Saturday, June 05, 2010

Sedutan Artikel Majallah MIDI - JURANG ANTARA KEBOLEHAN DAN KEJAYAAN KEWANGAN

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: JURANG ANTARA KEBOLEHAN DAN KEJAYAAN KEWANGAN   
Bil 90 May 2010
Pemerhatian saya membawa kepada 3 sebab kenapa wanita Malaysia belum lagi mengambil peranan penting dalam proses perancangan kewangan keluarga.
  1. Pertamanya ialah secara amnya wanita mempunyai aset yang kurang berbanding dengan lelaki. Bukan bermaksud tidak pernah menjana pendapatan tapi kerana faktor luaran seperti mengorbankan kerjaya demi mendidik anak. Ini membawa kepada anggapan bahawa dengan kurangnya aset maka kuranglah juga tanggungjawab kewangan. Sebenarnya kekurangan asetlah yang  menyebabkan bertambah pentingnya proses pengekalan dan penambahan nilai aset yang sedia ada. 
  2. Keduanya ialah sikap suami/bapa/saudara lelaki lain yang tidak mengendahkan perancangan kewangan. Penyakit ini berjangkit kepada wanita yang berkenaan - akibatnya perancangan kewangan hilang kepentingan dalam hidup mereka.
  3. Ketiganya ialah faktor tradisi di mana wanita Malaysia membenarkan suami mereka mengawal hampir sepenuhnya hal ehwal kewangan keluarga. Peranan wanita mungkin terhad sebagai pemegang amanah sahaja.
Saya ambil satu contoh iaitu aspek pelaburan........
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital  dan buku hardcopy . Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar kewangan.)
Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

No comments: