Wednesday, June 16, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita -- MENDIDIK ANAK PINTAR KEWANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : MENDIDIK ANAK PINTAR KEWANGAN
Bil 1386 Jun 2010
......Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi yang tidak asing lagi pernah berkata, "Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi kesan ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak". Saya secara peribadi bersetuju dengan pandangan beliau tetapi ingin mengubahsuai sedikit perenggan di atas kepada:
"Semua anak dilahirkan pintar kewangan, tetapi yang memberi kesan ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan kejayaan kewangan anak".
Jadi apa yang saya akan sampaikan di sini tidak asing lagi dalam dunia pendidikan kanak-kanak cuma artikel saya ini bertujuan memberi pendedahan bahawa kepintaran yang dimaksudkan bukan setakat akademik,sukan,muzik dan sebagainya tetapi juga dari segi kewangan. Apatah lagi sebagai ibu-bapa pasti sedar bahawa soal kewanganlah mempunyai kesan mendalam dalam kehidupan duniawi. Kelahiran si anak sendiri membuktikan suasana kelam kabut kepada ibu bapa tanpa ilmu perancangan kewangan.
......(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan EBOOK yang memperincikan pelbagai kaedah berkaitan topik di atas beserta dengan sumber permainan untuk merangsang minda anak-anak. )

No comments: