Mula menulis dalam Mingguan
Wanita : Tahun 2003
Tajuk
Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PEMINJAM
WANG BERLESEN BHG 1 dan BHG 2
Bil 1533 dan 1534 April 2013
Sedutan Bahagian 1
"Di Malaysia ada empat pihak yang mempunyai keupayaan untuk memberi
pinjaman kepada orang ramai. Kalau tidak terdesak, tidak ada rekod
CCRIS atau CTOS yang buruk, boleh pinjam dari bank. Kalau tidak
terdesak dan rekod CCRIS/CTOS tidak bagus boleh pinjam dari koperasi
tetapi ada syarat contohnya kena jadi ahli koperasi dan kadang kala
cuma kakitangan kerajaan diberi keutamaan. Koperasi ada pemantauan
undang-undang yang berkaitan. Sekarang jika seseorang itu terdesak,
bukan kakitangan kerajaan, mungkin tidak makan gaji, CCRIS/CTOS pun tak
cantik, mana hendak pinjam? Ramai yang akan cepat berkata "Ah Long".
Barangkali ramai yang tidak sedar ada satu lagi sumber - iaitu peminjam
wang berlesen........."
Sedutan Bahagian 2
Banyak iklan yang saya sempat imbas tidak mengandungi kesemua di atas.
Kadar faedah pun tidak dinyatakan dengan jelas. Bakal peminjam perlu
berwaspada juga tentang tempat atau lokasi melakukan transaksi pinjaman
wang. Bukan sebab takut dirompak tetapi ia satu kesalahan. Beerti kalau
buat dalam kereta sahaja nanti bila ada kes, kita yang akan tersenyum
simpul.
Mengikut Peraturan 15 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan
dan Perlesenan) 2003, transaksi tidak boleh dibuat dimana-mana tempat
selain daripada alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang
telah diluluskan oleh Pendaftar. Katakan anda telah berjumpa dengan PPW
atau agen mereka. Semasa berurusan untuk membuat pinjaman entah macam
mana samada keliru atau terkena hembusan jampi anda terdorong untuk
meminjam. Selang beberapa minggu anda dapati fakta yang diberi tidak
sama seperti mana perjanjian pinjaman sebenar. Di mana hak anda
dalam urusan pinjaman ini? .....
Mujur ada penawar iaitu Seksyen 29 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951.
Secara ringkas ia mengatakan:.......
(Untuk
perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar
atau kecil berhampiran anda.)
No comments:
Post a Comment