Thursday, February 28, 2013

CARA MENAMBAH PENDAPATAN TANPA KERJA PART TIME

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : CARA MENAMBAH PENDAPATAN TANPA KERJA PART TIME
Bil 1528 Feb-March 2013

Katakan anda (yang sudah bekerja)sekarang menghadapi kesempitan wang contohnya dalam bulan ini semua wang gaji sudah digunakan sepenuhnya untuk keperluan hidup dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Anda tidak ada masa untuk mencari pendapatan tambahan melalui sebarang bisnes part time atau kerja sambilan. Bagi anda masa dengan keluarga lebih mustahak daripada berlari ke sana ke mari kejar wang poket. Anda juga tiada modal untuk melabur, maksudnya tiada modal untuk menjana wang melalui dividen. Anda juga tidak ada hartanah tambahan untuk disewa kepada orang. Cuma satu hartanah sahaja iaitu rumah tempat tinggal keluarga, itupun masih di bawah cengkaman bank. Jadi bagaimana anda boleh menaikkan wang masuk supaya tiga  bulan dari sekarang dan seterusnya tidaklah sesak sangat? Ada wang lebih untuk berbelanja contohnya RM200 setiap bulan sedangkan enam bulan sebelum ini memang cukup-cukup makan sahaja?.......Kursus digital ini boleh memberi ilmu dan bantuan sokongan untuk melakukannya. Ini bukan bisnes tambahan atau kena menambah masa kerja.
(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Pembaca yang ingin mendapat preview PERCUMA kursus ini boleh menghubungi saya melalui sms atau email. Kursus penuh disajikan dalam format pdf, audio, video dan kad sokongan VIP . Ada peta minda (mind map) juga. Kursus ini hanya sesuai untuk mereka yang MAKAN GAJI dengan orang lain. Tidak sesuai untuk mereka yang berniaga sendiri.



Wednesday, February 20, 2013

LABUR EMAS TANPA MODAL- FAKTA ATAU AUTA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : LABUR EMAS TANPA MODAL - FAKTA ATAU AUTA 
Bil 1527 Feb 2013

Seringkali ramai di kalangan kita gagal membina aset kerana tidak mampu meniru cara pelaburan yang dilakukan orang yang banyak duit. Adakah patut menyerah kalah dan menyalahkan takdir? Kita tidak perlu masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Kalau kita hendak membeli emas tetapi tidak boleh buat secara konsisten setiap bulan, apa kata guna strategi membeli dan melabur emas TANPA MODAL?

Bila ia dilakukan secara tanpa modal, maka mudahlah untuk kita menyimpan emas setiap bulan secara konsisten. Berikut secara ringkas beberapa kelebihan strategi pelaburan emas tanpa modal ini:
1) Tidak perlu buat pinjaman dari bank atau sesiapa untuk nak mula. Pinjam sekejap duit gaji bulanan untuk membeli stok emas. Tidak lama lepas tu dah dapat balik duit gaji asal.
2) Boleh dilakukan walaupun gaji kecil
3) Tiada simpanan berkala
4) Lama-kelamaan stok emas sendiri yang bantu beli emas anda setiap bulan. Duit gaji cuma membantu sahaja.

Pembaca yang ingin mengetahui tentang kandungan module kursus pelaburan emas tanpa modal ini boleh menghubungi saya melalui sms atau email. Ia mengandungi ebook serta video panduan

(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)


Wednesday, February 13, 2013

RESUME GENERATOR BM PERCUMA OUTPUT PDF

Setakat ini cuma ada dalam Bahasa Malaysia.
Ada tiga langkah sahaja (memang 100% percuma).
Boleh buat di mana-mana asalkan ada sambungan internet.


# Langkah 1 – Isi maklumat tentang diri anda
# Langkah 2 – Pilih template resume
# Langkah 3 – Cetak resume

Lawat link ini ==> Tak Payah Guna Word Processor

Wednesday, February 06, 2013

HASIL EKSPERIMEN SKEMA CEPAT KAYA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : HASIL EKSPERIMEN SKEMA CEPAT KAYA
Bil 1525 Jan Feb 2013

...Pada penghujung bulan Disember 2012 saya menerbitkan satu siri empat artikel yang bertujuan mendedahkan kepada orang ramai secara terperinci tentang contoh pengoperasian skema pengumpulan wang yang diragui. Di samping tujuan pendidikan masyarakat saya juga ingin menguji sejauh mana pembaca yang cepat sedar atau langsung terpukau dengan cara penganjur menjalankannya. Daripada bilangan pembaca yang sudi menghubungi saya (emel dan sms) Saya dapati hampir 90 peratus cepat terpedaya dan memang mudah terperangkap dengan pujuk rayu skema-skema sedemikian. Cuma 10 peratus sahaja yang menghubungi saya untuk menyatakan pengalaman pahit mereka dan juga perasaaan terima kasih kerana sempat melihat penipuan di sebalik cerita-cerita "kisah benar" dan "umpan modal kecil tapi hasil berkoyan-koyan" yang digunakan penganjur.

Di antara 90 peratus yang percaya kehebatan skema tersebut menyangka saya sudah memasuki skema berkenaan dan merayu agar diberi peluang untuk masuk sama. Alasan-alasan pelbagai, antaranya banyak hutang, ibu tunggal, warga kurang upaya dan macam-macam lagi sehingga tidak dapat saya siarkan di sini. Yang peliknya bila saya mendedahkan skema-skema halal yang diredai bank pusat, dipantau sepenuhnya kerajaan Malaysia dan mengandungi dokumentasi lengkap,tidak ramai yang akan menghubungi saya. Seolah-olah benda yang baik dan diredai ditolak begitu sahaja sedangkan yang busuk dan tidak jujur akan didakap erat sehingga pemikiran waras sudah dibuang entah ke mana.....

(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)