Sunday, June 20, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - KONSEP 4 P-K, KONSEP 5 P-K DAN ZAKAT

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KONSEP 4 P-K, KONSEP 5 P-K DAN ZAKAT
Bil 1387 Jun 2010
......Sistem perancangan konvensional menitikberatkan 4 aspek perancangan kewangan iaitu penghasilan kekayaan, pengumpulan kekayaan, perlindungan kekayaan dan seterusnya pengagihan kekayaan (konsep 4 P-K). Proses 4 P-K ini jelas mengikuti kitaran hidup seorang manusia iaitu dari lahir sehingga meninggal. Menurut perancangan kewangan Islam kitaran sedemikian tidak lengkap kerana perlu mempertimbangkan bukan sahaja semasa hayat tetapi juga di alam baqa. Jadi konsep 4 P-K dikembangkan oleh seorang perancang kewangan Islam kepada konsep 5 P-K. Apakah unsur kelima ini? Ia adalah "pembersihan kekayaan" atau zakat.

Sebagai perbandingan, dalam kitab Injil, konsepnya dipanggil "tithing" atau persepuluhan. Jemaah Kristian digalakkan mengeluarkan 10% dari hasil pertanian dan penternakan sebagaimana ayat berikut dalam Leviticus 27:30-32:.......
......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan senarai 14 EBOOK dari topik kewangan kepada topik keusahawanan. )

No comments: