Dalam perjumpaan sesama konsultan kewangan (penjual produk kewangan) sering berlaku perbandingan produk sehingga menimbulkan perdebatan yang agresif. Contohnya mana satu pelaburan yang lebih bagus unit amanah atau insurans/takaful berkait pelaburan? Mana satu syarikat yang menawarkan kad perubatan terbaik? Dan macam-macam lagi. Kalau diketahui pelanggan sampai boleh timbul syak wasangka atau ketidakpastian untuk membeli . Semasa mengikuti kuliah/kelas CFP (Certified Financial Planner) dahulu saya secara tak langsung menjadi penonton dalam satu perdebatan.
Seorang pemuda begitu lantang mencemuh produk dan dasar pengurusan Syarikat X. Di kalangan kami ada seorang agen insuran Cina yang senior (rambut putih salji) yang meredakan keadaan lalu menceritakan kisah seorang pendita Cina klasik dengan seorang anak muda yang mengutuk subjek kesusasteraan Cina lama. Si pendita mencabut cincin daripada jarinya dan berkata, "Bawalah cincin ini ke pasar basah, gadaikanlah dengan harga satu tael saja" . Pemuda itu hairan, namun cincin itu diterimanya jua dan dibawa ke pasar. Tiada respon. Pemuda itu kembali berkata, "Engkau membohongiku, cincin ini tidak berharga"
"Sekarang juallah cincin itu kepada saudagar permata di bandar dengan harga seribu tael, "ujar sang pendita. Sungguh menghairankan, ternyata para pedagang permata berebut untuk membeli cincin itu. Bila hal tersebut dikhabarkan kepada si pendita tadi ini jawapannya. "Orang tidak akan mengetahui suatu benda berharga atau tidak jika ia belum mengenalnya. Bagaimana mungkin kamu mengutuk , jika kamu belum mengetahui isinya? Pelajari dulu baik baik, barulah tentukan pendapatmu. Itulah sikap orang bijak."
No comments:
Post a Comment