Thursday, December 16, 2010

Sedutan Artikel MWanita-BENARKAH DUIT KWSP BOLEH KELUAR BAYAR HUTANG


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BENARKAH DUIT KWSP BOLEH KELUAR BAYAR HUTANG  
 Bil 1413 Dis 2010 
...........Nampaknya ada segelintir pembaca mengemukakan soalan tentang cara bagaimana menggunakan wang KWSP untuk menyelesaikan masalah hutang mereka. Itu maklumbalas yang saya terima setelah kisah Encik Singh saya dedahkan dalam artikel terdahulu bertajuk "WANG KWSP PENYELAMAT HUTANG". Tema soalan mereka jelas menunjukkan mentaliti jalan singkat menebus hutang yang dikumpul. Seolah-olah kesilapan lama mahu diampuni dan dilupakan dengan sekali cantas menggunakan apa sahaja bekalan wang yang anda. Nasib baik kita tidak dapat meminjam wang di akhirat. Jika tidak tentu fasiliti kewangan di sana pun akan disalahguna.
Saya telah menyemak artikel WANG KWSP PENYELAMAT HUTANG yang diterbitkan dengan yang ada dalam simpanan saya kerana mana tahu ada isi yang tertinggal atau mengandungi kekeliruan. Saya dapati tiada ubahsuaian yang dilakukan editor. Jadi ini peluang baik saya untuk memberikan penjelasan di samping menurunkan kaedah bagaimana menghayati ilmu kewangan terutamanya melalui penulisan seperti artikel ini. Saya berharap golongan pembaca yang belum pernah diajar di sekolah bagaimana melakukannya akan mendapat manfaat terbesar. Kepada mereka yang sudah arif boleh meneruskan pembacaan penulis lain kerana tidak ada apa yang baru di sini.......
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

2 comments:

aima said...

saya baru nak tanya jugak, adakah ada peluang uruskan dengan duit kwsp....tak boleh eh?

Sunthara said...

Soalan kurang jelas, anggapan saya maksud anda ialah menguruskan duit kwsp(bukan untuk hutang). Saya syorkan membaca artikel penuh dalam MWanita untuk mengelakkan kekeliruan daripada membuat spekulasi hanya dengan membaca sedutan di sini. Apa yang sangat jelas ialah duit kwsp tidak boleh dikeluarkan untuk bayar sebarang hutang kecuali hutang perumahan. Balik ke soalan (jika anggapan saya betul), memang ada beberapa cara mengurus duit kwsp kita, contohnya akaun 1 kwsp kalau tak mahu diurus semuanya oleh kwsp boleh disalurkan untuk beli saham atau unit amanah. Risiko tanggung sendiri.