Wednesday, February 06, 2013

HASIL EKSPERIMEN SKEMA CEPAT KAYA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : HASIL EKSPERIMEN SKEMA CEPAT KAYA
Bil 1525 Jan Feb 2013

...Pada penghujung bulan Disember 2012 saya menerbitkan satu siri empat artikel yang bertujuan mendedahkan kepada orang ramai secara terperinci tentang contoh pengoperasian skema pengumpulan wang yang diragui. Di samping tujuan pendidikan masyarakat saya juga ingin menguji sejauh mana pembaca yang cepat sedar atau langsung terpukau dengan cara penganjur menjalankannya. Daripada bilangan pembaca yang sudi menghubungi saya (emel dan sms) Saya dapati hampir 90 peratus cepat terpedaya dan memang mudah terperangkap dengan pujuk rayu skema-skema sedemikian. Cuma 10 peratus sahaja yang menghubungi saya untuk menyatakan pengalaman pahit mereka dan juga perasaaan terima kasih kerana sempat melihat penipuan di sebalik cerita-cerita "kisah benar" dan "umpan modal kecil tapi hasil berkoyan-koyan" yang digunakan penganjur.

Di antara 90 peratus yang percaya kehebatan skema tersebut menyangka saya sudah memasuki skema berkenaan dan merayu agar diberi peluang untuk masuk sama. Alasan-alasan pelbagai, antaranya banyak hutang, ibu tunggal, warga kurang upaya dan macam-macam lagi sehingga tidak dapat saya siarkan di sini. Yang peliknya bila saya mendedahkan skema-skema halal yang diredai bank pusat, dipantau sepenuhnya kerajaan Malaysia dan mengandungi dokumentasi lengkap,tidak ramai yang akan menghubungi saya. Seolah-olah benda yang baik dan diredai ditolak begitu sahaja sedangkan yang busuk dan tidak jujur akan didakap erat sehingga pemikiran waras sudah dibuang entah ke mana.....

(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

No comments: