Monday, April 02, 2012

KURANG TINDAKAN MASYARAKAT ISLAM DALAM PENGURUSAN PUSAKA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KURANG TINDAKAN MASYARAKAT ISLAM DALAM PENGURUSAN PUSAKA
Bil 1480 Mac 2012
Saya dapati dalam semua aspek perancangan kewangan, perancangan pusaka paling diabaikan oleh masyarakat Melayu. Kalau saya menulis artikel berkaitan pelaburan,menjana kekayaan, mengurus hutang,merancang takaful pasti akan menerima sms atau email minta jawapan kepada pelbagai keraguan. Lain ceritanya dengan perancangan pusaka. Dalam perancangan kewangan Syariah khususnya,perancangan pusaka sebenarnya mempunyai prioriti yang lebih tinggi kerana jika seseorang itu meninggal dunia sukar bagi arwah untuk bangun semula melakukan sesuatu. Sedangkan kalau dia rugi dalam pelaburan atau menjadi muflis akibat hutang beliau masih boleh bangkit membetulkan kesilapannya.
Ini satu situasi yang pernah dijadikan kes kajian dalam kelas kursus perancangan pusaka dihadiri perancang kewangan yang terdiri dari Islam dan bukan Islam. Wanita Islam ini bercerai di negeri X dan setahun kemudian bekas suami meninggal dunia. Mereka mempunyai tiga anak dan semuanya dipelihara oleh ibu bapa mentua.
Ibu bapa mentua sudah mendapatkan sijil faraid dan dalam proses pembahagian harta pusaka. Isteri menerima sejumlah wang daripada KWSP kerana arwah menamakannya sebagai penama. Masalah dalaman timbul bila ibu bapa mentua meminta semua wang KWSP yang diperolehi isteri atas alasan isteri tidak berhak menerima wang KWSP. Perkara itu membuka mata si isteri hak beliau dan anak terhadap wang KWSP dan harta lain.  

(Untuk pembacaan seterusnya dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

No comments: