Monday, July 26, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita-SYARIKAT GERGASI TEMPATAN JADI SASARAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : SYARIKAT GERGASI TEMPATAN JADI SASARAN
Bil 1392 July 2010
Nampaknya penyangak cyber ini sungguh rajin mencari jerat baru, kali ini menggunakan nama korporat yang tidak asing lagi (Syarikat Gergasi P)kepada rakyat negara kita. Bagi saya lebih mudah mengesan unsur penipuan kerana dengan satu panggilan sahaja sudah dapat pengesahan bahawa ianya omong kosong. Lihat sahaja emel berikut, beberapa maklumat berkaitan syarikat P terpaksa dipadamkan supaya tidak mendatangkan masalah undang-undang:
(Emel penuh diberikan dalam artikel sebenar dalam majallah)
Satu panggilan ke ibu pejabat Syarikat P sudah cukup membuktikan memang tidak ada tajaan sedemikian. Bagi pembaca yang mahir berbahasa dan menulis dalam Bahasa Inggeris pula dapat menilai sendiri gaya bahasa lintang pukang yang digunakan. Email menggunakan nama Syarikat P ini sebenarnya sudah banyak kali muncul dalam pelbagai samaran baik dari segi umpan atau penghantarnya. Antara alasan/umpan yang digunakan ialah Promo Hari Raya, Tawaran Kerja Berprestij dan Kad ATM Jenama Syarikat P........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan lebih 10 ebook dalam Bahasa Malaysia tentang pelbagai pengurusan kewangan dan bisnes . )

Monday, July 19, 2010

Review buku saya RMIH oleh blogger Encik Azizi

Buku saya Rahsia Mengurus Insurans Hayat sempat direview oleh blogger Azizi Zulkefli.
Baca di sini review beliau dan komentar pelawat lain
http://www.teralogies.com/v1/buku-rahsia-mengurus-insurans-hayat/

Tuan Azizi juga menulis tentang harta intelek dalam blognya - rugi kalau tak lawat, blog yang kemas dan menyenangkan mata memandang.
Terima kasih Tuan Azizi!

Sunday, July 18, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - EMEL PELABURAN PALSU DI LUAR NEGARA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : EMEL PELABURAN PALSU DI LUAR NEGARA
Bil 1391 July 2010
Sudah banyak emel pelaburan dan emel bisnes palsu yang saya terima. Ada yang saya simpan kerana mahu belajar bahasa persuasif yang digunakan oleh penulisnya dalam memperdaya pembaca. Jelas penulisnya memahami psikologi manusia seperti sifat tamak, ingin tahu, sanggup berisiko, mahu untung tinggi tapi malas berusaha dan sebagainya. Kesemuanya ditulis dalam bahasa Inggeris kecuali satu yang sempat diperangkap penapis emel saya. Berikut emel tersebut dipersembahkan 99% dari asal, bahasanya Bahasa Indonesia.
(Emel penuh diberikan dalam artikel sebenar dalam majallah)
 Perkara yang membawa kesangsian:
1) Domain email yang digunakan oleh Ria bukan berasal dari Indonesia atau UK tetapi salah satu sumber yang kerap digunakan oleh scammer (mereka yang menghantar email untuk penipuan). Sumber dikenalpasti dari penyedia emel di Slovakia.......
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan lebih 10 ebook dalam Bahasa Malaysia tentang pelbagai pengurusan kewangan dan bisnes . )

Saturday, July 17, 2010

Video Temubual Saya-kiraan-kasar-simpanan-berkala-pendidikan-anak

Tonton video saya "kiraan-kasar-simpanan-berkala-pendidikan-anak"


Jangan lupa subscribe ke channel saya dan tinggalkan komen.
Lanjutan perbincangan dalam video ada dalam buku-buku saya
Salam ceria dan ganda dinar anda.

Sedutan Artikel Mingguan Wanita-SOAL KECAIRAN DAN KADAR PULANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : SOAL KECAIRAN DAN KADAR PULANGAN
Bil 1390 July 2010
Semasa memilih akaun pelaburan yang sesuai kita mesti mempertimbangkan berapa cepatkah boleh akaun kita dicairkan bila tunai diperlukan. Kecairan adalah satu istilah yang mengukur berapa cepat dan mudah suatu akaun simpanan/pelaburan boleh di tukar ke wang tunai. Akaun Simpanan dalam bank misalnya mempunyai tahap kecairan yang tinggi sehinggakan wang boleh dikeluarkan serta merta. Jadi kalau wawasan pelaburan kita pendek sahaja contohnya sebulan dua maka eloklah disimpan di tempat sedemikian. Saham atau hartanah misalnya tidak begitu tinggi tahap kecairannya di mana kita mungkin terpaksa menunggu antara seminggu (saham) hingga dua tiga bulan (hartanah)untuk melihat wang kita. Begitu juga dengan akaun unit amanah. Keadaan seperti ini mungkin tidak begitu baik kerana semasa masa penantian perubahan harga boleh berlaku. Kalau harga naik baguslah, tapi bagaimana kalau ia menurun? Dalam kes pelaburan terurus seperti unit amanah penurunan harga jika berlaku tidaklah seteruk yang boleh dialami oleh saham.............
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan lebih 10 ebook dalam Bahasa Malaysia tentang pelbagai pengurusan kewangan dan bisnes . )

Tuesday, July 13, 2010

Video Temubual Saya - jenis-akaun-pendidikan-anak

Tonton video saya "jenis-akaun-pendidikan-anak"

Jangan lupa subscribe ke channel saya dan tinggalkan komen.
Lanjutan perbincangan dalam video ada dalam buku-buku saya
Salam ceria dan ganda dinar anda.

Thursday, July 08, 2010

Sedutan Artikel Majallah MIDI - BAGAIMANA KALAU DIISTIHAR MUFLIS

Mula menulis dalam MIDI : Tahun 2009
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk: BAGAIMANA KALAU DIISTIHAR MUFLIS
Bil 92 July 2010
.........Kita ambil situasi berikut. Seorang bekas wanita kerjaya kini menjadi suri rumah kerana menjadi jururawat tak rasmi kepada anak istimewanya. Aset yang ada sebuah rumah teres di bawah namanya dengan nama suami dan sebuah kereta di bawah nama abang ipar. Liabiliti yang ada macam biasa, hutang peribadi dan hutang kad kredit. Pendapatan suami bergantung kepada komisen semata dan tidak tetap. Kalau dapat komisen tinggi pun akan lesap perlahan-lahan kerana belanja untuk belanja anak istimewa.  

Dalam keadaan sedemikian memang beliau tidak mampu untuk membayar balik semua hutang-hutangnya. Sudah tentu timbul kegusaran dalam hatinya samada akan dijatuhkan muflis tidak lama lagi. Sekiranya ada kemungkinan, apakah rumah teres tempat anak beranak bernaung patut dijual bagi melangsaikan hutang-hutang yang lain..........

Artikel penuh - Beli Majallah MIDI di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Hubungi saya dengan email atau sms untuk mendapatkan senarai 14 ebook digital merangkumi pelbagai aspek perancangan kewangan dan bisnes. Ianya dalam BAHASA MALAYSIA format digital  dan buku hardcopy . Sangat sesuai bagi mereka yang berada di pedalaman atau kurang bajet untuk menghadiri seminar)

Video Temubual Saya - 4-sebab-pendidikan anak

Tonton video saya "4-sebab-pendidikan anak"

Jangan lupa subscribe ke channel saya dan tinggalkan komen.
Lanjutan perbincangan dalam video ada dalam buku-buku saya
Salam ceria dan ganda dinar anda.

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - DILEMA PASANGAN INGIN BERKAHWIN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : DILEMA PASANGAN INGIN BERKAHWIN
Bil 1389 Jun 2010
Berikut contoh satu email yang saya terima dari pembaca yang bakal melangsungkan perkahwinan tetapi ada was-was tentang kemampuan kewangan mereka.
Selamat pagi En. Sunthara.
Saya ada beberapa pertanyaan berkenaan dgn pengurusan kewangan. Saya baru sahaja bekerja awal tahun ini walaupun saya masih lagi dalam semester akhir pengajian. Hujung tahun ini saya akan melangsungkan perkahwinan saya. Oleh yg demikian, saya dapati jumlah pendapatan kami (saya dan bakal suami) belum cukup terjamin. Kami pernah menjalankan online bisnes, selain itu, kami juga terlibat dgn program XXXX. Namun begitu, leader kami tidak memberi bantuan sepenuhnya kepada kami dalam menjalankan program ini. Bahkan dia sanggup menipu untuk mendapatkan org bawah. Kami tahu bahawa program XXX ini ada kebaikannya, namun cara yg diajar oleh orang atasan kami kepada kami untuk mendapatkan agen bawahan kami tidak dapat menerima (dengan cara menipu).Oleh yang demikian, saya berharap En sunthara dapat memberi sedikit tips untuk kami agar kami dapat menampah pendapatan dan pada masa yang sama dpt menguruskn kewangan kami dgn baik untuk jangka masa yang panjang.

Jawapan saya kepada pembaca ini berdasarkan kepada satu fakta iaitu "hidup sederhana" dan kaitannya dengan "kebebasan kewangan". Bila kita bercakap tentang kebebasan kewangan, kebanyakan orang akan membuat andaian bahawa mereka mesti memilikki berjuta ringgit untuk mencapai impian tersebut. .........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan ebook dalam Bahasa Malaysia tentang panduan kewangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga. )