Thursday, November 19, 2009

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - SURAT RAHSIA PEGUAM KEPADA ISTERI MANGSA MERTUA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: Bergantung pada editorial sekitar 76, 80 atau 86
Tajuk: SURAT RAHSIA PEGUAM KEPADA ISTERI MANGSA MERTUA
Bil 1357 Nov 2009
...Ikuti kisah Isteri Teraniaya ini.
"Arwah suami telah meninggal dunia pada bulan Januari lalu. Kami telah dikurniakan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Arwah suami telah meninggalkan beberapa harta termasuk wang caruman KWSP. Ibu bapa mertua telah mengeluarkan semua wang dengan alasan saya dan anak-anak tidak berhak menerima wang KWSP tersebut. Ini kerana arwah suami telah menamakan ibunya sebagai penama terhadap wang caruman. Apa benar saya tidak berhak lagi terhadap wang KWSP dan harta-harta lain?
(KWSP atau EPF singkatan bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)


tanda tangan
Isteri Teraniaya berugama Islam"
==========================
Pujian bagi Puan kerana sanggup memperjuangkan hak anak-anak dalam batas-batas ugama dan peranan sebagai wanita. Biar saya berikan dahulu pandangan saya andaikata saya memakai jubah hakim diikuti dengan penjelasan berlandaskan sistem di Malaysia ini. Sudah menjadi tanggungjawab ibu mertua sebagai penama untuk membahagikan harta tersebut secara faraid kepada waris-waris yang berhak. Jelaslah di sini bahawa puan adalah salah seorang waris yang berhak terhadap harta-harta pusaka arwah. Maka, puan boleh menuntut wang caruman KWSP bagi kepentingan puan dan anak-anak.Satu lagi isu ialah berkaitan dengan masalah penyerahan kuasa....................

Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

No comments: