Wednesday, May 30, 2012

BHG 2 - IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : IKHTIBAR UNTUK SEMUA PELABUR -BHG 2 Akhir
Bil 1488 Mei 2012

......Kali ini saya akan persembahkan ikhtibar dari aspek pengurusan kewangan alir tunai dan menyentuh sedikit tentang syarikat O2 pula. Bagi pembaca yang ketinggalan artikel bahagian pertama saya jelaskan sedikit tentang syarikat O2. Saya gunakan SRK (syarikat pembuat roti dan kek) sebagai kajian kes kerana walaupun masalah kewangan dialami olehnya tetapi ada beberapa organisasi yang turut melabur dalam syarikat berkenaan. Organisasi-organisasi tersebut mewakili sebilangan besar pelabur/penyimpan yang rata-rata buta ilmu pelaburan. Kebanyakan ahli/pelabur ini tidak mempunyai ilmu pelaburan atau tidak mengetahui hak mereka sebagai pengguna produk kewangan. O1 dan O2 (bukan nama sebenar) mempunyai pegangan saham dalam syarikat SRK. O1 dan O2 mempunyai peranan menjaga kepentingan atau ahli/pelabur di bawah payung mereka. O1 mempunyai pertalian rapat dengan proses penyenaraian sebuah badan milik FELDA di pasaran saham. O2 pula ialah sebuah organisasi alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dalam instrumen pelaburan patuh Syariah. Pegangan saham O2 dalam SPR, syarikat bermasalah di atas, ialah sekitar 20 peratus.

Adakah penyimpan di O2 maklum tentang hal ini dan meminta penerangan daripada pihak pengurus dana yang mengendalikan wang mereka? Di Malaysia malangnya kesedaran hak-hak pelabur begitu rendah sekali sehingga kita tidak dapat mendengar bisikan sedemikian. Tetapi kalau demonstrasi jalanan tidak sukar untuk menyuarakan bantahan atau meminta penjelasan. Inilah situasi kesedaran kewangan rakyat di negara kita tidak kira golongan muda,profesional atau yang sudah berusia. Barangkali kerana tahu mentaliti sedemikian, sehingga artikel ini ditulis, pihak O2 mengambil pendirian mendiamkan diri dahulu atas alasan memberi masa kepada syarikat SRK membaiki kedudukan kewangannya........
(Untuk isi penuh artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

No comments: