Friday, November 14, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - MASIH ADA YANG TAK SERIK-SERIK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: MASIH ADA YANG TAK SERIK-SERIK  
Edisi : Bil 1304 Nov 2008

"....Namun masyarakat kita masih suka diperbodoh kerana tamak kepada keuntungan cepat. Secara tak langsung ini menggalakkan kegiatan syarikat yang memang akan mengisi kehendak nafsu pelabur yang tidak mahu berusaha tetapi "goyang kaki - pulus masyuk". Syarikat yang menjanjikan wang yang mudah seperti beberapa skim pelaburan internet, skim piramid, 4D (Duduk Diam Dapat Duit) dan skim cepat kaya yang menjanjikan wang datang bergolek dengan hanya goyang kaki sahaja.Tetapi apakah mereka sahaja dipersalahkan. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tiada permintaan masakan ada pemberinya.      


Rentetan peristiwa di suratkhabar:
13 Okt. 2008 – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu EMPAT buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

14 Okt. 2008 - Syarikat B yang disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) kerana didakwa mengambil deposit secara haram dan mirip kepada skim cepat kaya, diarah menghentikan sementara operasi selama tiga bulan.Setiausaha syarikat itu, berkata, arahan itu berkuat kuasa semalam dan dalam tempoh itu, Syarikat B tidak lagi boleh menjelaskan bayaran upah kepada promoter dan wakil negeri, selain tidak dibenarkan menerima keahlian baru sehingga siasatan selesai.
Untuk berlaku adil kita patut beri masa kepada pihak tertuduh untuk membela diri masing-masing. Pihak penguatkuasa juga perlu mengikut prosedur agar tiada yang teraniaya kerana pihak dalaman atau kakitangan yang kreatif "lebih-lebih."......"

Artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

No comments: