Thursday, August 07, 2008

MISKIN SELEPAS BERSARA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: MISKIN SELEPAS BERSARA

Edisi : Bil 1290 

......Di manakah tempoh yang dikatakan pesaraan? Mungkinkah di peringkat 4) TUA atau 5) USIA LANJUT. Anda sendiri tentukan. Seorang pesara bakal dibayangi igauan ngeri. Mungkinkah pendapatannya jatuh dibawah RM530.00 sebulan lambang garis kemiskinan Malaysia. Jika dia berkahwin lambat mungkin juga mempunyai anak setelah umur pertengahan 30-an, seterusnya pada umur persaraan, anak-anak masih di dalam sekolah atau masih belajar di universiti. Ini sudah pasti menambahkan lagi bebanan kewangannya.

70% pesara menghabiskan semua wang KWSP mereka dalam tempoh tiga tahun selepas pencen. Ramai pesara risau kerana kehilangan sumber pendapatan atau kurang pitih selepas bersara. Purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah diantara 55-75 tahun. Purata caruman KWSP ialah RM114,000 seorang. Sekiranya seorang pesara terus hidup sihat 20 tahun lepas bersara, pendapatan yang akan diterimanya ialah RM475.00 sebulan (mengikut congakan kasar). Ini tidak mengambil kira kiraan sekiranya pesara itu telah mengeluarkan lebih awal caruman KWSPnya untuk tujuan perbelanjaan atau pembelian aset-aset yang merugikan.
......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih kerana tulisan dalam Mingguan Wanita banyak mengajar saya tentang kewangan.

Keluaran baru tentang warga pencen banyak memberi manfaat khasnya kakitangan kerajaan. Jika masa kerja tak beli rumah dah pencen lagi teruk.

Malah jika lagi 5 tahun lagi nak pencen baru beli rumah, duit gratuiti habis begitu sahaja.

Saya suka ayar-ayat anda dalam ruangan kewangan ini. Teruskan

(secara SMS)