Sunday, November 15, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - BAGAIMANA BISNES KELUARGA BERJAYA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: BAGAIMANA BISNES KELUARGA BERJAYA
Bil 1356 Nov 2009



...Satu lagi isu ialah berkaitan dengan masalah penyerahan kuasa. Gambaran yang diberikan dalam drama dan filem tidak  langsung menghampiri kenyataan. Biasanya akan ditunjukkan babak di mana seorang jejaka tampan atau wanita cantik pulang ke tanah air selepas tamat pengajian. Setelah upacara bersalam-salaman si bapa (biasanya berpangkat Datuk)akan menyuarakan keputusannya untuk menyerahkan kuasa kepada anaknya graduan baru kerana mahu bersara.

Bagaimana pula kalau si pemilik bisnes keluarga meninggal dunia? Masalahnya lebih berat dari arwah yang tidak punya bisnes. Apabila Tuan Bisnes meninggal dunia, tiga perkara bakal berlaku kepada syarikatnya:
  • Pewaris menerima tanggung-jawab menguruskan syarikat lantas menguruskannya dengan baik sehingga ke generasi berikutnya.
  • Pewaris kali ini menerima tanggung jawab tetapi gagal mengendalikan dengan baik. Bisnes merosot sedikit demi sedikit dan akhirnya hilang.
  • Tiada siapa di kalangan keluarga berminat menyebabkan bisnes akhirnya berkubur tanpa nisan sedangkan pemiliknya sekurang-kurangnya mempunyai nisan. 

(Perbincangan mendalam tips dalam artikel ini boleh dirujuk pada buku "BAGAIMANA BISNES KELUARGA BERJAYA" karangan Puan Norlela Zubir. Edisi Indonesia atau Edisi Malaysia. Beliau menghabiskan lebih 15 tahun mengurus bisnes keluarganya sebagai pengarah syarikat.)

    Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

    (Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai MPH /POPULAR atau hubungi saya untuk pesanan dan bayaran cara pos.)

    No comments: