat.
Bagaimana pendatang asing yang datang sehelai sepinggang boleh membina kehidupan yang lebih selesa? Mereka mulakan perniagaan seperti menjual pisang goreng secara kecil-kecilan di bawah pokok. .....
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

No comments: