Saturday, April 27, 2013

PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 3 -akhir

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 3 -akhir
Bil 1535 April 2013

Sedutan Bahagian 3 - akhir

Dua bentuk pinjaman sahaja yang dibenarkan oleh PPW kepada orang ramai iaitu jenis tanpa cagaran dan jenis bercagar. Mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003, dua jenis borang sahaja dibenarkan iaitu Borang Perjanjian Pinjaman Jadual J bagi pinjaman tanpa cagaran dan Borang Perjanjian Pinjaman Jadual K bagi pinjaman bercagar.  Kedua-dua bentuk perjanjian pinjaman ini mempunyai isi kandungan perjanjian yang berlainan.

Seperti lazim sudah tentu tidak elok jika peminjam menandatangani borang perjanjian yang tidak diisi lengkap dan menerima wang pinjaman terlebih dahulu. Sebabnya ialah kemungkinan jatuh perangkap PPW di mana ada yang memasukkan jumlah pinjaman yang lebih besar daripada apa yang anda dapat dan menyebabkan peminjam akan menanggung kerugian yang lebih besar sekiranya PPW terbabit kemudiannya melengkapkan borang perjanjian pinjaman tersebut tanpa pengetahuan peminjam.

Sekarang kita bicara pula pasal kadar faedah yang diterima pakai. Mengikut Seksyen 17A Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kadar faedah yang boleh dikenakan kepada seseorang peminjam tidak boleh melebihi kadar seperti berikut:......
(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

2 comments:

Anonymous said...

kalau tk keberatan boleh sy dptkan no contact... sy perluka seseorg untuk masalh sy... :'( buntu.... 0182629137 my number... ( sue )

Sunthara said...

Perincikan dahulu masalah anda melalui emel, hantar ke emel ini ilmudigital@gmail.com. Terima kasih