Bil 85 March 2010
"Al-ghorm bil ghonm", begitulah bunyinya dalam Arab yang bermaksud "tidak ada hasil tanpa risiko". Dalam transaksi ekonomi syariah, risiko untuk kehilangan modal adalah salah satu resiko investasi yang harus di jalani dan di lalui. Tak kira pelabur yang berpengalaman atau yang masih hijau boleh terpedaya dengan maklumat pulangan semata-mata. Bila sebut pasal melabur kebanyakan orang akan terus bertanya berapakah pulangannya. Kalau pulangannya besar timbullah keinginan untuk mencuba nasib. Di samping pulangan ada dua soalan juga yang patut ditanya iaitu berkaitan KOS dan RISIKO. Dalam artikel ini saya bincangkan soal risiko.Satu pepatah pelaburan Inggeris pula memberi amaran "There is no free lunch". Maksudnya tidak ada pelaburan yang percuma, pelaburan terbaik dengan kos terendah sekali pun mempunyai umpan berbisa iaitu risiko. Berikut Jadual Pulangan Risiko Set A yang dipetik dari buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah", boleh dibeli di kedai-kedai buku utama. Saya menggunakan contoh unit amanah sebagai ilustrasi semata, prinsipnya boleh diamalkan kepada mana-mana akaun pelaburan.
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
No comments:
Post a Comment