Thursday, May 21, 2015

GRADUAN MENGAMUK, KECEWA, HILANG ARAH ... KERANA PEMBEKUAN KERJA KERAJAAN?

Kredit - dayinwashington.com
Jika anda seorang graduan atau telah nekad bekerja dengan kerajaan, apa tindakbalas anda kepada isu Kerja Kerajaan  Dibekukan ini:
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1133031

Marah, Kecewa, Keliru, Hilang Arah, Gelap Masa Depan


Berita baik - tidak perlu beremosi seperti di atas kerana ada jalan penyelesaian. Daftar di sini sebelum diketahui oleh pesaing kerjaya anda. 

Saturday, May 09, 2015

JIKA ANDA WARGA MALAYSIA JANGAN DAFTAR BISNES ANDA ......

Jika anda warga Malaysia, jangan daftar bisnes anda sebelum membaca laporan percuma mengenai selok belok rahsia persyarikatan di Malaysia.
Dapatkan laporan percuma di sini

Laporan di atas juga mendedahkan sumber di mana anda boleh mendapat jawapan kepada soalan-soalan seperti berikut:

* Pukau bank dahulu supaya sanggup memberi fasiliti jutaan ringgit kepada syarikat?
* Kemudian tukar hutang di atas menjadi aset syarikat?
* Bagaimana mendaftarkan syarikat agar selamat daripada permainan kotor pesaing?
* Bagaimana menaiktaraf syarikat ke SDN BHD dengan licin?
* Apakah sebenarnya tugas setiap Ahli Lembaga Pengarah?
* Bagaimana merangka dan menguruskan puluhan anak syarikat dan kekal tidak gila?

Dapatkan laporan percuma di sini.


Friday, March 20, 2015

Ebook Percuma - Cara Jana Pendapatan Pasif (Relevan Di Malaysia Sahaja)

Jika kita mahu cepat bebas kewangan, bebas hutang dan bebas belenggu kewangan, tiada jalan lain kecuali menjana pendapatan pasif. Boleh juga guna pelbagai pendapatan aktif tapi boleh membawa mudarat kesihatan dan keretakan keluarga.

Ada banyak pendapatan pasif yang khusus untuk situasi di Malaysia, salah satunya ialah melalui kaedah ini (download ebook di sini dan hubungi saya jika berminat).
Amaran - cara ini tidak boleh menjadikan anda kaya cuma setakat hidup selesa. Tetapi bagi 20% yang menceburinya mereka boleh merasai jadi orang kaya. 

Saturday, April 27, 2013

PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 3 -akhir

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 3 -akhir
Bil 1535 April 2013

Sedutan Bahagian 3 - akhir

Dua bentuk pinjaman sahaja yang dibenarkan oleh PPW kepada orang ramai iaitu jenis tanpa cagaran dan jenis bercagar. Mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003, dua jenis borang sahaja dibenarkan iaitu Borang Perjanjian Pinjaman Jadual J bagi pinjaman tanpa cagaran dan Borang Perjanjian Pinjaman Jadual K bagi pinjaman bercagar.  Kedua-dua bentuk perjanjian pinjaman ini mempunyai isi kandungan perjanjian yang berlainan.

Seperti lazim sudah tentu tidak elok jika peminjam menandatangani borang perjanjian yang tidak diisi lengkap dan menerima wang pinjaman terlebih dahulu. Sebabnya ialah kemungkinan jatuh perangkap PPW di mana ada yang memasukkan jumlah pinjaman yang lebih besar daripada apa yang anda dapat dan menyebabkan peminjam akan menanggung kerugian yang lebih besar sekiranya PPW terbabit kemudiannya melengkapkan borang perjanjian pinjaman tersebut tanpa pengetahuan peminjam.

Sekarang kita bicara pula pasal kadar faedah yang diterima pakai. Mengikut Seksyen 17A Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kadar faedah yang boleh dikenakan kepada seseorang peminjam tidak boleh melebihi kadar seperti berikut:......
(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Friday, April 19, 2013

Kempen Kesedaran Tentang Kebakaran - Ceramah percuma 18 May 2013

Sekiranya berlaku kebakaran atau api apakah tindakan kita.
Setiap tahun ramai keluarga yang menjadi mangsa, hilang wang dan harta.
Kalau mereka lebih bersedia barangkali nasib tidak akan jadi seburuk apa yang menimpa mereka.

Ceramah percuma ini memberi maklumat teknik-teknik mengurangkan risiko kehilangan harta benda dan nyawa akibat kebakaran.

Tarikh: Sabtu 18 May 2013
Masa: 1-2 tengahari
Tempat:
Universiti Tunku Abdul Rahman
PD Block, Level B1
No. 9 Jalan Bersatu 13/4
46200 Petaling Jaya, Selangor

Masuk percuma, perlu daftar dahulu.

Lihat flyer : http://bit.ly/Z9Uw1U
Daftar online :  http://bit.ly/10Gpy3B
Peta:  http://www.utar.edu.my/cee/file/CEE%20new%20map.JPG




Tuesday, April 16, 2013

PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 1 dan BHG 2

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  PEMINJAM WANG BERLESEN BHG 1 dan BHG 2
Bil 1533 dan 1534 April 2013

Sedutan Bahagian 1

"Di Malaysia ada empat pihak yang mempunyai keupayaan untuk memberi pinjaman kepada orang ramai. Kalau tidak terdesak, tidak ada rekod CCRIS atau CTOS yang buruk, boleh pinjam dari bank. Kalau tidak terdesak dan rekod CCRIS/CTOS tidak bagus boleh pinjam dari koperasi tetapi ada syarat contohnya kena jadi ahli koperasi dan kadang kala cuma kakitangan kerajaan diberi keutamaan. Koperasi ada pemantauan undang-undang yang berkaitan. Sekarang jika seseorang itu terdesak, bukan kakitangan kerajaan, mungkin tidak makan gaji, CCRIS/CTOS pun tak cantik, mana hendak pinjam? Ramai yang akan cepat berkata "Ah Long". Barangkali ramai yang tidak sedar ada satu lagi sumber - iaitu peminjam wang berlesen........."

Sedutan Bahagian 2

Banyak iklan yang saya sempat imbas tidak mengandungi kesemua di atas. Kadar faedah pun tidak dinyatakan dengan jelas. Bakal peminjam perlu berwaspada juga tentang tempat atau lokasi melakukan transaksi pinjaman wang. Bukan sebab takut dirompak tetapi ia satu kesalahan. Beerti kalau buat dalam kereta sahaja nanti bila ada kes, kita yang akan tersenyum simpul.

Mengikut Peraturan 15 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003, transaksi tidak boleh dibuat dimana-mana tempat selain daripada alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang telah diluluskan oleh Pendaftar. Katakan anda telah berjumpa dengan PPW atau agen mereka. Semasa berurusan untuk membuat pinjaman entah macam mana samada keliru atau terkena hembusan jampi anda terdorong untuk meminjam. Selang beberapa minggu anda dapati fakta yang diberi tidak sama seperti mana perjanjian pinjaman sebenar.  Di mana hak anda dalam urusan pinjaman ini? .....

Mujur ada penawar iaitu Seksyen 29 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951. Secara ringkas ia mengatakan:.......

(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Tuesday, March 19, 2013

JANA WANG CARA IBDR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel :  JANA WANG CARA IBDR 
Bil 1530 March 2013

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi cebis-cebis pengakuan dari wanita-wanita sebenar yang sudah mencapai wawasan mereka iaitu bekerja dari rumah.
Gelaran lain bagi mereka ialah IBDR (ibu atau isteri yang bekerja dari rumah). Untuk pembaca yang ada akses internet saya berikan laman web untuk dilawati dan kalau mahu berkenalan dengan tuan empunya laman. Tetapi awas saya tidak ada kaitan dengan jenis bisnes yang mereka lakukan. Segala risiko akibat hubungan sosial atau bisnes nanti kena tanggung sendiri. Jangan cari saya ya!.........

(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

IKLAN : Kalau anda mahu mendapat buku panduan buat duit dari rumah yang ditulis oleh kenalan saya (juga seorang wanita IBDR) hubungi saya untuk mendapat sampel kandungannya.


Sunday, March 10, 2013

3 BABAK BERTEMAKAN INSURANS/TAKAFUL

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : DRAMA BERTEMAKAN INSURANS/TAKAFUL 
Bil 1529 March 2013
(Klik link ini untuk membaca RAHSIA MENGURUS INSURANS HAYAT DI GOOGLE BOOKS secara percuma)

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi cebis-cebis kehidupan orang yang berkaitan dengan insuran atau takaful keluarga (bukan insurans atau takaful am). Bayangkan anda sedang menonton satu filem pendek yang terdiri dari babak-babak kecil hasil lakonan pelakon-pelakon amateur. Setiap babak saya sudahi dengan pengajaran pendek.


Babak 1:

Saya lelaki 35 tahun tidak merokok, isteri 28 tahun dan anak seorang 3 tahun. Selama ini saya memang tidak ambil peduli tentang kepentingan insurans/takaful/medical card atas kepercayaan bahawa perlindungan majikan sudah memadai. Tetapi situasi baru-baru ini menyedarkan saya, bahawa langkah melengah-lengahkan mengambil polisi ada buruknya. Pada penghujung bulan March isteri saya......

Babak 2: 
Seorang agen memberitahu kepada bakal pelanggan yang menyuarakan ketidakpercayaannya kepada syarikat insurans:Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dilindung, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insuran/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?......


Babak 3:
Saya kehilangan ayah akibat kemalangan sewaktu berusia 5 tahun (25 tahun lalu). Saya amat memahami penderitaan ibu saya. Saya masih ingat bagaimana emak turun naik mahkamah sehingga saya berumur 14 tahun semata-mata untuk melalui proses tuntutan mahkamah yang panjang...... 

(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)




Thursday, February 28, 2013

CARA MENAMBAH PENDAPATAN TANPA KERJA PART TIME

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : CARA MENAMBAH PENDAPATAN TANPA KERJA PART TIME
Bil 1528 Feb-March 2013

Katakan anda (yang sudah bekerja)sekarang menghadapi kesempitan wang contohnya dalam bulan ini semua wang gaji sudah digunakan sepenuhnya untuk keperluan hidup dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Anda tidak ada masa untuk mencari pendapatan tambahan melalui sebarang bisnes part time atau kerja sambilan. Bagi anda masa dengan keluarga lebih mustahak daripada berlari ke sana ke mari kejar wang poket. Anda juga tiada modal untuk melabur, maksudnya tiada modal untuk menjana wang melalui dividen. Anda juga tidak ada hartanah tambahan untuk disewa kepada orang. Cuma satu hartanah sahaja iaitu rumah tempat tinggal keluarga, itupun masih di bawah cengkaman bank. Jadi bagaimana anda boleh menaikkan wang masuk supaya tiga  bulan dari sekarang dan seterusnya tidaklah sesak sangat? Ada wang lebih untuk berbelanja contohnya RM200 setiap bulan sedangkan enam bulan sebelum ini memang cukup-cukup makan sahaja?.......Kursus digital ini boleh memberi ilmu dan bantuan sokongan untuk melakukannya. Ini bukan bisnes tambahan atau kena menambah masa kerja.
(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Pembaca yang ingin mendapat preview PERCUMA kursus ini boleh menghubungi saya melalui sms atau email. Kursus penuh disajikan dalam format pdf, audio, video dan kad sokongan VIP . Ada peta minda (mind map) juga. Kursus ini hanya sesuai untuk mereka yang MAKAN GAJI dengan orang lain. Tidak sesuai untuk mereka yang berniaga sendiri.



Wednesday, February 20, 2013

LABUR EMAS TANPA MODAL- FAKTA ATAU AUTA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : LABUR EMAS TANPA MODAL - FAKTA ATAU AUTA 
Bil 1527 Feb 2013

Seringkali ramai di kalangan kita gagal membina aset kerana tidak mampu meniru cara pelaburan yang dilakukan orang yang banyak duit. Adakah patut menyerah kalah dan menyalahkan takdir? Kita tidak perlu masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Kalau kita hendak membeli emas tetapi tidak boleh buat secara konsisten setiap bulan, apa kata guna strategi membeli dan melabur emas TANPA MODAL?

Bila ia dilakukan secara tanpa modal, maka mudahlah untuk kita menyimpan emas setiap bulan secara konsisten. Berikut secara ringkas beberapa kelebihan strategi pelaburan emas tanpa modal ini:
1) Tidak perlu buat pinjaman dari bank atau sesiapa untuk nak mula. Pinjam sekejap duit gaji bulanan untuk membeli stok emas. Tidak lama lepas tu dah dapat balik duit gaji asal.
2) Boleh dilakukan walaupun gaji kecil
3) Tiada simpanan berkala
4) Lama-kelamaan stok emas sendiri yang bantu beli emas anda setiap bulan. Duit gaji cuma membantu sahaja.

Pembaca yang ingin mengetahui tentang kandungan module kursus pelaburan emas tanpa modal ini boleh menghubungi saya melalui sms atau email. Ia mengandungi ebook serta video panduan

(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)


Wednesday, February 13, 2013

RESUME GENERATOR BM PERCUMA OUTPUT PDF

Setakat ini cuma ada dalam Bahasa Malaysia.
Ada tiga langkah sahaja (memang 100% percuma).
Boleh buat di mana-mana asalkan ada sambungan internet.


# Langkah 1 – Isi maklumat tentang diri anda
# Langkah 2 – Pilih template resume
# Langkah 3 – Cetak resume

Lawat link ini ==> Tak Payah Guna Word Processor

Wednesday, February 06, 2013

HASIL EKSPERIMEN SKEMA CEPAT KAYA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : HASIL EKSPERIMEN SKEMA CEPAT KAYA
Bil 1525 Jan Feb 2013

...Pada penghujung bulan Disember 2012 saya menerbitkan satu siri empat artikel yang bertujuan mendedahkan kepada orang ramai secara terperinci tentang contoh pengoperasian skema pengumpulan wang yang diragui. Di samping tujuan pendidikan masyarakat saya juga ingin menguji sejauh mana pembaca yang cepat sedar atau langsung terpukau dengan cara penganjur menjalankannya. Daripada bilangan pembaca yang sudi menghubungi saya (emel dan sms) Saya dapati hampir 90 peratus cepat terpedaya dan memang mudah terperangkap dengan pujuk rayu skema-skema sedemikian. Cuma 10 peratus sahaja yang menghubungi saya untuk menyatakan pengalaman pahit mereka dan juga perasaaan terima kasih kerana sempat melihat penipuan di sebalik cerita-cerita "kisah benar" dan "umpan modal kecil tapi hasil berkoyan-koyan" yang digunakan penganjur.

Di antara 90 peratus yang percaya kehebatan skema tersebut menyangka saya sudah memasuki skema berkenaan dan merayu agar diberi peluang untuk masuk sama. Alasan-alasan pelbagai, antaranya banyak hutang, ibu tunggal, warga kurang upaya dan macam-macam lagi sehingga tidak dapat saya siarkan di sini. Yang peliknya bila saya mendedahkan skema-skema halal yang diredai bank pusat, dipantau sepenuhnya kerajaan Malaysia dan mengandungi dokumentasi lengkap,tidak ramai yang akan menghubungi saya. Seolah-olah benda yang baik dan diredai ditolak begitu sahaja sedangkan yang busuk dan tidak jujur akan didakap erat sehingga pemikiran waras sudah dibuang entah ke mana.....

(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Thursday, January 31, 2013

TEKNIK PELABURAN HARTANAH UNTUK EMAS

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : TEKNIK PELABURAN HARTANAH UNTUK EMAS 
Bil 1523 Jan 2013
...Dalam pelaburan hartanah, satu strategi yang sering digunakan ialah menambah nilai (value-add dalam Bahasa Inggeris). Satu contoh strategi ini ialah pelabur membeli unit hartanah samada secara tunai atau pinjaman pada harga yang murah seperti melalui lelongan. Harga yang murah juga boleh bermksud harga bawah nilai pasaran yang tidak semestinya diperolehi melalui lelongan sahaja. Kemudian dia akan mencantikkan, menambah baik dan menjual kembali unit hartanah tadi semula ke pasaran (orang ramai atau syarikat)pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga belian asal.

Kita boleh gunakan konsep ini terhadap emas iaitu dengan "mencantikkan" emas tersebut secara penulenan. Emas 999.9 adalah gred emas yang paling tulen di dunia. Harganya juga agak mahal. Jadi sekiranya ada memperolehi pelbagai jenis emas, barang kemas termasuk barang kemas rosak yang berketulenan gred 375, 585, 750, 875,835,916 maka ianya boleh ditukarkan kepada gred 999.9 ini melalui proses penulenan. Hubungi saya melalui email atau sms untuk meninjau kursus digital (dalam BM) termasuk video terperinci bagaimana melakukannya.
(Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Tuesday, January 08, 2013

Kenapa Saya Terkedu Dengan Reaksi Pembaca-Pembaca

Bermula penghujung bulan Disember tahun 2012 saya menulis, khusus untuk majallah Mingguan Wanita, satu siri 4 bahagian berkaitan Strategi Mengumpul Wang Yang Diragui. Matlamat saya menulis siri artikel tersebut ialah menyedarkan orang ramai tentang modus operandi skema secara terperinci seperti kandungan penuh surat-surat pujukan yang digunakan serta bagaimana bakal pelabur akan memasukkan wang ke dalam akaun. Skema ini tidak pernah diluluskan secara rasmi oleh mana-mana badan-badan pemantau kewangan atau bank-bank di Malaysia.

Yang menghairankan saya ialah belum pun habis penerbitan KESEMUA 4 bahagian artikel tersebut, saya menerima banyak sms dan emel dari pembaca-pembaca yang tidak sabar-sabar mahu masuk skema tersebut (modal cuma RM30). Walaupun tajuk artikel " Strategi Mengumpul Wang Yang Diragui " jelas memberi amaran, namun gerak hati menguasai logik pemikiran. Biarpun saya menabur amaran secara halus di celah-celah setiap bahagian siri artikel tersebut, pembaca menyangka saya sudah menjumpai kaedah ajaib cara mengumpul wang sehingga puluhan ribu ringgit dengan bermodalkan RM30 sahaja, campur kos fotostat dan stem. Ada di antara mereka mengalami situasi kewangan meruncing, tekanan jiwa akibat hutang dan beberapa alasan lain sehingga sanggup mencuba apa sahaja kaedah yang tersaji, apatah lagi kalau modalnya cuma beberapa puluh ringgit sahaja.

Monday, October 29, 2012

BELANJAWAN PENENTU HAMBA DENGAN TUAN HAMBA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : BELANJAWAN PENENTU HAMBA DENGAN TUAN HAMBA  
Bil 1510 OKT 2012
....Pernahkah kita terfikir samada kita menjadi hamba kepada wang atau wang yang menjadi hamba kepada kita? "Jika seseorang itu benar-benar mahu tahu nilai wang, suruh dia pergi meminjam, kerana mereka yang asyik meminjam akan menghadapi kedukaan dan penyesalan." Kata Benjamin Franklin, salah seorang Bapa Kemerdekaan Amerika juga merangkap salah seorang usahawan "jaya sendiri" (self-made)yang pertama di Amerika.Ramai orang yang tidak menyedari peranan beliau sebagai seorang usahawan kerana Benjamin lebih dikenali sebagai seorang negarawan yang ulung di tanah airnya.
Tetapi sekiranya anda tidak mempedulikan nasihat Benjamin dan masih perlu meminjam tanya dahulu soalan berikut. Apakah anda seorang peminjam bijaksana atau bakal menjadi hamba kepada peminjam korporat anda? Kalau tidak tahu yang mana satu kenapa tidak belajar sedikit petua-petua pinjaman contohnya cuba dapatkan pinjaman yang fleksibel dan paling rendah kosnya? Contohnya kalau terpaksa menggunakan ihsan kad kredit, apakah perkara-perkara yang patut dinilai atau diketahui agar tidak termasuk dalam kitaran hutang sepanjang hayat?.....
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Tuesday, October 16, 2012

Robert Kiyosaki Fail Perisai Muflis

Ya, orang kaya pun terpaksa mengambil tindakan sedemikian. Bezanya dengan orang biasa-biasa mereka  menggunakan nama syarikat sebagai pelindung keutuhan kewangan masih boleh dipertahankan. Strategi ini biasa dipakai oleh orang-orang kaya untuk melindungi aset mereka.

Baca berita tentang Robert Kiyosaki Fail Perisai Muflis di sini

Bukan semua peserta seminar jenama "Rich Dad Poor Dad" teruja dengan pengalaman mereka.

Dan ini video bagaimana kaedah pemasarannya dilakukan di negara Barat

Saya bukan seorang peminat tegar Robert kerana lebih meminati metodologi pengajaran atau cara mempersembahkan konsep kewangannya daripada mengikut bulat-bulat tekniknya . Saya juga tidak mengesyorkan kaedah beliau kepada semua orang kerana jika tidak berhati-hati, kedudukan kewangan boleh bertambah buruk.

Wednesday, August 22, 2012

PELABURAN SONGSANG TETAPI PATUH UNDANG-UNDANG

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : PELABURAN SONGSANG TETAPI PATUH UNDANG-UNDANG 
Bil 1501 OGOS 2012
....Dalam permainan kewangan pengurusan hutang yang cekap juga dipanggil pelaburan songsang (reverse investment). Pengurusan hutang perumahan ada tiga strategi - pertama dengan refinance, keduanya dengan mengurangkan pinjaman bulanan dan ketiga dengan merombak kembali kontrak pinjaman perumahan asal. Kalau lebih berani boleh gabungkan sekali ketiga-tiga kaedah. Kesemua kaedah ada kosnya sendiri. Kikiskanlah sikap bahawa dalam dunia ini semua kena ada subsidi atau free.

Balik kepada 3 kaedah di atas. Yang mana yang terbaik? Ini bergantung kepada situasi kewangan, jenis pembiayaan samada Islamik atau bukan Islamik, disiplin dan psikologi kewangan pengguna. Jenis Islamik buat masa ini tidak mudah dirombak kerana akad sangat berbeza dengan pinjaman konvensional. Apa yang akan saya kupas adalah strategi ketiga. Penjelasan saya di sini elok dimanfaatkan bersama seorang perancang kewangan atau konsultan pinjaman. Jika buat sendiri mungkin salah langkah.....
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Monday, August 13, 2012

KEGUNAAN PAJAK GADAI ISLAM SEBAGAI SENJATA KEWANGAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KEGUNAAN PAJAK GADAI ISLAM SEBAGAI SENJATA KEWANGAN  
Bil 1500 OGOS 2012
....Bagi mengawal dan melindungi kepentingan pengguna, maka Akta Pajak Gadai telah dibentangkan dan dikuatkuasakan pada tahun 1972. Seterusnya ia dipinda pada tahun 1982 dan sekali lagi pada tahun 1983. Akta ini diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dalam tahun 2000-an, pajak gadai sudah mula digunakan sebagai satu alat kewangan khusunya pembiayaan untuk memperbaiki kedudukan kewangan masing-masing. Samada golongan bekerja makan gaji atau berniaga di sinilah tempat mendapat pembiayaan pada kos yang lebih rendah atau sebagai sandaran kecemasan bila ada keperluan tunai yang terdesak. Tetapi ada sedikit kepincangan kerana sistem pajak gadai konvensional kerap melakukan penyelewengan seperti:......
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)
Hubungi saya untuk mendapatkan buku panduan digital ilmu rahsia pajak gadai konvesional dan sistem Islam (Ar Rahnu), lapan teknik-teknik manipulasi emas melalui Ar Rahnu dan perbincangan terperinci mengapa ada kalanya memajak emas lebih baik daripada membuat pinjaman bank.

Tuesday, August 07, 2012

KESAHIHAN PATUH SYARIAH SEBUAH SYARIKAT EMAS TERJAWAB

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : KESAHIHAN PATUH SYARIAH SEBUAH SYARIKAT EMAS TERJAWAB 
Bil 1499 OGOS 2012
Akhirnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah menjawab secara terang-terangan salah satu soalan yang dikemukakan oleh salah seorang peserta seminar saya dalam tahun 2011 berkaitan dengan kesahihan operasi pelaburan emas secara syariah. Pada masa tersebut saya tidak dapat menjawab dengan nyata kerana syarikat terlibat masih dalam pemerhatian pihak tertentu.
Apa gerangan perkembangan terbaru tersebut? Saya petik kenyataan akhbar yang dikeluarkan Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin. Selepas meneliti laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat (yang kita akan panggil GM), didapati tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa.
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)

Saturday, July 14, 2012

DONGENG BOLEH MENJADI KISAH BENAR

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003 
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Tajuk Artikel : DONGENG BOLEH MENJADI KISAH BENAR
Bil 1495 JULAI 2012
Saya ambil contoh Dongeng 1. Pelabur yang mempercayai dongeng ini menyebabkan mereka cuba "menilik" pergerakan pasaran. Ada yang bernasib baik berjaya macam cerita "Nujum Pak Belalang" tetapi bagi setiap yang bernasib baik sepuluh pasti kecundang. Mereka membuat andaian cetek bahawa melabur unit amanah sama dengan main saham.
Tetapi jika anda ada ilmu lanjutan dan tahu mengurus risiko pelaburan unit amanah, dongeng 1 boleh dijadikan satu kisah benar. Maksudnya anda boleh applikasi kaedah yang digunakan dalam 'menilik" saham untuk memerah pulangan yang jarang diperolehi pelabur unit amanah yang sekadar melabur secara automatik. Contohnya strategi seperti melabur secara seragam bulanan atau tiga bulan sekali. Bukan bererti taktik pelaburan sebegini tidak berguna. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai profil risiko tertentu yang tidak ada masa mempelajari atau memantau secara serius. Jadi jangan pula mengharap pulangan yang besar-besar sehingga modal boleh berganda tiga empat kali. Hubungi saya jika anda tidak puas hati selama ini dengan prestasi unit amanah   anda. Kalau tidak dapat praktik ilmu lanjutan ini secara seorangan, saya boleh cadangkan orang yang boleh melakukannya bagi pihak anda.  
Untuk perincian artikel dapatkan Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.)