Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MUHASABAH KEWANGAN DI AWAL TAHUN
Bil 1470 Jan 2012
......mulakan dengan muhasabah peribadi, bertanyakan soalan-soalan yang mengusik jiwa kewangan di samping membangunkan minda kewangan kita dari kemalasan. Contohnya, adakah anda:
Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan- Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak apa, nanti dulu, Lepas kahwin, Bila anak dah besar dijadikan alasan untuk tidak memulakan plan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaik-pulih pinjaman anda
Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya- Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal merancang. Mungkin kerana sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggung-jawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas dengan nyata dan jelas.
Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik- Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan menggalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?

No comments:
Post a Comment