Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: DEFINASI ASET MENGIKUT JUTAWAN DAN AKAUNTAN
Edisi : Bil 1320 Mac 2009
"...Kisah ini saya nukilkan berdasarkan prinsip-prinsip dalam buku "Rich Dad Poor Dad" karya Encik Robert Kiyosaki. Salah satu konsep yang dipertikaikan beliau ialah konsep ASET di mana konsep ASET atau HARTA berbeza sekali dengan definasi profesor universiti. En Robert,juga seorang jutawan, membuktikan bagaimana pentafsiran berbeza inilah penyebab utama mengapa salah seorang ayah angkatnya bergelar Rich Dad sementara ayah sebenarnya bergelar Poor Dad.
Arakian tersebut kisah seorang eksekutif berusia 30-an bernama Ramli. Ramli tinggal di sebuah pangsapuri sering membeli suratkhabar di sebuah gerai kecil berdekatan pondok sekuriti. Kita panggil sahaja penjual suratkhabar itu Samy. Hampir setiap pagi Ramli lengkap berpakaian pejabat, bertali leher bersepatu Alan Delon akan membeli suratkhabar Berita Harian. "Apa macam Samy? Bisnes ada baik ka?" Si Samy pula akan membalas sapaan mesra Ramli sambil tersenyum lebar melihatkan gigi palsu emasnya. ""Serupa juga ini bisnes. Kadang kadang baik, kadang-kadang sikit untung, Tuhan juga kasi." Ramli senyum lalu masuk ke dalam kereta Perodua Kancilnya. Memang cerah masa depan anak muda ini yang memegang jawatan akauntan di sebuah gedung pakaian besar........."

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
No comments:
Post a Comment