Friday, February 25, 2011

Sedutan Artikel MWanita - PELABUR PAK TURUT


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PELABUR PAK TURUT
Bil 1423 Feb/March 2011 

....Semua maklumat dalam dunia pelaburan bersifat dinamik jadi gunakan maklumat di sini sebagai panduan sahaja. Selalu semak dengan data terkini dari media atau internet. Jangan sekali-kali jadi pelabur pak turut yang mengikut sahaja apa kata jurujual atau agen.....
Bagi yang tidak mempunyai modal yang besar dan malas mahu mengambil risiko simpan emas sebab takut hilang mahu pun dicuri orang, maka mereka kini mempunyai pilihan untuk membuka Akaun Simpanan Pelaburan Emas atau Gold Saving Account. Perhatikan saya guna dua frasa penting "tidak mempunyai modal yang besar" dan "risiko simpan emas". Pelaburan emas sebenarnya ada dua kaedah, pertama emas dibeli secara fizikal dan kita yang simpan , kedua tidak dibeli secara fizikal (mungkin boleh tengok sekejap) tetapi disimpan oleh pihak ketiga.

Hubungi saya untuk mendapat pakej panduan digital (bukan buku biasa) akaun pelaburan emas bank-bank di Malaysia yang mengandungi tiga modul iaitu Kajian Kes Akaun Pelaburan Emas, Panduan Memilih Pelaburan Menguntungkan dan Panduan Fakta Emas. (Artikel penuh Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    Saturday, February 19, 2011

    Sedutan Artikel MWanita - PERANAN PENASIHAT PRODUK KEWANGAN


    Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
    Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
    Tajuk Artikel : PERANAN PENASIHAT PRODUK KEWANGAN
    Bil 1422 Feb 2011 

    Dalam industri seperti marketing dan sales memang lumrah kutuk mengutuk dan memperkecilkan pesaing diamalkan oleh  wakil-wakil syarikat tertentu. Dalam proses latihan mandatori agen sendiri - agen digalakkan menganalisa kelemahan pesaing tidak kira konvensional atau takaful. Kalau di kalangan penasihat takaful-insurans konvensional yang ketara sekali ialah soal halal-haram. Untuk kepentingan pengguna saya rasa yang lebih mustahak di sini ialah bukan isu siapa memburukkan siapa tetapi mendidik agen secara profesional memberi penjelasan sebenarnya tentang dongeng atau penyataan yang boleh mengelirukan pihak pengguna. Saya berikan beberapa contoh.
    Sistem takaful sehingga hari ini masih tidak dapat menanding operasi insurans konvensional yang jauh cekap dan efisien.
    Komen saya:
    Kita patut memberi peluang kepada industri takaful untuk berkembang dan membaiki operasinya. Syarikat konvensional telah banyak belajar dari kesilapan-kesilapan dan maklumbalas yang mereka alami dalam lapanpuluh tahun lepas. Malahan ada syarikat insurans konvensional mempunyai permulaan mereka lebih lama dari itu di luar negara sebelum bertapak di negara kita. Banyak kes-kes tuntutan yang telah dimenangi oleh pemegang polisi yang membawa insurans konvensional ke mahkamah.....

    (
    Untuk melihat komen penuh kepada 3 contoh yang saya kupas dapatkan artikel penuh Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

      Sedutan Artikel MIDI -MEMILIH ALAT PELABURAN SECARA PERBANDINGAN KOS

      Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
      Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
      Tajuk: MEMILIH ALAT PELABURAN SECARA PERBANDINGAN KOS

      Bil 107 Feb 2011
      Bila kita melabur bukan sahaja keuntungan yang harus dikejar tetapi kena pikir juga pasal kos kemasukan kerana kos ini akan mengikis modal permulaan kita. Sekiranya kita membuka satu akaun pelaburan dengan wang 10,000 dan kos pelaburan ialah 5% maka modal kita selepas ditolak 5% tadi akan jadi RM9500 sahaja. Selain kos wang kena juga pertimbangkan kos masa kita untuk memantau prestasi, menyelidik dan kesan psikologi. Tanpa mempertimbangkan isu keuntungan, yang mana lebih mahal kosnya pelaburan, unit amanah atau pelaburan terus dalam Bursa Malaysia?
      (Nota penting: Semua angka-angka di bawah hanya illustrasi. Nilai sebenar dan kelaziman industri bertukar-tukar mengikut peredaran masa. Maklumat dan analisa lanjut ada dalam buku saya Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah.)
      Katakan anda melabur RM50,000 dalam unit amanah , berapakah kos yang bakal anda tanggung? Mula-mula kita tentukan berapakah jumlah kos tahunan yang terpaksa dipotong dari pelaburan asal kita dalam bentuk peratus.
      Jadual 1 Jumlah Kos Tahunan Yang Terlibat Dalam Pelaburan Unit Amanah
      (Semua angka -angka di atas boleh diperolehi daripada prospektus unit amanah. Anda boleh cuba mendapatkan satu prospektus dan cuba masukkan angka-angka anda sendiri.)
      Untuk perbincangan penuh bersama dua jadual lain dapatkan Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

      Wednesday, February 09, 2011

      Sedutan Artikel MWanita - KUNCI KEBAHGIAAN WARGA EMAS


      Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
      Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
      Tajuk Artikel : KUNCI KEBAHGIAAN WARGA EMAS
      Bil 1421 Feb 2011 

      Warga emas atau warga tua secara umumnya dikategorikan sebagai individu yang berumur melebihi 60 tahun dan ke atas. Biasanya golongan ini telah bersara dan menghabiskan hampir sepenuh masanya di rumah sahaja, namun tidak bererti golongan ini sekadar bersikap pasif atau dilabelkan sebagai kurang produktif.

      Dalam artikel kali ini saya akan mendedahkan statistik yang dikumpul dari survey 2 golongan dari 20 buah negara. Golongan tersebut ialah 20,000 individu dan 6,000 majikan. Sila lihat carta-carta untuk mendapat idea berkenaan tindakan yang harus kita lakukan untuk masa pesaraan kelak. Mula-mula kita tinjau maklumbalas majikan dahulu berkaitan dengan peranan warga emas. Kajian ini dibuat dalam tahun 2005. Saya tidak dapat mengesan hasil keputusan bancian yang terbaru, ada kemungkinan ia belum dilakukan lagi sehingga sekarang....

      (
      Untuk melihat 5 carta hasil kompilasi statistik dan komen saya dapatkan artikel penuh Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

        Tuesday, February 08, 2011

        Sedutan Artikel MWanita - PERANCANGAN PUSAKA BUATAN SENDIRI


        Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
        Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
        Tajuk Artikel : PERANCANGAN PUSAKA BUATAN SENDIRI
        Bil 1420 Feb 2011 
        Dalam seminar pengurusan kewangan saya kerap kali diminta memberi panduan bagaimana jika seorang itu mahu menulis wasiatnya sendiri. Buat pengetahuan pembaca saya tidak menggalakkan perbuatan "do it yourself" terutamanya dalam perancangan pusaka. Satu contoh ialah wasiat tidak semestinya penyelesaian terbaik untuk situasi setiap orang malah ia boleh membawa lebih banyak masalah terutamanya dalam proses perancangan pusaka bagi orang Islam. Seringkali selepas bertanya secara lebih mendalam tentang tujuan sebenar dan kemahuan pelanggan, wasiat terpaksa digabungkan dengan elemen perancangan pusaka yang lain.

        Balik kepada mereka yang masih mahu buat sendiri kononnya untuk jimat kos, ini antara kandungan-kandungan yang terdapat dalam dokumen wasiat mengikut kehendak seseorang individu:
        ......
        (
        Senarai penuh dapatkan artikel penuh Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

          Sedutan Artikel MIDI - ARIF KEWANGAN DALAM DUNIA KINI

          Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
          Tajuk Ruangan: Bijak Urus Kewangan
          Tajuk: ARIF KEWANGAN DALAM DUNIA KINI 
          Bil 106 Feb 2011

          Kita semua sudah biasa dengan scenario ini. Harga barangan makin meningkat. Hidup semakin susah. Yang perit golongan berpendapatan rendah. Inflasi akan memberi tekanan yang tinggi kepada hidup golongan ini. Sebabnya mudah difahami tanpa matematik tingkatan enam. Wang yang sama setahun dahulu tidak mencukupi untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang sama. Kalau gaji naik pun, bukan menjadi semakin selesa tetapi cuma mampu mengekalkan cara hidup yang sedia ada.

          Tetapi bila kita faham tentang dunia dan wang yang kita gunakan sekarang, kita boleh merangka strategi untuk berjaya dari segi kewangan. Selain menambahkan punca pendapatan kita cepat-cepat tukar wang kertas kita kepada aset-aset seperti emas,rumah dan perniagaan. Aset-aset ini istimewa kerana berkemampuan menjana aliran tunai dan juga bertambah dari segi nilai dalam jangka masa panjang. Tetapi hakikatnya bukannya aset yang dapat menjadikan kita lebih kaya tetapi pengetahuanlah punca sebenar.

          Kematangan kewangan kadangkala dikaitkan dengan "ARIF KEWANGAN" (AK). Ia  bukan hartanah, saham,perniagaan atau suatu produk kewangan untuk membuat seseorang lebih kaya. Pakar psikologi "behavioral finance" mengusulkan bahawa AK berkait rapat dengan pengetahuan tentang bagaimana menjadi kaya. Berikut beberapa petua membina AK anda jika anda seorang wanita:

          Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.