Sunday, November 08, 2009

Sedutan Artikel Majallah Midi - ADAKAH ANDA LAYAK MENJADI PELABUR

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada pihak editorial
Tajuk: ADAKAH ANDA LAYAK MENJADI PELABUR   
Bil 76 Nov 2009

Dalam seminar saya sering ditanya soalan-soalan berbunyi seperti berikut:
  1. Adakah pelaburan dalam akaun sekian-sekian boleh membawa keuntungan atau sebaliknya?
  2. Betulkah pelaburan berlandaskan Syariah lebih untung dalam masa jangkapanjang?
  3. Saya tidak pandai mengira,apakah saya masih boleh melabur dengan selamat?
  4. Usia saya sudah 40 lebih, ada masa melabur lagi ke?
Sekiranya anda ingin melaburkan wang anda terdapat berbagai kaedah yang selamat dan terkawal risikonya seperti Unit Amanah, Takaful, ASB dan banyak lagi. Hubungi institusi kewangan anda untuk maklumat yang mendalam mengenai perkhidmatan pelaburan yang disediakan. SEMUA bentuk pelaburan boleh membawa keuntungan atau kerugian bergantung kepada kebijaksanaan dan pengetahuan PELABUR berkenaan. Pelabur sebegini biasanya menggunakan satu SISTEM dan FALSAFAH yang sesuai dengan kemampuan mereka bukannya main hentam beli-jual ikut suka atau khabar-khabar angin. Ini ternyata tidak banyak diamalkan oleh pelabur amateur (masyarakat biasa) yang sering tidak dapat mendapatkan keuntungan walhal pelabur-pelabur lain senyap-senyap telah mencapai hasrat masing-masing.

Katalah anda ingin melabur maka yang berikut perlu dipertimbangkan. Konsepnya sama untuk mana-mana pelaburan,untuk tujuan artikel ini saya gunakan contoh produk "saham". Prinsipnya sama kalau produk lain yang terlibat contohnya emas. Jadi gantikan sahaja istilah "saham" dengan "emas" atau "unit amanah Islam". 
 ........
 
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

No comments: