Thursday, March 19, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PELABURAN ALTERNATIF EMAS

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: PELABURAN ALTERNATIF EMAS 

Edisi : Bil 1322 Mac 2009
......Negara kita pernah mengalami keadaan seperti ini yakni semasa zaman pendudukan Jepun dulu. Tanya sahaja kepada warga emas yang hidup di zaman itu. Kesimpulannya kekayaan sebenar terletak pada emas dan perak, bukannya wang kertas. Pelabur profesional mengamalkan strategi pemelbagaian jadi kenapa tidak memasukkan emas dalam portfolio pelaburan yang ada sekarang. Ada dua jenis pelaburan emas iaitu membeli emas fizikal atau menggunakan akaun simpanan emas tajaan bank. Emas fizikal untuk tujuan pelaburan contohnya ialah seperti Dinar Emas Kelantan, syiling emas dijual di bank seperti Syiling Kijang Emas dan wafer atau jongkong emas.

Di Malaysia pula ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Pelabur menyertai skim sedemikian bukanlah atas sebab emas fizikal tetapi kerana dijanjikan pulangan. Hati-hati dengan skim sedemikian kerana ia kerap kali melanggar syariah dan ada unsur penipuan. Tetapi lain halnya kalau membeli emas fizikal (contohnya seperti dalam gambar) dari pihak ketiga . Satu strategi simpanan secara kecil-kecilan diberikan dalam Jadual 1 di bawah....
.atau seperti Jadual 2 ....
 

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

2 comments:

FAEE said...

En Sunthara, saya sangat berminat dalam pelaburan emas terutama emas wafer 999.99. Baru-baru ini saya menonton dikaca tv dan akhbar berkenaan syarikat yang menawarkan pelaburan emas (ETIKA EMAS ESTET SDN BHD. Saya ingin meminta pandangan En dalam hal ini. Dimana Syarikat tersebut menjual emas kepada pelanggan dan emas tersebut di gadaikan dalam Ar rahnu (gadaian islam). Program tersebut mempunyai perjanjian selama 6 bulan di mana pelanggan akan diberi 1 gram emas bersamaan RM 1.00. Persoalannya, adakah saya memperoleh manfaat dan syarikat tersebut boleh dipercayai?

Sunthara said...

Balik kepada asas, sebarang pelaburan tidak kira yang paling selamat pun mesti ada hitam putih yang memihak pihak kita sebagai pelabur. Kedua kita sendiri mesti ada Plan B jika pelaburan kita kantoi. Kalau keduanya tak ada elok jangan melabur atau kena redha kalau rugi.

Sebab itu saya tidak mahu komen sebarangan. Saudara boleh buat penilaian sendiri contohnya dengan melihat pendapat positif dan negatif disini:http://tinyurl.com/c244xx
Kalau berminat mengetahui jadual yang saya tuliskan dalam artikel (baca dulu yang original ya!)dan seterusnya cara melabur hubungi handfon saya 017-8719444 dengan nama,email dan permintaan anda.

-Sunthara