Sunday, November 23, 2008

Lagi 1089 naskah buku saya dipesan oleh PNM


Saya mendapat berita dari Penerbit PTS bahawa buku saya Rahsia Mengurus Insuran Hayat dipesan 1089 naskah oleh Perpustakaan Negara Malaysia . Saya merasa terharu kerana ini pesanan pukal kedua dalam tahun 2008 selepas pesanan 1089 naskah buku Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah untuk perpustakaan desa. (Baca di sini ). Terima kasih juga untuk pihak editorial dan pemasaran PTS yang membantu mempromosikan buku saya kepada pegawai-pegawai PNM. Mungkin tahun 2008 ini agak bertuah bagi saya selepas titik peluh menulis kedua-dua buku tersebut.
Mereka yang berminat boleh pesan atau beli dari MPH, Popular atau terus dari penerbit Malaysia PTS 603-61880316.

2 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Kami di PTS pun ikut menumpang rezeki daripada buku-buku tuan yang bagus dan berguna isinya itu.

Anonymous said...

Tahniah Tuan Sunthara :)