Thursday, November 27, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita- Aduan Salah Laku Pelaburan

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Aduan Salah Laku Pelaburan - Kepada Siapa  
Edisi : Bil 1306 Nov 2008

"....Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri pelaburan dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada SC. SC bermakna Suruhanjaya Sekuriti atau dalam Bahasa Inggeris Securities Commission. Suruhanjaya Sekuriti salah satu badan pemantau yang menjaga kegiatan kewangan di negara kita. Satu lagi badan yang mempunyai kuasa ialah Bank Negara Malaysia.


Di SC ada satu Jabatan dipanggil Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan yang akan meneliti aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan. Tujuan untuk menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Mereka mengalu-alukan semua jenis aduan yang berkenaan kerana ini memberikan peluang mendedahkan aktiviti salah laku yang berlaku dalam industri atau trend baru melibatkan penipuan pelaburan.


Apakah jenis aduan yang boleh dilapurkan dan borang aduan....."

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Wednesday, November 26, 2008

ASW2020- Apakah mungkin berlaku huru hara esok 27 Nov 2008

KUALA LUMPUR: Satu bilion unit baru Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) akan ditawarkan mulai esok. Unit baru saham amanah yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia itu, boleh dilanggan mulai jam 8 pagi di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) seluruh negara dan 1,627 cawangan ejennya.
Baca lanjut disini - Berita Harian

Pulangan ASW2020 2001-2007:
2001 - 7.25%
2002 - 7.25%
2003 - 6.60%
2004 - 7.00%
2005 - 7.10%
2006 - 6.80%
2007 - 7.10%

Sunday, November 23, 2008

Lagi 1089 naskah buku saya dipesan oleh PNM


Saya mendapat berita dari Penerbit PTS bahawa buku saya Rahsia Mengurus Insuran Hayat dipesan 1089 naskah oleh Perpustakaan Negara Malaysia . Saya merasa terharu kerana ini pesanan pukal kedua dalam tahun 2008 selepas pesanan 1089 naskah buku Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah untuk perpustakaan desa. (Baca di sini ). Terima kasih juga untuk pihak editorial dan pemasaran PTS yang membantu mempromosikan buku saya kepada pegawai-pegawai PNM. Mungkin tahun 2008 ini agak bertuah bagi saya selepas titik peluh menulis kedua-dua buku tersebut.
Mereka yang berminat boleh pesan atau beli dari MPH, Popular atau terus dari penerbit Malaysia PTS 603-61880316.

Thursday, November 20, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - JIKA EKONOMI GAWAT ATAU TAK GAWAT

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: JIKA EKONOMI GAWAT ATAU TAK GAWAT
Edisi : Bil 1305 Nov 2008
......Prinsip kewangan tetap boleh diamalkan samada ekonomi gawat atau tidak. Yang penting apakah keadaan kewangan sekarang. Contohnya bila bermain buah catur seperti rajah sebelah .Bila buah putih bergerak kita umpamakan berlaku perubahan dalam keadaan kewangan. Perubahan kewangan boleh jadi dalaman (ekonomi negara sendiri)atau luaran (keadaan ekonomi dunia). Lantas macam mana buah hitam patut bergerak. Sudah tentu yang pertama kena tahu undang-undang permainan catur. Lepas tahu gerak kena belajar beberapa strategi mudah contohnya strategi pembukaan dan pertahanan seperti Ruy Lopez, King's Gambit atau Sicilian Defense.

Satu cara Grandmaster Catur membaiki permainan mereka ialah dengan mengenalpasti apakah kesilapan yang sering mereka lakukan.Mereka akan menganalisa kembali semua permainan di mana mereka kalah. Tujuannya untuk mencari pergerakan yang sepatutnya supaya kalau boleh pisang jangan berbuah dua kali. Dalam dunia kewangan pun begitu, hasil dari pengalaman ekonomi negara lain dan orang-orang lain berikut beberapa kesilapan kewangan sejagat.......


Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Friday, November 14, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - MASIH ADA YANG TAK SERIK-SERIK

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: MASIH ADA YANG TAK SERIK-SERIK  
Edisi : Bil 1304 Nov 2008

"....Namun masyarakat kita masih suka diperbodoh kerana tamak kepada keuntungan cepat. Secara tak langsung ini menggalakkan kegiatan syarikat yang memang akan mengisi kehendak nafsu pelabur yang tidak mahu berusaha tetapi "goyang kaki - pulus masyuk". Syarikat yang menjanjikan wang yang mudah seperti beberapa skim pelaburan internet, skim piramid, 4D (Duduk Diam Dapat Duit) dan skim cepat kaya yang menjanjikan wang datang bergolek dengan hanya goyang kaki sahaja.Tetapi apakah mereka sahaja dipersalahkan. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tiada permintaan masakan ada pemberinya.      


Rentetan peristiwa di suratkhabar:
13 Okt. 2008 – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu EMPAT buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

14 Okt. 2008 - Syarikat B yang disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) kerana didakwa mengambil deposit secara haram dan mirip kepada skim cepat kaya, diarah menghentikan sementara operasi selama tiga bulan.Setiausaha syarikat itu, berkata, arahan itu berkuat kuasa semalam dan dalam tempoh itu, Syarikat B tidak lagi boleh menjelaskan bayaran upah kepada promoter dan wakil negeri, selain tidak dibenarkan menerima keahlian baru sehingga siasatan selesai.
Untuk berlaku adil kita patut beri masa kepada pihak tertuduh untuk membela diri masing-masing. Pihak penguatkuasa juga perlu mengikut prosedur agar tiada yang teraniaya kerana pihak dalaman atau kakitangan yang kreatif "lebih-lebih."......"

Artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Saturday, November 08, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - Wei-Ji Ekonomi-Tauladan Untik Kita Sebagai Pelabur

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Wei-Ji Ekonomi-Tauladan Untik Kita Sebagai Pelabur 
Edisi : Bil 1303 Nov 2008
......Wei ji - Huruf China yang bermaksud krisis, suatu saat getir, satu masa di mana suasana atau keadaan berubah menjadi kurang selesa. Seperti yang berlaku dalam keadaan ekonomi sekarang. Berita-berita terkini memaparkan suasana sedih, suram dan malap. Jarang ada berita yang menggembirakan. Kita mendengar dari CNN berkaitan ratusan yang sudah hilang kerja atau diancam pembuangan kerja. Nasib baik di negara kita ada amalan pinjaman berhemah dan dagangan menggunakan wang simpanan sebenar bukannya wang maya.....
Sebab itu dari awal lagi kena ukur baju di tangan sendiri. SEMUA bentuk pelaburan boleh membawa keuntungan atau kerugian bergantung kepada kebijaksanaan dan pengetahuan PELABUR berkenaan. Pelabur sebegini biasanya menggunakan satu SISTEM dan FALSAFAH yang sesuai dengan kemampuan mereka bukannya main hentam beli-jual ikut suka atau khabar-khabar angin. Ini ternyata tidak banyak diamalkan oleh pelabur amateur (masyarakat biasa) yang sering tidak dapat mendapatkan keuntungan diharapkan walhal pelabur-pelabur lain senyap-senyap telah mencapai hasrat masing-masing. Kesannya tanggapan negatif terhadap pasaran kewangan dan instrumen pelaburan berkenaan.......


Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, November 06, 2008

Inikah Saat Kebangkitan Sistem Kewangan Islam?

Adakah krisis kewangan global sekarang satu peluang besar untuk Sistem Kewangan Islam bertapak?
Bagi mereka yang kabur tentang sistem kewangan Islam ini satu pengenalan bergambarajah.
Berikut komen beberapa individu:
Komen Sheikh Yusuf Al-Qaradawi -Ya patut .
Komen penyokong Kapitalis Barat - Tak masuk akal .
Komen majallah Economist - Masuk akal tapi kena kembangkan sukuk .
Komen Sydney Morning Herald - Berjaya tempuh ribut kewangan

Apa pendapat anda pula?

Wednesday, November 05, 2008

Buku Saya Rahsia Mengurus Insurans Hayat TOP 10 Bulan Oktober di MPH Alamanda Putrajaya

TOP 10 Bulan Oktober di MPH Alamanda Putrajaya
1. BUAT DUIT DENGAN RUMAH
2. BUAT DUIT DARI RUMAH
3. KAYA DENGAN RUMAH
4. RAHSIA PELABUR JUTAWAN
5. MENJADI JUTAWAN M.L.M - (edisi jimat)
6. RAHSIA BISNES ORANG CINA
7. MEMOTIVASIKAN PEKERJA
8. RANCANGAN PERNIAGAAN
9. RAHSIA MENGURUS INSURANS HAYAT (Baca Dan Beli di Google Books) 
10. CARA MUDAH DAPAT PINJAMAN

Monday, November 03, 2008

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KISAH DARI RIMBA-KEMELUT EKONOMI US

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: KISAH DARI RIMBA-KEMELUT EKONOMI US  
Edisi : Bil 1302 Nov 2008
......(Bunyi unggas ketika Landak Raya membaca sebentar keratan suratkhabar)
Sang Kerengga: Bagi tau dulu sikit-sikit Landak, nanti boleh baca sampai habis.
Landak Raya: Ini pasal kes ekonomi US. Tak silap datuk aku pernah cerita tentang kejadian kemelut ekonomi macam sekarang. Masa itu tahun 1929 tak silap. Datuk aku dengar pun daripada datuk dia yang berkawan dengan landak negro asal Amerika Syarikat. Khabarnya kawannya terpaksa lari naik kapal ke sini sebab tak tahan dengan zaman kemelesetan AS masa tu. Bayangkan hari-hari kena makan ubi kentang berulat.
Siamang: Hmm. Cuba kau ceritakan sikit apa yang berlaku sekarang pula.
Landak Raya:  Mengikut pakar ekonomi bebas, krisis ekonomi yang di alami Amerika di sebabkan oleh pengurusan ekonomi yang teruk.
Sang Kerengga: Manusia begitulah, ada akal tapi jarang guna. Kita ini semuanya Tuhan berikan cukup makan cukup tidur. Tak payah berteori-teori.
Landak Raya: Ini ada beberapa contoh, sahabat mahu dengar tak?
Enggang: Ceritalah landak, nanti boleh aku kongsi maklumat dengan suku sakat aku.
Landak Raya: Ini satu - Kenaikan harga minyak disebabkan oleh perang Iraq yang telah menurunkan pengeluaran minyak Iraq sebanyak 3 juta tong sehari.
Siamang: Ini mesti strategi apa nama Presiden tu..Bushman..., nama dia pun macam member aku yang bulu lebat mengalahkan aku. He! He!......



Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.