Wednesday, March 25, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PERISIAN PENGIRAAN FARAID

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: PERISIAN PENGIRAAN FARAID  

Edisi : Bil 1323 Mac 2009
......Sabda Nabi Muhammad, "Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka - Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Masaud.Kini ada perisian di pasaran yang membungkus semua maklumat di atas disamping sebuah kalkulator Faraid serba mudah. Namanya Faraid FastGuide2 keluaran anak syarikat Rockwills Corporation Sdn Bhd. Proses mendapat jawapan semudah mengklik tetikus.


Bukan itu sahaja,bagi mereka yang baru berjinak dengan Ilmu Faraid perisian ini memberikan latarbelakang teori berikut (antara lain):

1) Apa itu Faraid, Rasionalisasi di sebalik Faraid dan Asas Faraid mengikut Al Quran
2) Apa itu pusaka dan apakah harta si mati yang boleh dikelaskan sebagai pusaka?
3) Jadual ringkasan ciri-ciri instrumen perancangan pusaka secara Islam 



4) Bagaimana waris ditentukan dalam perancangan pusaka Islam serta pengkelasan waris-waris Faraid
5) Perkiraan melibatkan kes-kes "aul"


Perisian ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, versi Bahasa Malaysia masih dalam pembangunan . Mereka yang berminat untuk mendapatkan perisian ini (bukan percuma) boleh menghubungi saya untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan. Akhir kata saya petik Sabda Nabi Muhammad, "Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku. - Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.....

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, March 19, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PELABURAN ALTERNATIF EMAS

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: PELABURAN ALTERNATIF EMAS 

Edisi : Bil 1322 Mac 2009
......Negara kita pernah mengalami keadaan seperti ini yakni semasa zaman pendudukan Jepun dulu. Tanya sahaja kepada warga emas yang hidup di zaman itu. Kesimpulannya kekayaan sebenar terletak pada emas dan perak, bukannya wang kertas. Pelabur profesional mengamalkan strategi pemelbagaian jadi kenapa tidak memasukkan emas dalam portfolio pelaburan yang ada sekarang. Ada dua jenis pelaburan emas iaitu membeli emas fizikal atau menggunakan akaun simpanan emas tajaan bank. Emas fizikal untuk tujuan pelaburan contohnya ialah seperti Dinar Emas Kelantan, syiling emas dijual di bank seperti Syiling Kijang Emas dan wafer atau jongkong emas.

Di Malaysia pula ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Pelabur menyertai skim sedemikian bukanlah atas sebab emas fizikal tetapi kerana dijanjikan pulangan. Hati-hati dengan skim sedemikian kerana ia kerap kali melanggar syariah dan ada unsur penipuan. Tetapi lain halnya kalau membeli emas fizikal (contohnya seperti dalam gambar) dari pihak ketiga . Satu strategi simpanan secara kecil-kecilan diberikan dalam Jadual 1 di bawah....
.atau seperti Jadual 2 ....
 

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Wednesday, March 18, 2009

Ebook Percuma - Mengapa Kami Bantah PPSMI


Nota:Posting ini bukannya menyokong mana-mana pihak tetapi memberikan informasi untuk penilaian secara adil. Pendapat dan falsafah peribadi saya tiada kaitan di sini.

Debat Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sedang berjalan hebat sekarang. Hujah menyokong banyak diberikan dalam media massa tetapi hujah membangkang kurang diketahui umum. Download hujah membangkang versi penuh pdf  disini. Dalam 200 mukasurat buku ini adalah koleksi terbaik artikel dan kertas kerja kumpulan profesor-profesor yang menentang PPSMI. Versi hardcopy boleh dibeli di kedai buku MPH atau dengan pesanan online dari www.bookcafe.com.my.

Buku Terbaru Saya Bakal Terbit - Buat Duit Sebagai Ejen Insurans/Takaful

Buku Terbaru Saya Bakal Terbit - Buat Duit Sebagai Ejen Insurans/Takaful.
Khabar angin semasa Pesta Buku April ini. Nanti saya akan maklumkan berita semasa (contohnya harga) apabila diberitahu penerbit. Sesiapa yang nak pre-order boleh email kepada saya di ilmudigital@gmail.com atau sms kepada nombor hp 017-8719444 beserta maklumat berikut untuk database saya:
  1. Nama penuh:
  2. Alamat penghantaran buku:
  3. Nombor handphone:
  4. Email: 
  5. Kerjaya sekarang: 
Boleh juga beri maklumat dengan menulis pada komen kepada posting ini.

Monday, March 16, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - GAWAT EKONOMI AKAN DATANG, PERGI DAN DATANG LAGI

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: GAWAT EKONOMI AKAN DATANG, PERGI DAN DATANG LAGI 

Edisi : Bil 1321 Mac 2009
......Jika rangsangan ialah berita "kegawatan ekonomi" di segenap sudut media massa maka satu cara ialah mencari maklumat positif yang membuktikan kegawatan itu sebenarnya satu bayangan dalam minda sahaja. Kalaupun ia berlaku jangan ambil bahagian, DO NOT PARTICIPATE! Sebagai satu langkah permulaan saya dedahkan beberapa fakta sedemikian. Para pembaca kemudian boleh memantau berita di bawah atau mencari bukti-bukti sendiri di sekeliling.

Rangkaian pasaraya Mydin menawarkan 1200 kerja kosong untuk hipermarket baru di Melaka, Kubang Kerian dan Kedah. Mereka mempunyai 5,000 pekerja, 20 peratus darinya warga asing, tetapi tidak akan memberhentikan mana-mana pekerjanya sekarang.


Sindiket judi ditumpaskan polis beroperasi di Johor Baharu, jumlah judi RM172.8 juta. Dari mana datangnya wang ini, bayangkan kalau ia disuntik untuk urusniaga yang halal.


480 pekerja Panasonic di Melaka bakal diberhentikan tetapi bukan dengan tangan kosong. Pakej pemberhentian termasuk 1.2 gaji bulanan dan faedah pemberhentian dalam bentuk tunai. Dipercayai ada antara pekerja bakal mendapat sehingga RM300,000. Ada pekerja juga ditawarkan pekerjaan baru dalam sektor pertanian dan keusahawanan bergantung kepada citarasa masing-masing.


Jumlah wang yang dikutip oleh pusat-pusat perjudian diiktiraf seperti TOTO dan Magnum. Ini lagi dahsyat jumlahnya. Kalau benar ekonomi gawat sudah tentu pusat-pusat ini senyap sunyi atau ditutup terus....
 

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, March 08, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - DEFINASI ASET MENGIKUT JUTAWAN DAN AKAUNTAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: DEFINASI ASET MENGIKUT JUTAWAN DAN AKAUNTAN 

Edisi : Bil 1320 Mac 2009
"...Kisah ini saya nukilkan berdasarkan prinsip-prinsip dalam buku "Rich Dad Poor Dad" karya Encik Robert Kiyosaki. Salah satu konsep yang dipertikaikan beliau ialah konsep ASET di mana konsep ASET atau HARTA berbeza sekali dengan definasi profesor universiti. En Robert,juga seorang jutawan, membuktikan bagaimana pentafsiran berbeza inilah penyebab utama mengapa salah seorang ayah angkatnya bergelar Rich Dad sementara ayah sebenarnya bergelar Poor Dad. 

Arakian tersebut kisah seorang eksekutif berusia 30-an bernama Ramli. Ramli tinggal di sebuah pangsapuri sering membeli suratkhabar di sebuah gerai kecil berdekatan pondok sekuriti. Kita panggil sahaja penjual suratkhabar itu Samy. Hampir setiap pagi Ramli lengkap berpakaian pejabat, bertali leher bersepatu Alan Delon akan membeli suratkhabar Berita Harian. "Apa macam Samy? Bisnes ada baik ka?" Si Samy pula akan membalas sapaan mesra Ramli sambil tersenyum lebar melihatkan gigi palsu emasnya. ""Serupa juga ini bisnes. Kadang kadang baik, kadang-kadang sikit untung, Tuhan juga kasi." Ramli senyum lalu masuk ke dalam kereta Perodua Kancilnya. Memang cerah masa depan anak muda ini yang memegang jawatan akauntan di sebuah gedung pakaian besar........
."
Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.