Saturday, December 04, 2010

Sedutan Artikel MWanita-SITUASI MEMBELI RUMAH DIANGGAP LIABILITI


Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : SITUASI MEMBELI RUMAH DIANGGAP LIABILITI
 Bil 1411 Dis 2010 
...........Satu kekeliruan yang saya rasa patut difahami semua bakal pembeli ialah 10 peratus wang pendahuluan tersebut BUKANNYA satu diskaun atau pengurangan. Pembeli sebenarnya membayar juga kerana ia diambilkira dalam pengiraan pinjaman atau pembiayaan rumah. Kunci kata di sini ialah "tidak payah mengeluarkan wang upfront" untuk wang pendahuluan. Habis macam mana bank rela mengabaikan pembayaran wang pendahuluan ini kerana ada risiko pinjaman tidak berbayar nanti. Jawapannya ialah kerana Cagamas Bhd (Cagamas) akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.  ........
Jadi jika rumah impian ialah untuk didiami, kalau guna pembiayaan Skim Rumah Pertama dengan RM sifar cengkeram kita ada potensi mengalami kerugian relatif. Saya ingin tegaskan bahawa ayat yang lepas bukannya salah tetapi dari sudut bisnes ia mempunyai potensi rugi. Kenapa? Kita bakal membayar lebih banyak bunga lebih-lebih lagi pembiayaan perumahan lumrahnya bertempoh panjang. Lagi panjang tempoh bayaran lebih banyak wang yang tak sepatutnya akan dibayar kepada pihak institusi kewangan.........
(Artikel penuh - beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Konsep kewangan yang dibicarakan dalam artikel ini diilhamkan daripada ilmu strategi kewangan jutawan seperti Minda Wang, Kompas Wang, X-Ray Wang, Magnet Wang,Enjin Wang dan Lebuhraya Wang. Hubungi saya untuk mendapat sampel penuh satu daripada 16 video dalam format digital.

No comments: