Friday, December 31, 2010

Sedutan Artikel MWanita-HUTANG DAN SKIM CEPAT KAYA


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : HUTANG DAN SKIM CEPAT KAYA 
 Bil 1415 Jan 2011 
...........Memandangkan beliau banyak membaca buku motivasi, Encik Mamat ingin menambah kekayaan dengan menceburkan diri di dalam skim cepat kaya yang dikatakan serupa dengan perniagaan MLM. Pelaburan pertama yang dilakukan telah membuahkan hasil yang memuaskan menyebabkan Encik Mamat ingin terus melakukan pelaburan tambahan. Alasan beliau dua,pertamanya beliau berhak melakukan apa sahaja dengan wang yang penat disimpan sepanjang tempoh perkerjaan beliau. Keduanya bagi beliau keluarga juga berhak untuk menikmati kemewahan hidup. 
Tak salah falsafah tetapi salah pilih bisnes. Kini Encik Mamat kehilangan segalanya dalam sekelip mata apabila firma tersebut hilang entah ke mana. Beliau bukan sahaja kehilangan wang yang dilaburkan malah kesemua wang simpanan KWSP beliau turut lesap. Ini kerana beliau mengambil opsyen mengeluarkan semua wang KWSP walaupun pernah dinasihati oleh pegawai KWSP menggunakan kemudahan pengeluaran berkala bukannya pengeluaran sekali gus.....(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

    No comments: