Sunday, November 29, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PEROMPAK BANK INTERNET

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: PEROMPAK BANK INTERNET
Bil 1358 Nov 2009


Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya terserempak dengan penyangak internet. Biasanya untuk pertemuan-pertemuan  sebegini saya akan campakkan dalam ”bakul sampah” email saya. Tetapi untuk manfaat pembaca setia semua, saya berlakon seolah-olah tidak sedar akan kegiatan sedemikian. Kaji teliti setiap rajah yang diberikan di sini kerana ia memberi banyak tips menghidu pencuri licik ini. Fikirlah dua tiga kali samada sudah bersedia melakukan urusniaga perbankan di internet.
(Penafian – Semua rajah dan penerangan dalam artikel ini tidak merujuk secara khusus kepada mana-mana bank  tetapi sebagai panduan sejagat untuk sebarang transaksi perbankan internet.)

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, November 19, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - SURAT RAHSIA PEGUAM KEPADA ISTERI MANGSA MERTUA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: SURAT RAHSIA PEGUAM KEPADA ISTERI MANGSA MERTUA
Bil 1357 Nov 2009
...Ikuti kisah Isteri Teraniaya ini.
"Arwah suami telah meninggal dunia pada bulan Januari lalu. Kami telah dikurniakan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Arwah suami telah meninggalkan beberapa harta termasuk wang caruman KWSP. Ibu bapa mertua telah mengeluarkan semua wang dengan alasan saya dan anak-anak tidak berhak menerima wang KWSP tersebut. Ini kerana arwah suami telah menamakan ibunya sebagai penama terhadap wang caruman. Apa benar saya tidak berhak lagi terhadap wang KWSP dan harta-harta lain?
(KWSP atau EPF singkatan bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)


tanda tangan
Isteri Teraniaya berugama Islam"
==========================
Pujian bagi Puan kerana sanggup memperjuangkan hak anak-anak dalam batas-batas ugama dan peranan sebagai wanita. Biar saya berikan dahulu pandangan saya andaikata saya memakai jubah hakim diikuti dengan penjelasan berlandaskan sistem di Malaysia ini. Sudah menjadi tanggungjawab ibu mertua sebagai penama untuk membahagikan harta tersebut secara faraid kepada waris-waris yang berhak. Jelaslah di sini bahawa puan adalah salah seorang waris yang berhak terhadap harta-harta pusaka arwah. Maka, puan boleh menuntut wang caruman KWSP bagi kepentingan puan dan anak-anak.Satu lagi isu ialah berkaitan dengan masalah penyerahan kuasa....................

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, November 16, 2009

Sedutan Artikel Majallah MIDI - MUHASABAH DENGAN KUIZ CELIK PELABURAN

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada pihak editorial
Tajuk: MUHASABAH DENGAN KUIZ CELIK PELABURAN   
Bil 77 Nov 2009

Nabi Muhammad pernah bersabda, "Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ialah mereka yang sentiasa bertaubat. (Hadis riwayat Tirmizi & Ibnu Majah). Jelas isyarat dari Hadis ini betapa perlunya amalan muhasabah diri diterapkan dalam budaya hidup kita melalui proses penilaian, mengambil iktibar daripada peristiwa lampau dan seterusnya dengan semangat jitu berazam untuk terus mara ke hadapan.

Begitu juga dalam dunia kewangan pasti ada di antara kita yang pernah mengalami kerugian dalam pelaburan. Daripada mengutuk pihak lain atau merasa rendah diri, mengapa tidak lakukan muhasabah mengukur berapa luaskah jurang kecetekan pengetahuan pelaburan sendiri. Satu alat yang boleh digunakan secara sistematik ialah kuiz celik pelaburan.Kuiz ini dipetik daripada buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah". Ia bukan satu kuiz siapa yang mendapat jawapan terbaik tetapi ia direkabentuk untuk menyediakan kayu pengukur sejauh mana pemahaman seseorang itu tentang asas pelaburan dan berapa banyak lagi ilmu yang patut ditimba. Kalau lebih banyak salah atau banyak yang tidak tahu lagi bagus, sebab ini mencadangkan sepatutnya orang itu belum bersedia melabur. Jika melabur membabi buta pasti ada risiko rugi ataupun ditipu orang yang tidak bertanggung jawab......................
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Sunday, November 15, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - BAGAIMANA BISNES KELUARGA BERJAYA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: BAGAIMANA BISNES KELUARGA BERJAYA
Bil 1356 Nov 2009



...Satu lagi isu ialah berkaitan dengan masalah penyerahan kuasa. Gambaran yang diberikan dalam drama dan filem tidak  langsung menghampiri kenyataan. Biasanya akan ditunjukkan babak di mana seorang jejaka tampan atau wanita cantik pulang ke tanah air selepas tamat pengajian. Setelah upacara bersalam-salaman si bapa (biasanya berpangkat Datuk)akan menyuarakan keputusannya untuk menyerahkan kuasa kepada anaknya graduan baru kerana mahu bersara.

Bagaimana pula kalau si pemilik bisnes keluarga meninggal dunia? Masalahnya lebih berat dari arwah yang tidak punya bisnes. Apabila Tuan Bisnes meninggal dunia, tiga perkara bakal berlaku kepada syarikatnya:
  • Pewaris menerima tanggung-jawab menguruskan syarikat lantas menguruskannya dengan baik sehingga ke generasi berikutnya.
  • Pewaris kali ini menerima tanggung jawab tetapi gagal mengendalikan dengan baik. Bisnes merosot sedikit demi sedikit dan akhirnya hilang.
  • Tiada siapa di kalangan keluarga berminat menyebabkan bisnes akhirnya berkubur tanpa nisan sedangkan pemiliknya sekurang-kurangnya mempunyai nisan. 

(Perbincangan mendalam tips dalam artikel ini boleh dirujuk pada buku "BAGAIMANA BISNES KELUARGA BERJAYA" karangan Puan Norlela Zubir. Edisi Indonesia atau Edisi Malaysia. Beliau menghabiskan lebih 15 tahun mengurus bisnes keluarganya sebagai pengarah syarikat.)

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    (Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai MPH /POPULAR atau hubungi saya untuk pesanan dan bayaran cara pos.)

    Thursday, November 12, 2009

    Tips dan tricks handphone - http://angah46.blogspot.com

    Salam semua,
    Rakan Facebook saya Daud -Angah-Nor ada blog sendiri yang memberikan tips dan tricks untuk handphone. Memang minat beliau. Antara posting:
    • Ingin Mengetahui Sama Ada Handphone Yang Anda Pakai Ori, Recon,Water Set Atau AP 
    • Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Skrin "Insert Correct Sim Card" Bagi Handphone Sony Ericsson 
    ........
    Lihat di sini http://angah46.blogspot.com.

    Alert !!!! - Perisian Pantauan Saham Percuma Untuk Pelabur

    Perisian percuma ini antara lain boleh :
    1. menjejak pelaburan saham dalam lebih 20 bursa saham di seluruh dunia
    2. setiap 10 saat harga-harga saham akan dikemaskini 
    3. memberi isyarat (sms,email dan system tray) jika ada saham yang memenuhi keperluan anda
    4. sejarah harga untuk 10 tahun ke belakang
    5. mengurus dividen
    6. mengurus portfolio 
    7. diaktifkan dalam Windows, Linux, Apple (OS X) dan Solaris.
    Perisian ini direkacipta oleh anak tempatan (Malaysia Boleh!) tetapi dalam Bahasa Inggeris sahaja buat masa ini. Untuk langkah mendapatkannya ke komputer anda, hantar email kepada email saya (ilmudigital@gmail.com) dengan tajuk "Nak Software Saham Percuma". Atau tinggalkan nama pendek dan email anda dalam ruangan komen di bawah.

    (Disclaimer - Saya tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian/keuntungan yang bakal dialami semasa hayat pelaburan anda kerana maklumat ini. Juga tiada bantuan teknikal dan tips-tips pelaburan. Ini bukannya perisian yang digunakan oleh pelabur professional di institusi kewangan)

    Perkembangan selanjutnya akan saya umumkan dari semasa ke semasa. Lepas guna bolehlah beri komen kepada saya tentang kebaikan dan kelemahan perisian ini.

    Tuesday, November 10, 2009

    TOP 20 Buku Bisnes dan Pengurusan di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan Oktober 2009

    Buku Saya Buat Duit Sebagai Agen Insuran/Takaful menduduki tangga ke 11 dalam senarai  
    TOP 20 Buku Bisnes dan Pengurusan di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan Oktober 2009
    1. Buat Duit Dengan Blog
    2. Bisnes Internet: Bina.Upload.Urus
    3. Internet Marketing Dengan Facebook, Myspace.com & Twitter
    4. Buat Duit Dengan Ikan Keli
    5. Rahsia Bisnes Orang Cina - Edisi Jimat
    6. Buat Duit Dengan YouTube
    7. Internet Marketing Dengan Facebook, Myspace.com & Twitter
    8. Buat Duit Dengan Tuisyen
    9. Buat Duit Dengan Lembu
    10. Buat Duit Dengan Foto
    11. Buat Duit Sebagai Ejen Insurans &Takaful
    12. 101 Idea Bisnes Home-Based
    13. Buat Duit Dengan Restoran
    14. Buat Duit Dengan Affiliate
    15. Kotler On Marketing - Edisi Bahasa Melayu
    16. Hidup Tenang Walaupun Berhutang
    17. Buat Duit Dengan Jual Pakaian
    18. Hidup Tenang Walaupun Berhutang
    19. Buat Duit Dengan Cendawan
    20. Buat Duit Dengan MLM

    Sunday, November 08, 2009

    Sedutan Artikel Majallah Midi - ADAKAH ANDA LAYAK MENJADI PELABUR

    Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada pihak editorial
    Tajuk: ADAKAH ANDA LAYAK MENJADI PELABUR   
    Bil 76 Nov 2009

    Dalam seminar saya sering ditanya soalan-soalan berbunyi seperti berikut:
    1. Adakah pelaburan dalam akaun sekian-sekian boleh membawa keuntungan atau sebaliknya?
    2. Betulkah pelaburan berlandaskan Syariah lebih untung dalam masa jangkapanjang?
    3. Saya tidak pandai mengira,apakah saya masih boleh melabur dengan selamat?
    4. Usia saya sudah 40 lebih, ada masa melabur lagi ke?
    Sekiranya anda ingin melaburkan wang anda terdapat berbagai kaedah yang selamat dan terkawal risikonya seperti Unit Amanah, Takaful, ASB dan banyak lagi. Hubungi institusi kewangan anda untuk maklumat yang mendalam mengenai perkhidmatan pelaburan yang disediakan. SEMUA bentuk pelaburan boleh membawa keuntungan atau kerugian bergantung kepada kebijaksanaan dan pengetahuan PELABUR berkenaan. Pelabur sebegini biasanya menggunakan satu SISTEM dan FALSAFAH yang sesuai dengan kemampuan mereka bukannya main hentam beli-jual ikut suka atau khabar-khabar angin. Ini ternyata tidak banyak diamalkan oleh pelabur amateur (masyarakat biasa) yang sering tidak dapat mendapatkan keuntungan walhal pelabur-pelabur lain senyap-senyap telah mencapai hasrat masing-masing.

    Katalah anda ingin melabur maka yang berikut perlu dipertimbangkan. Konsepnya sama untuk mana-mana pelaburan,untuk tujuan artikel ini saya gunakan contoh produk "saham". Prinsipnya sama kalau produk lain yang terlibat contohnya emas. Jadi gantikan sahaja istilah "saham" dengan "emas" atau "unit amanah Islam". 
     ........
     
    Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    Sedutan Artikel Mingguan Wanita -KISAH JUTAWAN JAHIL

    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
    Tajuk: KISAH JUTAWAN JAHIL
    Bil 1355 Nov 2009
    Ketika baru memenangi jackpot pada July 2003 pada usia 16 tahun, dia gila berbelanja contohnya:
    1. Sekitar 450,000 pound untuk baju jenama ternama serta menjalani operasi memperbesar payudara.
    2. Untuk tujuan berpesta dia rela mengeluarkan 200,000 pound
    3. Menghabiskan 265,000 pound untuk mobil mewah, membeli hadiah dan memberikan pinjaman kepada anggota keluarganya.

    Namun,semua kesenangan itu ditarik kembali Pencipta. Hidupnya kini jauh dari kemewahan. Untuk menyara hidup dia terpaksa bekerja sebagai "cleaner" dalam tiga tempat berbeza. Ketika kekayaannya merosot, Callie mengaku pernah berusaha bunuh diri dengan menelan tablet tidur secara berlebihan. ”Saya berharap tidak pernah menang loteri itu. Hadiah tersebut sudah menghancurkan hidupku. Saya lebih baik mati karena tidak tahan tekanan ini,” ujarnya yang kini mempunyai dua anak.

    Mungkin Puan Callie tidak sempat mempelajari prinsip-prinsip jutawan berikut:......


    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.