Tuesday, January 31, 2012

FUNGSI RESUME DALAM STRATEGI KEWANGAN


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : FUNGSI RESUME DALAM STRATEGI KEWANGAN 
Bil 1472 Jan 2012
....... Katakan anda baru habis muhasabah kewangan dari segi material dan spiritual sempena tahun baru ini. Jelas dana untuk wawasan tidak cukup. Wawasan seperti berkahwin, menyediakan tabung pendidikan anak, membeli rumah atau kereta. Bagi ahli perniagaan mereka cuma perlu berusaha lebih giat untuk mencari punca pendapatan tambahan. Bagi yang bekerja terpaksa mencari pekerjaan sambilan mengorbankan masa untuk keluarga atau Tuhan. Strategi ini kurang selesa untuk setengah orang jadi mereka memilih melakukan trasformasi dengan majikan baru mengharapkan gaji yang lebih tinggi sesuai dengan projeksi alir-tunai masing-masing. Itupun kalau majikan lama tidak dapat memberi apa yang mereka mahu. Dalam strategi kewangan begini kita perlu kemahiran penonjolan diri melalui alat pemasaran digelar resume atau CV.
(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.) Pakej digital seni resume ini tidak dijual di mana-mana kedai di Malaysia.

Sunday, January 22, 2012

MERAMAL NILAI PRODUK PELABURAN


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MERAMAL NILAI PRODUK PELABURAN
Bil 1471 Jan 2012
....... Apa yang ingin saya kongsi kali ini ialah ilmu meramal pergerakan harga alat pelaburan tidak kira saham, emas, perak atau komoditi. Oleh kerana saya bukan seorang pakar peramal pergerakan harga dan kekurangan masa belajar kemahiran ini saya mencari seorang cikgu untuk bertukar fikiran. Beliau memberikan pendedahan berikut menggunakan emas sebagai contoh,mereka yang tidak suka pelaburan emas masih boleh mendapat manfaat kerana tekniknya masih sama. Tidak kiralah forex (currency) komoditi (kopi,jagung,gandum) asasnya tetap sama.
Tentu ada yang akan bertanya adakah harga semua ilmu ini sama dengan sebuah kereta kebal. Jawapannya ya di suatu masa dahulu. Kini dengan teknologi komputer dan platform internet, ia kini boleh diamalkan oleh mana-mana pelabur yang sanggup luangkan masa untuk belajar.

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Hubungi saya (emel atau hantar SMS 0178719444) untuk membeli 3 kursus ramalan sedemikian dalam Bahasa Malaysia secara berasingan bagi emas, perak dan saham masing-masing. 3 kursus ini tidak dijual di mana-mana kedai di Malaysia.

Saturday, January 21, 2012

MUHASABAH KEWANGAN DI AWAL TAHUN


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MUHASABAH KEWANGAN DI AWAL TAHUN   
Bil 1470 Jan 2012
......mulakan dengan muhasabah peribadi, bertanyakan soalan-soalan yang mengusik jiwa kewangan di samping membangunkan minda kewangan kita dari kemalasan. Contohnya, adakah anda:

Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan- Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak apa, nanti dulu, Lepas kahwin, Bila anak dah besar  dijadikan alasan untuk tidak memulakan plan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaik-pulih pinjaman anda

Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya- Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal merancang. Mungkin kerana sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggung-jawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas dengan nyata dan jelas.

Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik- Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan menggalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya.  Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Saturday, January 14, 2012

TAMBAH PENDAPATAN DENGAN ONLINE FREELANCING


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : TAMBAH PENDAPATAN DENGAN ONLINE FREELANCING   
Bil 1469 Jan 2012
.......Rasa-rasa macam kenal pasaran ini bukan? Tetapi ada pembaca (mereka ini samada malas atau lokek mendapatkan ilmu)yang memberikan alasan mereka tidak sanggup melakukannya kerana terpaksa melakukan kegiatan berikut:
  1. Kena buat pelancaran ebook sendiri
  2. Kena menyertai forum-forum internet untuk promosi
  3. Kena upah orang buat laman web.
  4. Susah buat promosi setiap hari ke pelbagai pasaran
  5. Susah hendak kumpul list.
  6. Leceh menubuhkan sistem affiliate atau agen untuk menjual
Alasan-alasan ini memang lemah dan bukan satu tabiat baik untuk memulakan langkah sebagai bakal usahawan. Tapi saya cuba bersikap neutral dengan bertanya apakah ada alternatif lain. Selepas sedikit pertanyaan dan kajian di luar sana saya menjumpai satu bisnes yang tidak memerlukan keenam-enam langkah di atas. Apa yang mengujakan saya ialah ada orang yang sudah melakukannya sebagai punca pendapatan yang stabil. Bisnes ini menggunakan sebuah platform internet tempat orang menawarkan apa sahaja perkhidmatan dengan harga USD 5.

Dapatkan 3 video permulaan secara percuma bagaimana memulakan bisnes ini dalam Bahasa Malaysia.

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, January 13, 2012

EMPAT KESILAPAN MENGISI BORANG INSURANS


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : EMPAT KESILAPAN MENGISI BORANG INSURANS   
 Bil 1468 Dec 2011- Jan 2012
.......Ini pengakuan seorang pembaca yang menulis kepada saya:

"En Sunthara. Saya ada memohon polisi insurans melalui seorang agen selepas mendengar persembahan tentang kebaikannya. Agen tersebut membantu mengisi borang permohonan dengan mengisi butiran bagi pihak saya. Saya cuma menandatangani borang tersebut. Selepas dua minggu pelan tersebut pun aktif dan dua minggu berikutnya saya menerima polisi berkenaan. Semasa meneliti polisi saya sempat melihat salinan borang permohonan yang dikepilkan di dalam polisi. Ada fakta yang saya dapati tidak selaras dengan sejarah perubatan saya dan tidak dinyatakan dengan tepat. Adakah kontrak insurans saya akan terbatal atau ada masalah semasa tuntutan nanti?"

Jawapan pendek "Ya" bergantung kepada samada pelanggan cepat-cepat memberitahu syarikat secara bertulis atau hanya mendiamkan diri mengharapkan ia tidak dikesan oleh syarikat insurans.
(Untuk empat kesilapan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, January 02, 2012

Nombor kapalterbang pencetus 7/11 dicam dengan Notepad

Adakah ini nombor pendaftaran salah satu kapal terbang yang menghentam salah satu menara World Trade Center semasa Peristiwa 9/11? Q33N
Mari kita uji dengan notepad yang dibungkus dalam setiap perisian Windows.
1) Buka Notepad dan taip text ini ==> Q33N
2) Besarkan ke saiz 72
3) Tukar ke font Wingdings
4) Anda akan melihat imej sebuah kapalterbang di kiri menuju ke dua menara dengan gambar tengkorak silang.

Apa pandangan anda?