Saturday, October 24, 2009

Perniagaan Internet dan Teks Ucapan Bajet 2010 Malaysia

Teks ucapan penuh boleh download (versi pdf) disini.
Biar kita petik 4 perkara dahulu daripada teks ucapan panjang itu:

1) Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM9,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.
2) Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
3) Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.
4) Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

Hmmm, nampaknya pelajar universiti sudah boleh berjinak-jinak dengan perniagaan internet, bukan?

No comments: