Saturday, April 30, 2011

Sedutan Artikel MWanita-BERANI BERMULA DENGAN SYARAT ILMU ASAS SUDAH ADA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  BERANI BERMULA DENGAN SYARAT ILMU ASAS SUDAH ADA  
Bil 1432 April/May 2011 


...Seorang sahabat pernah menyatakan kepada saya, "Saya sukakan cadangan pelaburan anda tapi aku takutlah kalau-kalau harganya akan jatuh lagi sebab baru-baru ini bila aku periksa dalam surat-khabar harganya dok turun." Di bulan-bulan lepas sahabat ini memberi alasan berikut pula, "Emm....logik juga cakap awak tapi bila aku semak harganya dah naik, aku dah terlepas can lah! nantilah aku tunggu dulu macam mana keadaannya."Pada firasat saya falsafah begini bukan sahaja bermain-main di fikirannya tetapi juga di kebanyakan pelabur termasuk pembaca sekelian. Ada yang mungkin memiliki ilmu-ilmu dan teknologi untuk mengesan samada setiap alat pelaburan itu berbaloi atau tidak. Analisa demi analisa akan dilakukan baik dengan komputer, saranan juruanalisa di media atau simpulan dari perbincangan di warung-warung dan kedai-kedai mamak. Akhirnya masing-masing akan berfikir dalam hati, "Tak apalah biar aku tunggu?". Nak tunggu apa?
(Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    Tuesday, April 26, 2011

    Buku Terbaru Saya - Terjemahan Bahasa Malaysia Pemasaran Gerila Untuk Penulis

    Guerrilla Marketing for Writers: 100 No-Cost, Low-Cost Weapons for Selling Your Work
    Syukur akhirnya buku terjemahan saya ke Bahasa Malaysia, "Pemasaran Gerila Untuk Penulis" sudah mula dijual di Pesta Buku KL di PWTC yang sedang berlangsung 22 April sehingga 1 Mei 2011.

    Tajuk asal "Guerilla Marketing For Writers" karya bapa pengasas "pemasaran gerila" iaitu Jay Conrad Levinson dan tiga rakan beliau. Sinopsis dan kandungan dalam Bahasa Malaysia lihat di sini.

    Sunday, April 24, 2011

    Sedutan Artikel MWanita - WUJUDKAH UNSUR SIMPANAN DALAM RIDER INSURANS ATAU TAKAFUL


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel :  WUJUDKAH UNSUR SIMPANAN DALAM RIDER INSURANS ATAU TAKAFUL    
    Bil 1431 April 2011 


    ...Soalan yang sering dikemukakan orang ramai ialah , "Benarkah pelan hospital perubatan yang saya ambil (tidak kira jenis cashless atau yang kena bayar dahulu claim kemudian) itu satu simpanan?". Sebelum menjawab persoalan di atas elok kita sama-sama rujuk kembali fakta asas dalam perenggan seterusnya.
    Setiap pelan insurans/takaful sekompleks mana sekali pun dapat dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu pelan asas atau pelan utama, pelan tambahan atau RIDER dan unsur simpanan/pelaburan. Rider tidak boleh diambil sendiri tetapi mesti digabungkan dengan pelan asas. Di dalam pelan rider tidak ada unsur simpanan sebaliknya semua peruntukan kos untuk rider akan digunakan sebahagian besarnya untuk memberi perlindungan. Ambil contoh manfaat kesihatan atau perubatan yang boleh dipersembahkan dalam empat kategori utama:

    (Untuk perincian seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

      Sunday, April 17, 2011

      Sedutan Artikel MWanita - SWING TRADING BERBANDING T3


      Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
      Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
      Tajuk Artikel :  SWING TRADING BERBANDING T3   
      Bil 1430 April 2011 

      Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai menyatakan harapan kerajaan untuk melihat pelabur runcit menyumbang 50 peratus daripada dagangan dalam pasaran saham menjelang 2020. Jumlah sekarang cuma 30 peratus, satu statistik yang tidak memberangsangkan dibandingkan dengan Jepun dan Amerika Syarikat. Kebanyakan pelabur saham berusia 40 tahun ke atas dan cuma 12% sahaja berada dalam julat umur 20-29 tahun. Beliau berkata sasaran itu boleh dicapai jika Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan bank-bank pelaburan memainkan peranan masing-masing dalam mendidik orang ramai tentang faedah-faedah yang boleh diraih melalui pelaburan. Mengapakah orang muda kita kurang gemar dengan pelaburan saham? Mungkinkah kerana mereka lebih teruja dengan pelaburan forex yang lebih menyeronokkan? Atau kerana kerjaya broker saham ini sudah tidak menarik atau lumayan lagi? Mungkin mereka tidak ada peluang mempelajari asas-asas pelaburan saham yang sistematik seperti:
      (Untuk pembacaan seterusnya mengenai  SWING TRADING BERBANDING T3 dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
      Hubungi saya di email atau handphone saya untuk mendapatkan panduan digital sistem saham dalam Bahasa Malaysia, yang menunjukkan mengapa strategi T3 ataupun Intraday, mengikut setengah pelabur profesional adalah kurang sesuai untuk pasaran saham di Malaysia.

        Friday, April 08, 2011

        Sedutan Artikel MWanita - GARIS PANDUAN BAHARU KAD KREDIT BANK NEGARA


        Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
        Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
        Tajuk Artikel :  GARIS PANDUAN BAHARU KAD KREDIT BANK NEGARA  
        Bil 1429 April 2011 


        STATISTIK TERKINI : Pemegang kad kredit di Malaysia adalah seramai 3.2 juta orang dengan hampir separuh mereka yang berpendapatan kurang dari RM36,000 setahun.

        Adilkah tuduhan bahawa kad kredit musuh kewangan nombor dua selepas inflasi? Ada orang yang menyifatkannya sebagai satu virus yang mampu membunuh secara perlahan. Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia,Nor Shamsiah Mohd, ‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk." Tidak pasti apakah ukuran tahap yang digunakan untuk membawa kesimpulan "tidak membimbangkan". Yang pasti pada 18 March 2011 Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd. Yunus mendedahkan garis panduan dan syarat baharu melibatkan kad kredit.
        1. Untuk mendapatkan kad kredit baru memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.
        2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja........
        (Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

          Sedutan Artikel MWanita - MASLOW,MESIR DAN MASJID


          Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
          Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
          Tajuk Artikel :  MASLOW,MESIR DAN MASJID 
          Bil 1428 April 2011 

          ......Bagaimana pula dengan perancangan kewangan secara Islam? Apakah konsep hieraki Maslow boleh digunakan? Ya, memang boleh tetapi tidak mencukupi kerana perancangan kewangan Islam perlu mengambil kira 3 perbezaan utama:
          1.    Kekayaan dikurniakan oleh Tuhan
          2.    Semua aspek pengurusan kekayaan mesti megikut Syariah
          3.    Sebarang perancangan kewangan duniawi mesti mempunyai implikasi untuk alam baqa'

          Sememangnya seorang perancang kewangan Islam tidak akan menggunakan hieraki Maslow tetapi hieraki yang lebih menyeluruh berdasarkan konsep masjid. Bayangkan satu bangunan masjid yang kukuh. Pembinaannya terdiri dari 5 unsur utama iaitu:
          1.    Tapak (di mana keseluruhan binaan di asaskan)
          2.    Lantai (di mana jemaah akan bersembahyang)
          3.    Tiang-tiang (bertindak sebagai sokongan)
          4.    Bumbung (sebagai pelindung)
          5.    Kubah (wawasan terakhir iaitu hayatan tayibbah)

          (Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)