Thursday, October 29, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - FAIL RAHSIA 0201- KISAH Encik X AGENSI Y

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: FAIL RAHSIA 0201- KISAH Encik X DAN AGENSI Y
Bil 1354 Oct-Nov 2009

Encik X mengalami masalah hutang yang berserabut (butiran terperinci dalam artikel Mingguan Wanita). Dia tidak mahu diistiharkan muflis kerana beliau akan kehilangan rumah yang didiami keluarga serta ke semua harta yang berada di atas nama beliau. Lebih membimbangkan lagi beliau mungkin kehilangan pekerjaan beliau sekiranya beliau muflis. Keadaan ini telah memaksa beliau untuk mendapatkan bantuan Agensi Y kerana keadaan keluarga beliau kini terancam.

Agensi Y telah mengambil beberapa langkah di dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Encik X. Langkah pertama adalah untuk menyelesaikan masalah beliau sebagai penjamin bagi pinjaman perumahan dan kerugian selepas jualan hartanah tersebut. Dalam kes ini, Agensi Y berjaya mendapat kelulusan bank untuk memansuhkan penalti kaedah dan tuntutan yang berkaitan. Bank juga bersetuju untuk memansuhkan 50% dari pinjaman asas ke atas kerugian yang berjumlah lebih RM60,000 and bersetuju untuk bakinya dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM600 untuk tempoh 7 tahun......

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Kepada mereka yang mengalami masalah seperti Encik X boleh email atau SMS  kepada saya untuk cara menghubungi dan identiti Agensi Y)

No comments: