Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: GERGASI BERUMUR 158 TAHUN PUN BOLEH KECUNDANG
Edisi : Bil 1299 Oct 2008
......Bagi pembaca yang rajin mengikuti perkembangan ekonomi sejagat pasti sudah kenal nama LEHMAN Brothers, bank pelaburan terbesar Amerika Syarikat berusia 158 tahun. Usia yang lebih tua dari jangkamasa hidup manusia. Bank gergasi ini mengumumkan kebankrapannya ketika Rizab Persekutuan dan bank utama global mengambil langkah mengukuhkan pasaran kewangan yang dilanda krisis gadai janji serta perumahan. Ya tidak sangka gergasi pun boleh ditumbangkan oleh masalah hutang.
Tidakkah ada penyelamat dari bank-bank lain? Nampaknya tiada setakat artikel ini ditulis. Pengumuman sebenarnya dilakukan selepas usaha saat akhir untuk mencari pembeli bank pelaburan bermasalah itu, gagal. Kenapa pula tidak ada bantuan dari saudara mara korporat atau pesaing LEHMAN Brothers? Adakah kerana sistem kapitalis yang mengamalkan semangat persaingan "dog eats dog" atau "its a jungle out there"? Bunuh atau kena bunuh, hapus atau dihapuskan. Salah satu "saudara penyelamat " bank Britain Barclays berkata ia menarik diri daripada rundingan itu kerana bimbang terpaksa menjamin komitmen dagangan firma AS berusia 158 tahun itu. Mereka tidak boleh dipersalahkan juga kerana kita sesama saudara sendiri akan berfikir puluhan kali sebelum bersetuju menjadi penjamin hutang. ......
Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

No comments:
Post a Comment