Wednesday, October 22, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - INFORMASI KEWANGAN DALAM BEG ANDA TANPA MERUJUK INTERNET

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: INFORMASI KEWANGAN DALAM BEG ANDA TANPA MERUJUK INTERNET  
Edisi : Bil 1301 Okt 2008
......Satu alternatif bagi masalah di atas terutamanya bagi mereka yang tidak mahir menggunakan enjin carian internet ialah dengan memiliki satu buku rujukan sahaja. Tapi jangan sampai terlalu tebal atau susah dibawa ke sana kemari. Memang ada buku sebegitu di pasaran yang digelar MYBOOK, saiznya kecil sampai boleh masuk ke dalam kompartmen kereta atau beg tangan wanita. Naskah yang ada sekarang dalam Bahasa Inggeris sahaja. Terjemahan ke Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin sedang diusahakan. Projek penerbitan MyBook disokong oleh Kementerian Pelancongan, kesihatan, Pelajaran Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia......
.......Mereka yang ingin mendapatkan buku MyBook ini boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Harganya RM50 tidak termasuk belanja pos. Oh ya hampir terlupa saya mendedahkan satu ciri unik yang tidak terdapat dalam buku rujukan lain. Pemilik buku ini akan diberikan baucher dan kupon bernilai kira-kira RM40,000 
......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Tuesday, October 21, 2008

Artikel Kewangan Temuramah Saya Dengan Majallah Maskulin Nov 08

Saya ditemuramah untuk artikel Majallah Maskulin Nov 08 berkaitan kad kredit. 
Artikel nya bertajuk "I love Credit Card - Menyenangkan atau Membebankan" .
Saya berbicara tentang empat faktor penyalahgunaan kad kredit. 
Nak tahu apa dia?
Dapatkan Majallah Maskulin di kedai buku, gerai buku berhampiran anda anda atau langgan disini .

Friday, October 17, 2008

Sedutam Artikel Mingguan Wanita -OH BANGAU OH BANGAU BILA NAK MELABUR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: OH BANGAU OH BANGAU BILA NAK MELABUR  
Edisi : Bil 1300 OKTOBER 2008
....."Macam mana nak melabur,ekonomi tengah gawat". Atau jawapan lain "Macam mana aku nak melabur raya dah dekat". 

Kalau tidak ada duit kerana sudah habis belanja kenalah buat kajian terhadap diri sendiri untuk mengurangkan ketagihan kebiasaan membeli-belah? Cuba tanya diri anda beberapa soalan seperti:
1) Apa yang membuat hati anda tergerak untuk membeli-belah?
2) Kenapa anda perlu sangat memilikki barangan tersebut?
3) Kalau saya beli sekarang mengikut naluri liar, apakah yang bakal saya korbankan?
Kalau sudah terperangkap dalam pusat membeli belah tarik nafas panjang dan keluar dari pusat tersebut selama sekurang-kurangnya 15 minit. Bayangkan kembali imbasan imej kanak-kanak kebuluran, mangsa malapetaka alam, rancangan TV3 "BERSAMAMU" atau tangisan mereka yang sakit memerlukan rawatan perubatan tapi duit tak cukup.
Katakan sudah ada wang lebihan timbul pula masalah takut atau was-was. Untuk mengatasinya cuba yang berikut:
............


Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, October 12, 2008

Sedutan Artikel - GERGASI BERUMUR 158 TAHUN PUN BOLEH KECUNDANG

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: GERGASI BERUMUR 158 TAHUN PUN BOLEH KECUNDANG  
Edisi : Bil 1299 Oct 2008
......Bagi pembaca yang rajin mengikuti perkembangan ekonomi sejagat pasti sudah kenal nama LEHMAN Brothers, bank pelaburan terbesar Amerika Syarikat berusia 158 tahun. Usia yang lebih tua dari jangkamasa hidup manusia. Bank gergasi ini mengumumkan kebankrapannya ketika Rizab Persekutuan dan bank utama global mengambil langkah mengukuhkan pasaran kewangan yang dilanda krisis gadai janji serta perumahan. Ya tidak sangka gergasi pun boleh ditumbangkan oleh masalah hutang.


Tidakkah ada penyelamat dari bank-bank lain? Nampaknya tiada setakat artikel ini ditulis. Pengumuman sebenarnya dilakukan selepas usaha saat akhir untuk mencari pembeli bank pelaburan bermasalah itu, gagal. Kenapa pula tidak ada bantuan dari saudara mara korporat atau pesaing LEHMAN Brothers? Adakah kerana sistem kapitalis yang mengamalkan semangat persaingan "dog eats dog" atau "its a jungle out there"? Bunuh atau kena bunuh, hapus atau dihapuskan. Salah satu "saudara penyelamat " bank Britain Barclays berkata ia menarik diri daripada rundingan itu kerana bimbang terpaksa menjamin komitmen dagangan firma AS berusia 158 tahun itu. Mereka tidak boleh dipersalahkan juga kerana kita sesama saudara sendiri akan berfikir puluhan kali sebelum bersetuju menjadi penjamin hutang.     ......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sedutan Artikel - MASALAH TUNTUTAN INSURANS

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: MASALAH TUNTUTAN INSURANS 
Edisi : Bil 1298 Okt 2008
......Siapa yang bersalah? Memang benar syarikat yang menjalankan pengoperasian secara tidak profesional sehingga menyebabkan kemuflisan patut menerima hukuman. Bagaimana dengan badan pemantau, apakah mereka sepatutnya mencipta prosedur untuk mengenalpasti syarikat mana yang menunjukkan tanda-tanda kegawatan atau perkhidmatan selepas jualan yang semakin merosot mutunya? Di negara kita kawalan dan pantauan telah diperketatkan dan industri insurans/takaful mesti mempamerkan pengoperasian yang lebih dari tahap "biasa". Bagaimana dengan pihak penasihat atau agen-agen? Bukankah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga akaun setiap pelanggan? Memang benar ada agen yang tidak begitu bertanggung-jawab memberikan perkhidmatan selepas jualan. Tetapi itu cuma segelintir, sangat kecil. Majoriti agen atau penasihat insurans dan takaful adalah individu istimewa kerana kerjaya penasihat insurans atau perancang kewangan bukannya mudah malah memerlukan sifat "ingin berkhidmat" yang boleh mengalahkan Wakil Parlimen sekali. ......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, October 09, 2008

1089 Naskah Buku Saya Dipesan Oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Saya mendapat berita dari Penerbit PTS bahawa buku saya Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah dipesan 1089 naskah oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk dibekalkan kepada semua perpustakaan desa. Saya merasa terharu kerana dengan ini pembaca di desa boleh meningkatkan IQ kewangan mereka terutamanya berkait dengan ilmu asas pelaburan. Terima kasih juga untuk pihak editorial dan pemasaran PTS yang membantu mempromosikan buku saya kepada pegawai-pegawai PNM.