Friday, November 11, 2011

Sedutan Artikel MWanita - PERISIAN KEWANGAN PANTAU CASHFLOW


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PERISIAN KEWANGAN PANTAU CASHFLOW  
Bil 1460 Nov  2011
....Baru-baru ini saya berkesempatan menguji perisian kewangan buatan warga Malaysia yang pada pendapat saya ringkas tetapi efektif untuk mengurus aliran tunai. Ia kecil, ringan dan boleh digunakan dalam komputer biasa, notebook,netbook dan sistem seperti iPac dan Galaxy Tab. Pengguna Windows, Linux atau Mac tiada masalah menggunakannya. Salah satu masalah pengguna ialah mempelajari menggunakan perisian kewangan yang baru. Bukan perisian ini kerana ada video-video terperinci yang menerangkan penggunaannya secara langkah demi langkah. Bagi mereka yang tidak pernah membuat penyata wang masuk dan keluar, dua bulan sampel penyata sebenar turut diberikan. Jadi pengguna baru boleh terus guna sampel ini  dengan mengubah data atau memasukkan data mereka sendiri. Hubungi saya untuk melihat satu sampel video bagaimana menggunakan perisian ini bertajuk "Bajet Bulanan".
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

4 comments:

tAK rAJA lAWAK said...

dekat mane sye bleh dapat perisian ni..?

Sunthara said...

Boleh email kepada saya di ilmudigital@gmail.com,saya cuba kesan emel anda tetapi link pada username anda pergi ke profile yang mengelirukan.

ahmadzuwairi said...

mohon tuan email perisian kpd saya juga

Sunthara said...

Kpd En Ahmad, saya sudah email maklumat kepada tuan. Kepada tak raja lawak masih berminat ke, membisu sahaja.