Sunday, June 27, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita-CUKAI KAD KREDIT SATU PERBANDINGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : CUKAI KAD KREDIT SATU PERBANDINGAN
Bil 1388 Jun 2010
Dalam pembentangan bajet 2010, kerajaan telah mengumumkan pengenaan cukai sebanyak RM50 atas setiap kad kredit utama/prinsipal Manakala kad kredit tambahan pula dikenakan RM 25 bagi setiap kad. Cukai ini dikutip oleh bank sebagai perantaraan sahaja tetapi akhirnya akan masuk gudang kerajaan. Tetapi percayakah bahawa tidak semua pengguna kad kredit sedar akan caj tambahan yang bakal dimasukkan dalam penyata. Bukan itu sahaja, ada pula golongan yang mempunyai kad kredit tidak kisah dengan RM50 yang dikenakan malah boleh tersenyum berkata "Oh, tak kisah itu dah boleh settle guna duit orang lain........

Tetapi kalau kita semak kembali fungsi kad kredit sebagai alat kecemasan pengorbanan sekecil RM50 boleh diabaikan. Contohnya sebagai bayaran pendahuluan semasa menanti "letter of guarantee" semasa mendapatkan rawatan di hospital swasta. Bukan semua kad perubatan insurans/takaful menyediakan kemasukan automatik karpet merah untuk kemasukan tidak terancang. Masih ada prosedur yang perlu diikuti akibatnya kelewatan boleh sampai berjam-jam. Dalam kes ini kebiasaannya pihak hospital akan meminta bayaran pendahuluan. Jadi kad kredit boleh digunakan dahulu, selepas surat jaminan dah sampai bayaran kad kredit asal boleh dioffset.........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan tajuk TIGA  ebook berkaitan pengurusan hutang atau kesemua 14 EBOOK meliputi topik kewangan sehingga topik  keusahawanan. )

No comments: