Saturday, July 17, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita-SOAL KECAIRAN DAN KADAR PULANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : SOAL KECAIRAN DAN KADAR PULANGAN
Bil 1390 July 2010
Semasa memilih akaun pelaburan yang sesuai kita mesti mempertimbangkan berapa cepatkah boleh akaun kita dicairkan bila tunai diperlukan. Kecairan adalah satu istilah yang mengukur berapa cepat dan mudah suatu akaun simpanan/pelaburan boleh di tukar ke wang tunai. Akaun Simpanan dalam bank misalnya mempunyai tahap kecairan yang tinggi sehinggakan wang boleh dikeluarkan serta merta. Jadi kalau wawasan pelaburan kita pendek sahaja contohnya sebulan dua maka eloklah disimpan di tempat sedemikian. Saham atau hartanah misalnya tidak begitu tinggi tahap kecairannya di mana kita mungkin terpaksa menunggu antara seminggu (saham) hingga dua tiga bulan (hartanah)untuk melihat wang kita. Begitu juga dengan akaun unit amanah. Keadaan seperti ini mungkin tidak begitu baik kerana semasa masa penantian perubahan harga boleh berlaku. Kalau harga naik baguslah, tapi bagaimana kalau ia menurun? Dalam kes pelaburan terurus seperti unit amanah penurunan harga jika berlaku tidaklah seteruk yang boleh dialami oleh saham.............
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.
(Hubungi saya di talian 017-8719444 atau email ilmudigital@gmail.com untuk mendapatkan lebih 10 ebook dalam Bahasa Malaysia tentang pelbagai pengurusan kewangan dan bisnes . )

No comments: