Thursday, July 08, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - DILEMA PASANGAN INGIN BERKAHWIN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : DILEMA PASANGAN INGIN BERKAHWIN
Bil 1389 Jun 2010
Berikut contoh satu email yang saya terima dari pembaca yang bakal melangsungkan perkahwinan tetapi ada was-was tentang kemampuan kewangan mereka.
Selamat pagi En. Sunthara.
Saya ada beberapa pertanyaan berkenaan dgn pengurusan kewangan. Saya baru sahaja bekerja awal tahun ini walaupun saya masih lagi dalam semester akhir pengajian. Hujung tahun ini saya akan melangsungkan perkahwinan saya. Oleh yg demikian, saya dapati jumlah pendapatan kami (saya dan bakal suami) belum cukup terjamin. Kami pernah menjalankan online bisnes, selain itu, kami juga terlibat dgn program XXXX. Namun begitu, leader kami tidak memberi bantuan sepenuhnya kepada kami dalam menjalankan program ini. Bahkan dia sanggup menipu untuk mendapatkan org bawah. Kami tahu bahawa program XXX ini ada kebaikannya, namun cara yg diajar oleh orang atasan kami kepada kami untuk mendapatkan agen bawahan kami tidak dapat menerima (dengan cara menipu).Oleh yang demikian, saya berharap En sunthara dapat memberi sedikit tips untuk kami agar kami dapat menampah pendapatan dan pada masa yang sama dpt menguruskn kewangan kami dgn baik untuk jangka masa yang panjang.

Jawapan saya kepada pembaca ini berdasarkan kepada satu fakta iaitu "hidup sederhana" dan kaitannya dengan "kebebasan kewangan". Bila kita bercakap tentang kebebasan kewangan, kebanyakan orang akan membuat andaian bahawa mereka mesti memilikki berjuta ringgit untuk mencapai impian tersebut. .........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan ebook dalam Bahasa Malaysia tentang panduan kewangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga. )

No comments: