Thursday, December 09, 2010

Sedutan Artikel Mingguan Wanita - PULANGAN PURATA TAHUNAN PELABURAN HARTANAH


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PULANGAN PURATA TAHUNAN PELABURAN HARTANAH 
 Bil 1412 Dis 2010 
...........Dalam kes ini juga kita anggapkan yang nilai alir tunai adalah sifar. Dalam dunia sebenar kita akan mencari penyewa yang boleh membayar sewa yang lebih tinggi dari ansuran kepada bank supaya nilai alir tunai positif. (lihat Jadual)
Pelaburan permulaan ialah RM21,000, inilah modal permulaan.Bila dijual balik nilai hartanah ialah RM216,733, tiada sumber keuntungan lain kerana aliran tunai adalah sifar. Nilai pulangan atas pelaburan (Return On Investment) mengambil kira aliran tunai jangkapanjang ialah 11.73%. Dalam ertikata lain kadar pulangan ke atas modal RM21,000 tadi ialah 11.73%. Ini memberikan satu perbandingan atau ukuran bagi memilih objektif pelaburan JANGKAPANJANG anda. Bandingkan nilai 11.73% dengan pulangan akaun-akaun lain seperti akaun simpanan tetap, unit amanah, Amanah Saham Bumiputera atau dinar emas dan sebagainya. Jadi bolehlah anda membuat pilihan bijak dengan wang RM21,000 bersandarkan fakta yang kukuh.
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Konsep kewangan yang dibicarakan dalam artikel ini diilhamkan daripada ilmu strategi kewangan jutawan seperti Minda Wang, Kompas Wang, X-Ray Wang, Magnet Wang,Enjin Wang dan Lebuhraya Wang. Hubungi saya untuk mendapat sampel penuh satu daripada 16 video dalam format digital.

2 comments:

Discount Hari2 said...

En. Sunthara,

Pada pandangan Encik pelaburan yang paling menguntungkan pada zaman sekarang ini adalah emas. Betul tak?

Emas boleh memberi keuntungan sehingga 30% setahun dan tiada risiko kerugian.. Simpan lama2 pun boleh untung, jual lagi boleh untung..

Saya pernah mendapat informasi daripada seorang tauke emas berbangsa Cina.. Beliau memaklumkan sampai satu masa harga emas juga akan jatuh teruk.. Boleh Encik jelaskan kepada saya adakah kemungkinan perkara ini boleh berlaku?

Kalau kita lihat graf harga emas dari tahun 1990 sehingga sekarang memang ada penurunan harga emas yg agak teruk. Harga emas yang betul-betul naik sehingga 250% adalah dari tahun 2000-2005.

Jadi sebagai seorang pakar pelaburan mungkin encik boleh membantu saya memberi penjelasan tentang isu ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang telah encik lakukan..

Terima kasih..

Sunthara said...

Terima kasih Tuan kerana mengajukan soalan.
Terlebih dahulu saya nak maklumkan yang saya bukan pakar pelaburan, sebabnya pakar pelaburan sangat berbeza dengan pelabur yang berjaya atau bernasib baik. Ini satu kekeliruan yang besar di pandangan orang awam. Pelabur X yang menulis blog atau merekodkan kejayaannya berjual beli saham atau menyara hidup berjual beli emas kemungkinan besar tidak pernah mempunyai kedua-dua pengalaman mengurus dana pelaburan orang lain atau mempunyai kepakaran bertauliah dalam pelaburan . Pakar pelaburan ialah mereka yang berpengalaman mengendalikan portfolio dari pelbagai aset bukan hanya emas. Saya sendiri bukan dari dua golongan tersebut. Jadi jawapan saya ini ialah maklumbalas yang saya dapat ketika menghadiri briefing yang diberikan oleh fund manager atau economist. Rasionalnya saya sendiri tidak arif, terpulang kepada Tuan untuk membuat penilaian dan tafsiran. Itulah bagaimana permainan pelaburan berfungsi.

Berkaitan dengan kelebihan emas iaitu tentang berapa besar keuntungannya, samada ada risiko kerugian atau tidak dan samada simpan lama-lama pun boleh untung. Prinsipnya begini emas ialah satu alat kewangan atau pelaburan yang tertakluk kepada market forces dan beroperasi dalam satu sistem ekonomi yang tidak efisien. Jadi kata-kata taukeh emas itu ada kebenarannya. Maksudnya kita tidak boleh kata "TIDAK MUNGKIN". Juga bila mempersoalkan kata statistik keuntungan contohnya 30% setahun ia tidak jelas, apakah ia beerti dari semenjak wujud perdagangan emas hingga sekarang kadar pulangan purata ialah 30 peratus setahun atau cuma ketika julat masa tertentu sahaja.

Disebabkan saya mempunyai falsafah pelaburan tersendiri, saya jarang menggunakan carta untuk menganalisa emas atau pelaburan lain contohnya saham. Maksudnya saya ikut Warren Buffet, lebih gemar lihat fundamentals daripada technical analysis. Menggunakan technical analysis pada julat masa tertentu seorang juruanalisa boleh membuat pelabagai andaian yang bercanggah dengan juruanalisa yang lain. Kadang-kadang boleh pening kepala nak tahu yang mana yang betul. Kalau kita jadi seperti pengurus dana atau economist yang kena mengintrepretasi pelbagai carta, mana satu mahu ikut.

Oleh itu saya syorkan segala berita/ramalan/intrepretasi yang kita dengar/baca harus disokong oleh pergerakan ekonomi semasa bukan hanya jual naik harga suatu pelaburan. Kemudian kita lakukan kesimpulan sendiri. Kalau betul baguslah bertambah aset kita, kalau tak betul tak apa sebab kita boleh belajar dari kesilapan walaupun poket sudah terasa ringan sedikit.