Thursday, September 18, 2008

Sedutan Artikel - PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 3

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Saham Amanah Pelaburan Hartanah-REIT
Edisi : Bil 1296 SEPT 2008
......Sama seperti idea "landbanking" (LB) yang saya ceritakan minggu lepas, pelabur boleh menggunakan khidmat pihak ketiga untuk melakukan semua peringkat kerja. Tetapi ada beberapa ciri yang menyebabkan pelaburan hartanah di luar negara ini tidak serupa dengan LB. Antara ciri-ciri yang mustahak:
  • Penggunaan akaun pelanggan yang ditadbirkan oleh satu badan guaman yang berkecuali
  • Mesti menyediakan pelan arkitek
  • Menggunakan secara intensif khidmat konsultan perancangan tempatan yang arif dengan situasi tempatan
  • Pulangan yang dijangkakan dikira berdasarkan angka penilaian yang diberikan oleh kerajaan setempat
  • Sebahagian daripada pegangan pelaburan (plot tanah) dimiliki oleh pengurusan pihak ketiga
  • Membeli cuma tanah yang menurut polisi perancangan kerajaan tempatan
  • Pelabur diberi opsyen dua jenis waranti untuk mengurangkan risiko pelaburan di samping memberi jalan keluar yang menguntungkan pelabur
  • Jika pihak pengurusan masih belum menutup atau mengizinkan penjualan produk berkaitan, pelabur boleh memilih untuk mendapatkan dua jenis pulangan - perkembangan modal (capital growth) dan pembayaran berkala setiap tahun yang dijamin peratusannya, bukannya hanya perkembangan modal sahaja.......
Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, September 11, 2008

Sedutan Artikel - PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 2

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan: Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: PELABURAN ALTERNATIF UNTUK SANTAPAN ANDA- Bahagian 2
Edisi : Bil 1295 SEPT 2008
......Beberapa kelebihan melabur dalam pakej landbanking ini bagi pelabur-pelabur kecil:
  • Tidak perlu menanggung kos tahunan yang biasanya ditanggung oleh pihak pemaju kepada pihak ketiga seperti kerajaan, badan tempatan, urusan perundangan yang berpusat di luar Malaysia.
  • Pelabur boleh menstrukturkan kontrak beli/jual supaya mengandungi jaminan perlindungan modal secara menandatangani perjanjian pembelian atau harga opsyen (option price).
  • Pelabur dapat surat geran bukti pembelian yang boleh dipindahmilik kepada waris mengikut undang-undang pusaka di negeri masing-masing
Konsep ini bukannya baru tetapi sudah lama digunakan oleh jutawan-jutawan hartanah seperti Donald Trump, Bob Hope, Roy Sakioka,Howard Hughes dan Li Kah Shing. Mereka sedar akan hukum hartanah iaitu - tambah status kepada sebidang tanah dengan meletakkan satu "pelan konsep",mohon kepada kerajaan dan sekiranya diluluskan dapat keuntungan berlipat ganda. Keuntungan yang boleh dikongsi beramai-ramai jika dikawal selia oleh satu badan pengurusan......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, September 08, 2008

Buku Saya Rahsia Melabur Unit Amanah DiUlas dalam Millenia

Ulasan buku saya Rahsia Melabur Unit Amanah dalam MILENIA Muslim keluaran September 2008. 

Google Memperkenalkan browser terbarunya Google Chrome

Kepada pembaca yang belum kenal Google baca sejarahnya.
Dalam bulan September 2008 Google memperkenalkan browser terbaru di Internet iaitu Google Chrome atau kadang-kadang dipanggil The Chrome. Nak cuba guna download disini.
Posting blog ini saya tulis menggunakan The Chrome dan setakat ini tidak ada masalah. Memang saya tidak dapat menggunakan kehebatan add-ons Firefox atau widget Opera namun saya berpuas hati. Lagipun ini baru peringkat percubaan (beta) untuk The Chrome, pastinya dengan faktor masa ia akan bertambah baik.

Oh ya satu sejarah lagi dicipta dalam Internet.Buat pertama kalinya pihak Google telah memperkenalkan falsafah rekabentuk The Chrome dengan menggunakan komik. Menarik sekali!!!

Friday, September 05, 2008

Petikan Artikel Saya Dalam Yahoo Groups - SURAT TERBUKA DARIPADA PENASIHAT UNIT AMANAH

Sewaktu meredah lautan internet saya terserempak dengan posting dalam yahoo groups artikel saya yang lama dalam Mingguan Wanita. Artikel asal bertajuk "SURAT TERBUKA DARIPADA PENASIHAT UNIT AMANAH".

Ini catatan penulis posting tersebut:
"*Dipetik dari Majalan Mingguan Wanita 20-27 Julai 2007. Artikel asal adalah karangan saudara Sunthara Segar, seorang perancang kewangan yang popular ketika ini. Sebahagian artikel diolah semula dan ditambah sedikit frasa bagi memantapkan lagi isi cerita. Terima kasih kepada penulis dalam menyampaikan idea-idea beliau dengan begitu kreatif sekali".

Posting sebenar di "Yahoo groups" oleh beliau di sini. Anda yang tidak sempat membaca artikel tersebut dalam majallah hard copy boleh membacanya sekarang.

(Terima kasih kepada Safiona Lazarus yang post article - boleh hubungi saya kalau terbaca bahagian ini)

Thursday, September 04, 2008

SEDUTAN ARTIKEL MW- SKEMA PENGURUSAN AGRO-Pelaburan Alternatif 1

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Pelaburan Alternatif Bhg 1 - Skema Pengurusan Agro

Edisi : Bil 1294 Sept 2008

......Soalan yang pasti ingin diketahui pelabur ialah apakah pulangan yang bakal diperolehi. Selalunya kita sudah biasa dengan pulangan dividen iaitu satu aliran pulangan sahaja. Mereka yang pernah melabur dalam hartanah pasti tidak puas hati dengan satu aliran sahaja, sebab itu pelaburan hartanah biasanya memberikan dua aliran iaitu aliran bulanan contohnya sewa dan peningkatan modal (keuntungan) bila harga hartanah naik di masa hadapan. Pelaburan SPA ini biasanya mempunyai pulangan berikut kepada pelabur:

  • Dalam 3 tahun pertama satu pulangan tetap (misalnya 8 peratus setahun)
  • Dalam tahun keempat sehingga tahun matang (contohnya tahun ke 20) satu pulangan yang tidak tetap bergantung kepada harga pasaran permintaan dunia (contohnya 13-16%)
  • Keuntungan hasil jualan tanah/ladang selepas tahun matang

Walaupun pelabur melabur dalam satu usahasama pertanian melibatkan tanah ladang,pelabur tidak diberi geran tetapi diberi dua dokumen iaitu "Sijil Penanam" dan "Perjanjian Sesama Pengurusan dengan Pelabur". ......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Muat turun prospektus dan borang perjanjian.


Thursday, August 28, 2008

SEDUTAN ARTIKEL- PADAH TRAGEDI KEMATIAN SERENTAK KEPADA ANAK-Bahagian 2 Akhir

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: PADAH TRAGEDI KEMATIAN SERENTAK KEPADA ANAK-Bahagian 2 Akhir

Edisi : Bil
1293 29 Ogos 2008

......Dalam wassiyah Casem dan Maria boleh memasukkan,antara lain, perkara-perkara berikut:

  • Perlantikan Wasi, Pentadbir dan Pemegang Amanah - dalam amalan eloklah dilantik satu badan korporat bukannya individu.
  • Menyatakan niat pembahagian harta pusaka (atau pun wang insurans) samada melibatkan Faraid atau tidak - ini tertakluk kepada persetujuan di antara semua waris Faraid nanti. Dalam Wasiat Islam pembahagian harta pusaka tidak boleh dilakukan sesuka hati pewasiat berbanding dengan Wasiat bukan Islam.
  • Hak harta sepencarian boleh digariskan dengan jelas dan adil

Seterusnya lapisan perlindungan kedua ialah Dokumen Pengisytiharan Hibah yang disediakan bersama dengan Surat Ikatan Amanah. Harta yang telah dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan secara tidak langsung tidak perlu difaraidkan (bagi Islam). Ini berdasarkan definasi Hibah sebagai pemberian sesuatu harta kepada penama / waris di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan. Walaupun perisytiharan hibah ini dibuat pada masa hidupnya, tetapi pertukaran hak milik harta hanya akan berlaku selepas kematian penghibah.......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, August 25, 2008

SEDUTAN ARTIKEL MW - Padah Tragedi Kematian Serentak Kepada Anak - Bahagian 1

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: PADAH TRAGEDI KEMATIAN SERENTAK KEPADA ANAK-Bahagian 1

Edisi : Bil 1292 22-28 Ogos 2008

......Katakan kita kaji kes berikut: Casem seorang ayah, Maria isterinya selama 5 tahun dan seorang anak perempuan berusia 3 tahun. Namanya sicilik itu Suzi, mereka semua tinggal di sebuah rumah dua tingkat tanpa beban hutang. Nilai ekonomi Casem dianggarkan kira-kira RM400,000. Menyedari bahawa dia "under-insured" Casem menambahkan nilai perlindungan di samping menggalakkan Maria mengambil satu polisi lain khusus untuk wanita. Dalam polisi insurans/takaful Casem meletakkan nama Maria sebagai penama biasa. Begitu juga dengan Maria,dia menamakan Casem sebagai penama. Logik mereka ialah tidak patut melibatkan Suzi kerana dia masih kecil. Mungkin betul, mungkin juga satu kesilapan besar.......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Tuesday, August 19, 2008

Buku saya Dalam TOP 20 Buku Profesional di Alamanda Putrajaya

Terima kasih kepada semua pembaca yang saya hormati kerana menjadikan buku Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah dalam kedudukan kedua 20 buku terlaris terbitan PTS di MPH Alamanda, Putrajaya. Kepercayaan pembaca mendorong saya menulis buku pendidikan kewangan yang tidak boleh diabaikan lagi dalam dunia global sekarang.

Julai 2008 TOP 20 Buku Profesional di Alamanda Putrajaya

1. Rahsia Bisnes Orang Cina
2. Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3. Buat Duit Dari Rumah
4. Hendak Susah Ataupun Senang
5. Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah
6. Teknik Efektif Internet Marketing
7. Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik
8. Buat Duit Dengan MLM
9. Rahsia Bisnes Mamak
10. Rancangan Perniagaan
11. Mengurus Konflik
12. Memotivasi Pekerja
13. Supaya Poket Tidak Kosong Lagi
14. Menjadi Jutawan MLM
15. Kerja Berpasukan
16. Rahsia Minda Jutawan
17. Rahsia Orang Kaya Damansara
18. Kemahiran Memimpin
19. Duit Banyak Bertambah Banyak
20. Rahsia Bisnes Orang Jepun

Thursday, August 14, 2008

SEDUTAN ARTIKEL - Apa Yang Tak Kena?

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Apa Yang Tak Kena?

Edisi : Bil 1291 15-21 Ogos 2008

......Selesai dengan fakta jalanan kita lihat pula beberapa berita dari media yang rasmi akhbar yang memetik kata-kata orang-orang bijak pandai. Saya sendiri tidak faham kenapa pandangan dan kiraan mereka tidak secocok. Siapa yang bercakap benar? Kenapakah prestasi dan angka statistik sihat yang digambarkan tidak kelihatan di kalangan "man-in-the-street".

Pada 2 Julai, akhbar New Straits Times melapurkan Gabenor Bank Negara sebagai meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini jatuh di bawah paras 5 peratus. Bulan lalu (Jun) beliau meramalkan inflasi bulan lalu (Jun) melonjak naik pada kadar 6-7 peratus akibat kenaikan harga minyak berbanding inflasi bulan Mei pada kadar 3.8 peratus.

Beberapa hari kemudian, Reuters melapurkan Perdana Menteri Malaysia sebagai berkata ekonomi masih boleh berkembang pada kadar 5 peratus kerana fundamental ekonomi kukuh. Seterusnya pada 18 Julai, akhbar The Sun memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Prof. Emeritus Dr Mohamed Ariff, sebagai berkata bahawa MIER telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi daripada 5.4 peratus kepada 4.6 peratus.

CIMB Research melaporkan bahawa pelabur asing telah membuat penjualan besar-besaran menyebabkan harga saham-saham kegemaran pelabur asing seperti MRCB, Gamuda, Air Asia, Media Prima, Bursa Malaysia, Resort World, IJM Corp., SP Setia dan UM Land jatuh hingga 57 peratus di Bursa Malaysia sepanjang separuh pertama tahun ini. Apa yang tak kena? ................

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Tuesday, August 12, 2008

Khusus Untuk Rakan Bloggers

I'm evaluating a multi-media course on blogging from the folks at Simpleology. For a while, they're letting you snag it for free if you post about it on your blog.

It covers:

  • The best blogging techniques.
  • How to get traffic to your blog.
  • How to turn your blog into money.

I'll let you know what I think once I've had a chance to check it out. Meanwhile, go grab yours while it's still free.

Nak belajar Cara Survive Di KL?


Adakah anda seorang wanita berumur 14-80 tahun? Jika ya pastinya hidup di kota ini amat mencabar dengan berleluasanya kegiatan rompak, ragut, rogol yang semakin menjadi. Elok belajar sedikit sebanyak teknik mempertahankan diri yang asas. Juga akan disentuh langkah berjaga-jaga yang perlu diambil. Kalau anda seorang lelaki kenapa tidak "belanja" teman wanita, anak, isteri, adik beradik dan ibu sendiri ke seminar ini:

TAJUK: City Survival Training for Females

Facilitator: Kapten K Balasupramaniam (siapa beliau)

Harga tiket: RM100 (Dafter sebelum 15 August ini RM68 sahaja) Beli 5 - 1 percuma

Tempat: Bangunan Suruhanjaya Sekuriti (peta disini.)

Tarikh: 5 hb Sept 2008   1.00 - 6.00 pm

Orang untuk dihubungi: Ms Yen  03-7781 1993  atau 016-2289455.

Monday, August 11, 2008

Tak Kenal Maka Tak Cinta- Jangan Kutuk Dulu

Dalam perjumpaan sesama konsultan kewangan (penjual produk kewangan) sering berlaku perbandingan produk sehingga menimbulkan perdebatan yang agresif. Contohnya mana satu pelaburan yang lebih bagus unit amanah atau insurans/takaful berkait pelaburan? Mana satu syarikat yang menawarkan kad perubatan terbaik? Dan macam-macam lagi. Kalau diketahui pelanggan sampai boleh timbul syak wasangka atau ketidakpastian untuk membeli . Semasa mengikuti kuliah/kelas CFP (Certified Financial Planner) dahulu saya secara tak langsung menjadi penonton dalam satu perdebatan.

Seorang pemuda begitu lantang mencemuh produk dan dasar pengurusan Syarikat X. Di kalangan kami ada seorang agen insuran Cina yang senior (rambut putih salji) yang meredakan keadaan lalu menceritakan kisah seorang pendita Cina klasik dengan seorang anak muda yang mengutuk subjek kesusasteraan Cina lama. Si pendita mencabut cincin daripada jarinya dan berkata, "Bawalah cincin ini ke pasar basah, gadaikanlah dengan harga satu tael saja" . Pemuda itu hairan, namun cincin itu diterimanya jua dan dibawa ke pasar. Tiada respon. Pemuda itu kembali berkata, "Engkau membohongiku, cincin ini tidak berharga"

"Sekarang juallah cincin itu kepada saudagar permata di bandar dengan harga seribu tael, "ujar sang pendita. Sungguh menghairankan, ternyata para pedagang permata berebut untuk membeli cincin itu. Bila hal tersebut dikhabarkan kepada si pendita tadi ini jawapannya. "Orang tidak akan mengetahui suatu benda berharga atau tidak jika ia belum mengenalnya. Bagaimana mungkin kamu mengutuk , jika kamu belum mengetahui isinya? Pelajari dulu baik baik, barulah tentukan pendapatmu. Itulah sikap orang bijak."

Thursday, August 07, 2008

Rakan Penulis Bercerita Tentang Pengalaman Pesta Buku

Minggu lalu pada hari Sabtu di Pesta Buku Selangor, saya bertemu rakan penulis Puan Norlela Zubir. Beliau juga terlibat dalam program Author Signing yang dianjurkan pihak PTS. Banyak pengalaman yang ditimba bersama ketika itu ada yang lucu, ada yang sampai berpeluh sedikit. Cerita lanjut baca di blog beliau.

Puan Norlela menawarkan khidmat coaching, konsultansi dan latihan dalam bidang keusahawanan. Berpengalaman mengurus bisnes keluarga lebih 15 tahun. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kewangan), Southern Illinois University, USA & Diploma Perakaunan (UiTM). Hubungi beliau di talian : 019-6562540 & e-mel : norlelazubir@yahoo.com.

Ini video semasa sessi Bicara Buku beliau lepas...

MISKIN SELEPAS BERSARA

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: MISKIN SELEPAS BERSARA

Edisi : Bil 1290 

......Di manakah tempoh yang dikatakan pesaraan? Mungkinkah di peringkat 4) TUA atau 5) USIA LANJUT. Anda sendiri tentukan. Seorang pesara bakal dibayangi igauan ngeri. Mungkinkah pendapatannya jatuh dibawah RM530.00 sebulan lambang garis kemiskinan Malaysia. Jika dia berkahwin lambat mungkin juga mempunyai anak setelah umur pertengahan 30-an, seterusnya pada umur persaraan, anak-anak masih di dalam sekolah atau masih belajar di universiti. Ini sudah pasti menambahkan lagi bebanan kewangannya.

70% pesara menghabiskan semua wang KWSP mereka dalam tempoh tiga tahun selepas pencen. Ramai pesara risau kerana kehilangan sumber pendapatan atau kurang pitih selepas bersara. Purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah diantara 55-75 tahun. Purata caruman KWSP ialah RM114,000 seorang. Sekiranya seorang pesara terus hidup sihat 20 tahun lepas bersara, pendapatan yang akan diterimanya ialah RM475.00 sebulan (mengikut congakan kasar). Ini tidak mengambil kira kiraan sekiranya pesara itu telah mengeluarkan lebih awal caruman KWSPnya untuk tujuan perbelanjaan atau pembelian aset-aset yang merugikan.
......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

134 - Buku Perancangan Kewangan dan Penyata Kewangan Keluarga

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: 134 - Buku Perancangan Kewangan dan Penyata Kewangan Keluarga
Edisi : Bil 1289 

......Sebenarnya kalau anda rasa susah nak melakukan sendiri,gunakanlah sumber berikut "Buku Perancangan Kewangan dan Penyata Kewangan Keluarga". Ia boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh tanah air atau boleh dipesan daripada Bank Negara Malaysia. Buku ini dijilid dengan baik dan harganya murah RM2.50 sahaja. Ianya dikeluarkan oleh Urus Setia Perancangan Kewangan dan Tabungan, Bank Negara Malaysia. Berikut antara isi kandungannya:

a)Kalendar untuk 2 tahun.
b)Ruangan maklumat peribadi
c)Panduan Perancangan Kehidupan dan Belanjawan beserta dengan satu sampel sebagai contoh untuk ditiru.
d)Cara mengisi maklumat dihuraikan dengan terperinci tetapi mudah difahami.
e)Mengandungi rancangan perbelanjaan beserta belanjawan untuk setiap bulan selama satu tahun penuh.
f) 2 contoh tips yang dihuraikan dengan terperinci sekali - Cara Menjimatkan Penggunaan Air dan Panduan Penjimatan Elektrik Di Rumah.
......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Monday, August 04, 2008

ULASAN BUKU SAYA DI UTUSAN ONLINE

Utusan Malaysia Online - Rencana
ARKIB : 30/07/2008
Sehari sebuah buku

BERDEPAN dengan taraf hidup yang semakin meningkat ketika ini memerlukan perancangan ekonomi yang bijak bagi memastikan pendapatan bulanan tidak melebihi keperluan perbelanjaan.Namun, tidak semua mempunyai kemahiran mengurus perbelanjaan dan di sinilah perlunya khidmat perancang kewangan setara keperluan profesional lain seperti doktor, guru dan sebagainya.Malangnya di negara ini, kerjaya perancang kewangan peribadi tidak begitu mendapat sambutan barangkali kerana tidak banyak pendedahan mengenainya kepada massa selain budaya masyarakat Malaysia sendiri yang gemar mengatur kewangan sendiri.Justeru, buku setebal 147 muka surat ini diharapkan dapat menyuntik kesedaran di kalangan orang ramai terutamanya siswazah kepada potensi yang dijanjikan oleh kerjaya perancang kewangan yang turut menjanjikan pendapatan lumayan.

MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

Judul: Kerjaya Sebagai Perancangan Kewangan Peribadi
Penulis: Sunthara Segar
Penerbit: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.ISBN: 978-983-3586-05-9

Wednesday, July 30, 2008

SEDUTAN ARTIKEL - Saham Amanah Pelaburan Hartanah-REIT

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Saham Amanah Pelaburan Hartanah-REIT

Edisi : Bil 1288 25-31 Julai 2008

......Bagaimana anda boleh memiliki sebahagian hotel, pusat membeli-belah, hospital dan sebagainya yang bernilai jutaan ringgit ini tanpa menjadi Donald Trump. Jawapannya ialah REIT. REIT (Real Estate Investment Trust) atau Dana Amanah Pelaburan Hartanah adalah merupakan Dana Amanah yang mana diuruskan oleh syarikat yang memiliki dan menguruskan sebilangan/portfolio hartanah. Sebagai balasan untuk modal pelabur syarikat memberikan pulangan yang mana biasanya adalah daripada hasil penyewaan ke atas hartanah-hartanah tersebut. REIT ini akan dijual kepada pelabur yang membeli saham-saham REIT tersebut yang mana dividennya adalah keuntungan hasil daripada penyewaan dan caj pengurusan hartanah (caj kepada penyewa bukan pelabur)yang boleh menjangkau 8%-9%.

Apabila REIT ini boleh dijual sebagai saham amanah, maka anda berpeluang untuk memilikinya dan secara tidak langsung anda merupakan sebahagian pelabur yang memiliki hartanah REIT tersebut apabila anda melabur di dalam REIT berkenaan. Mungkin selama ini hartanah jenis ini hanya boleh dimiliki oleh mereka mempunyai modal besar tetapi dengan adanya REIT, secara perlahan ianya sudah boleh dimiliki bersama oleh pelabur biasa......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Thursday, July 24, 2008

Sessi Autograf Buku Saya dan Book Talk

Ada Dua Aktiviti Utama iaitu Sessi Autograf Buku sempena Pesta Buku dan Sessi Book Talk di cawangan MPH.

PESTA BUKU MALAYSIA di PWTC Kuala Lumpur (Sessi Autograf Buku)

31/7 /2008 Khamis

Masa: 12.00 pm - 1.00 pm
Tajuk buku: Rahsia Mengurus Insurans Hayat/Rahsia Melabur Unit Amanah

1/8/2008 Jumaat

Masa: 2.00 pm - 3.00 pm
Tajuk buku: Rahsia Mengurus Insurans Hayat/Rahsia Melabur Unit Amanah


PESTA BUKU SELANGOR, Kompleks PKNS, Shah Alam (Sessi Autograf Buku)

2/8/2008 Sabtu

Masa: 12.00 pm - 1.00 pm
Tajuk buku: Rahsia Mengurus Insurans Hayat/Rahsia Melabur Unit Amanah

MPH Subang Parade (Sessi Book Talk)
23/8/2008 Sabtu Masa: 3.00 pm - 4.00 pm, Tajuk buku: Rahsia Mengurus Insurans Hayat

MPH Putrajaya (Sessi Book Talk)
31/8/2008 Ahad Masa: 3.00 pm - 4.00 pm, Tajuk buku: Rahsia Mengurus Insurans Hayat


Saturday, July 19, 2008

SEDUTAN ARTIKEL - YANG MANA UNIT AMANAH TERBAIK-SIAPA HARUS DIPERCAYAI

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: YANG MANA UNIT AMANAH TERBAIK-SIAPA HARUS DIPERCAYAI

Edisi : Bil 1287 18-24 Julai 2008

......Tetapi dia mula pening kepala. Jirannya En Samy seorang perunding unit amanah Syarikat X beria-ria memujuknya melabur kerana kehebatan Syarikat X memenangi banyak "award". Di tempat kerja pula rakannya Encik Saw seorang perunding insuran dan unit amanah turut menunjukkan sepuluh sebab kenapa dia patut melabur dengan Syarikat Y. Kebetulan En Saw memang agen unit amanah Syarikat Y. Sudin pernah melangkah masuk ke kaunter sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur. Pegawai bank yang dijumpai ada mencadangkan beberapa dana unit amanah yang berbeza tetapi tidak menjelaskan apa perbezaan prestasi di antaranya berbanding dengan dana Syarikat X dan Syarikat Y.
..
....

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

SEDUTAN ARTIKEL - SEDIKIT RAHSIA PINJAMAN PERUMAHAN

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: SEDIKIT RAHSIA PINJAMAN PERUMAHAN

Edisi : Bil 1286 11-17 Julai 2008

......Tetapi mereka sebenarnya lupa bertanya apa yang pihak bank untung dari transaksi tersebut? Atau bolehkah faedah/bunga/interest yang bakal dihadiahkan kepada bank di salurkan balik kepada kocek pengguna? Mari kita lihat contoh matematik kewangan di bawah. Ya mungkin ada di antara kita susah faham sedikit sebab ilmu pengurusan hutang memang tak diajar di sekolah mahupun universiti. Tetapi jangan risau sebab matematik ini tak perlu mengetahui kaedah penyelesaian al-jabar, trigonometri, kamiran atau membaca sifir logaritma. Tapi kena tahu sekurang-kurangnya campur,tolak,bahagi dan darab. Kalau itu pun tidak pandai suruh mereka yang tahu terangkan kepada anda.
..
....

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

SEDUTAN ARTIKEL - TANAM KESABARAN SEBELUM BERJIMAT CERMAT

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: TANAM KESABARAN SEBELUM BERJIMAT CERMAT

Edisi : Bil 1285 4-10 Julai 2008

......Kita sedang menghadapi cabaran akibat globalisasi ekonomi dunia yang mana tempiasnya akan memberi kesan kepada mana-mana negara dalam dunia ini. Kalau baik kesannya baiklah akibat tempiasnya. Tetapi kalau sebaliknya negara boleh menjadi porak peranda jika tidak ditangani segera. Dalam ruangan ini saya ingin membicarakan sedikit tentang apa yang boleh dilakukan rakyat jelata dalam menghadapi kenaikan perbelanjaan asas hidup akibat kenaikan global minyak.

Kepentingan peranan rakyat tidak dapat disangkal sehinggakan disentuh oleh DYMM Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan secara peribadi dalam perutusan baginda melalui Radio TV Malaysia baru-baru ini:..
....

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Tuesday, July 01, 2008

SEDUTAN ARTIKEL - STRATEGI PELABURAN YANG SESUAI

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk: Pembaca Bertanya
kan Strategi Pelaburan yang Sesuai
Edisi : Bil 1284 27 Jun - 03 Julai 2008

......SEMUA bentuk pelaburan boleh membawa keuntungan atau kerugian bergantung kepada kebijaksanaan dan pengetahuan PELABUR berkenaan. Pelabur sebegini biasanya menggunakan satu SISTEM dan FALSAFAH yang sesuai dengan kemampuan mereka bukannya main hentam beli-jual ikut suka atau khabar-khabar angin. Ini ternyata tidak banyak diamalkan oleh pelabur amateur (masyarakat biasa) yang sering tidak dapat mendapatkan keuntungan walhal pelabur-pelabur lain senyap-senyap telah mencapai hasrat masing-masing.

Yang berikut perlu dipertimbangkan.
Pertamanya anda perlu mencipta strategi anda sendiri dalam pelaburan (tak kira apa instrumen pelaburan)..
....

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Buku saya RMIH dalam tangga ke 9 MPH June 2008

Senarai Bestseller dari MPH Bookstores, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur untuk minggu berakhir June 22 2008, Kategori : Penulis Tempatan:

1. Dr Mahathir’s Selected Letters To World Leaders by Abdullah Ahmad
2 Mencari Jalan Pulang:Daripada Sosialisme Kepada Islam by Kassim Ahmad
3. Reaching For The Stars by Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie
4. Menggapai Bintang by Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie
5. Tipping Points by Oon Yeoh
6. Fikir-Fikirlah by H.M. Tuah Iskandar
7. Wang: Panduan CAP Mengenai Cara Mengurusnya & Lain-Lain by Persatuan Pengguna Pulau Pinang
8. Keganasan, Penipuan & Internet:Hegemoni Media Daulah Pecah by Hishamuddin Rais
9. Rahsia Mengurus Insurans Hayat by Sunthara Segar
10. Failed Nations? Concerns of A Malaysian Nationalist by Rustam A. Sani

Thursday, June 19, 2008

SEDUTAN ARTIKEL - Kalau Tak Dituai Padi Manakan Dapat Berasnya

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk:
Kalau Tak Dituai Padi Manakan Dapat Berasnya
Edisi : Bil 1283 20-26 Jun 2008

......saya menulis artikel ini untuk menghapuskan prasangka bahawa untuk mendapatkan apa yang diimpikan, seseorang itu cuma perlu FOKUS pada wawasannya dan mengharapkan atau menariknya(macam magnet alam). Saya tidak nafikan itu kemunasabahan teknik penggunaan minda ini serta kaitannya dengan doa kepada Tuhan. Tetapi ramai berhenti di situ. Mereka TIDAK mahu melakukan KERJA selepas itu. Kerja yang biasanya tidak seronok tetapi perlu jika ingin wawasan direalisasikan. Hukum Alam "The Law Of Attraction" cuma sebahagian daripada "kerja" yang perlu dilakukan.....

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Wednesday, June 11, 2008

Sedutan Artikel Saya - AMANAH BILA BERHUTANG

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80 atau 86
Tajuk:
AMANAH BILA BERHUTANG
Edisi : Bil 1282 13-19 Jun 2008

Jika berhutang itu bertujuan memenuhi keperluan asas pastinya tidak menyalahi ugama misalnya hutang membayar bil perubatan atau hutang pendidikan tinggi. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah berhutang untuk tujuan yang kurang baik seperti berjudi(kadang-kadang yang beli saham dengan tujuan tak betul), bergaya atau menunjuk-nunjuk.

Berhutang membawa bersamanya satu amanah dan tanggungjawab di atas bahu orang berhutang tersebut. Bagaimana jika orang berhutang "default" dengan sengaja.....

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Video Pilihan Pembaca Berita Harian-Kedai Buku Polpular 2008

Buku saya Rahsia Melabur Unit Amanah dicalunkan dalam kategori Non-Fiksyen Melayu tetapi tidak berjaya memenangi sebarang award. Lihat gambar pemenang-pemenangnya di sini. Tahniah saya ucapkan kepada rakan -rakan juara, tahun depan saya cuba lagi!!

Saturday, June 07, 2008

Rahsia Mengurus Insuran Hayat Tangga Ke 10 MPH

Buku saya "Rahsia Mengurus Insuran Hayat" Tangga Ke 10 Top 10 MPH.
Agak teruja juga bila disenaraikan di kalangan penulis gergasi Bahasa Inggeris.

Carta penuh oleh MPH Bookstores, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Untuk minggu berakhir May 25, 2008
1. Tipping Points: Viewpoints On The Reasons For And Impact Of
The March 8 Election Earthquake by Oon Yeoh
2. Reaching For The Stars by Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie
3. Keganasan, Penipuan & Internet: Hegemoni Media Daulah Pecah
by Hishamuddin Rais
4. Failed Nations? Concerns Of A Malaysian Nationalist
by Rustam A. Sani
5. Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam
by Kassim Ahmad
6. Social Roots Of The Malay Left by Rustam A. Sani
7. Dr Mahathir’s Selected Letters To World Leaders
by Abdullah Ahmad
8. Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah by Ashadi Zain
9. Family Office: The Super Rich’s Secret To Wealth Maximisation
by Yap Ming Hui
10.
Rahsia Mengurus Insurans Hayat by Sunthara Segar

Friday, June 06, 2008

Cara Jimat Minyak

Post ini pernah saya tulis pada 22 Jun 2006. 

Para saintis sedang giat berusaha mencari sumber-sumber tenaga lain untuk menggantikan minyak. Kenaikan harga minyak baru-baru ini telah memaksa para pemikir lain untuk mencadangkan idea-idea baru yang agak radikal tetapi mungkin berkesan. Lihat
di sini.

Sedutan Artikel Saya - Orang Terkaya Di Babylon

Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Tajuk Ruangan:
Mengurus Kewangan
Mukasurat: 80
Tajuk: Orang Terkaya Di Babylon
Edisi : Bil 1281 6-12 Jun 2008

....Buku best-seller yang disanjung ramai ini mendedahkan rahsia kejayaan masyarakat silam seterusnya dinobatkan sebagai satu karya agung klasik berkaitan pengurusan kewangan. Tajuknya ORANG TERKAYA DI BABYLON - The Richest Man in Babylon.

Penulisnya George S. Clason dilahirkan di Missouri, Amerika Syarikat tahun 1874. Setelah belajar di Universiti Nebraska dia berkhidmat dalam tentera, selepas itu berkecimpung dalam bidang penerbitan. Dalam tahun 1926 En Clason menerbitkan satu siri risalah berkaitan kewangan menggunakan cerita-cerita dari bandar kuno Babylon. Siri risalah ini laku disebarkan oleh institusi kewangan pada masa itu. Yang laku keras sekali bertajuk Orang Terkaya Di Babylon.......

Untuk artikel penuh sila beli Mingguan Wanita di kedai-kedai buku, besar atau kecil berhampiran anda.

Tuesday, June 03, 2008

Update Carta Buku MPH Alamanda Putrajaya Mei 2008

Update Carta Buku MPH Alamanda Putrajaya Untuk bulan Mei 2008

Kategori Business dan Professional:
Buku "Rahsia Melabur Unit Amanah" jatuh dari tangga ke 2 ke tangga ke 9.
Buku "Rahsia Mengurus Insurans Hayat" masih kekal di tangga 27.

(Senarai penuh 30 buku)

Friday, May 30, 2008

Temui Saya di MPH JUSCO Bukit Raja Kelang

Kalau ada masa hari Ahad 1hb Jun 2008 jam 2ptg datanglah ke MPH JUSCO Bukit Raja Kelang.  Book Talk "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah" oleh saya di Ruang Legar JUSCO Bukit Raja Kelang! Kalau sudah beli buku-buku saya  dahulu boleh bawa minta autograf peribadi dari saya. Satu slide show presentation turut disediakan.

Tuesday, May 06, 2008

Buku Saya Dalam Pertandingan Berita Harian


Buku saya "Rahsia Melabur Unit Amanah" dalam pertandingan anjuran (nombor ke 10 Kategori bukan fiksyen) dalam gambar di sebelah kanan sekali!!!


Petikan berita daripada Berita Harian:

POPULAR Book Co (M) Sdn Bhd (Popular) bersama-sama akhbar Berita Harian memberi peluang kepada pembaca untuk memilih pengarang pujaan mereka melalui Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2008.


Eksekutif Perdagangan Jabatan Bahasa Inggeris Popular, Azrina Azmi berkata, anugerah yang julung kali diadakan bertujuan mengiktiraf pengarang yang berkarya dalam bahasa Melayu sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kerana menyediakan bahan bacaan untuk pembaca.


“Harapan kami sebagai penganjur, anugerah ini akan memberi lebih semangat untuk penulis kreatif dan bukan fiksyen menghasilkan karya bermutu di samping meningkatkan daya produktiviti pada masa depan,” katanya.
Pembaca yang ingin membuat pilihan pengarang mereka, perlu mengemukakan borang penyertaan daripada keratan akhbar Berita Harian dengan menandakan tiga buku paling digemari dan dilengkapi nama, nombor kad pengenalan serta telefon selain alamat.Borang berkenaan perlu dikirim ke alamat Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008, Popular Book Co (M) Sdn Bhd, Lot 801, Level 8, Asmah Tower, Jalan Cerdas, Taman Connought, 56100 Kuala Lumpur, sebelum 17 Mei ini.


“Borang penyertaan yang difotostat, tidak akan diterima. Borang tidak lengkap atau melanggar peraturan akan terbatal secara automatik dan keputusan juri muktamad. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan diumumkan dalam Berita Harian pada 27 Mei ini,” katanya.


Dua puluh pembaca yang dapat meneka dengan tepat akan dipilih sebagai pemenang Kategori Fiksyen, bakal menerima baucer bernilai RM 50 berserta Kad Keahlian Popular untuk tempoh tiga tahun
Dua puluh pembaca yang dapat meneka dengan tepat akan dipilih sebagai pemenang Kategori Bukan Fiksyen, bakal menerima baucer bernilai RM50 berserta Kad Keahlian Popular untuk tempoh tiga tahun.


Azrina berkata, buku paling laris di pasaran sepanjang 2007 disenaraikan untuk pilihan pembaca dan yang menerima undian terbanyak akan dimartabatkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2008.“ Penulis yang memenangi anugerah ini bagi Kategori Fiksyen dan Bukan Fiksyen Akan menerima hadiah wang tunai RM 1,000 dan trofi, kedua serta ketiga akan menerima wang tunai RM300 pada majlis penyampaian hadiah di KL Convention Centre, 27 Mei ini, jam 4 petang.

Dua buku saya tersenarai dalam top 30 MPH di Alamanda

Dua buku saya tersenarai dalam top 30 MPH di Alamanda iaitu
RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH - Tangga Kedua
RAHSIA MENGURUS INSURANS HAYAT - Tangga Ke27 - Ini yang terbaru.
Senarai penuh di bawah, buku saya diwarnakan merah.

PTS PROFESIONAL BOOKS TOP 30 BESTSELLERS(April 08')

9833586368 – KAYA DENGAN RUMAH
9833586317 – RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH
9833376711 – MENJADI JUTAWAN MLM
9833376924 – RAHSIA BISNES ORANG CINA
9833586554 – RAHSIA BUAT DUIT DENGAN EBAY
9833585248 – RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET
9833585493 – HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG
9833585299 – 15 TEKNIK EFEKTIF INTERNET MARKETING
9833585884 – RAHSIA MINDA JUTAWAN
9833585868 – SIRI MULA BISNES LEMBU
9833585957 – KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
9833586333 – RAHSIA ORANG KAYA DAMANSARA
9833586759 – RAHSIA BISNES MAMAK
9833604455 – SUPAYA POKET TIDAK KOSONG LAGI
9833585264 – BUAT DUIT DARI RUMAH
9833586694 – TARIK KEKAYAAN DENGAN KUASA MINDA
9833586872 – THE PSYCHOLOGY OF SELLING – PSIKOLOGI MENJUAL
9833604692 – PDA UNTUK EKSEKUTIF
983337686X – RAHSIA BISNES ORANG JEPUN
9833376940 – CARA MUDAH MENCARI PEKERJAAN
9833585167 – KUASA MINDA SEPARA SEDAR
9833585205 – RANCANGAN PERNIAGAAN
9833585310 – CARI DUIT CARA MUDAH SEBAGAI PENULIS BEBAS
9833586171 – CARA MUDAH DAPAT PINJAMAN PERNIAGAAN
9833585515 – MEMULAKAN BISNES SENDIRI
9833586511 – TEORI DAN TEKNIK KEPIMPINAN
9833586708 – RAHSIA MENGURUS INSURANS HAYAT
9833604668 – PDA UNTUK PEMBENTANGAN BERKESAN
9833376029 – PANDUAN UNTUK PENGURUS DAN SETIAUSAHA
983337610X – 166 TIP JURUJUAL EFEKTIF

Wednesday, April 16, 2008

Pesta Buku 2008-Top 17 Buku Motivasi dan Umum PTS

Buku saya Rahsia Melabur dalam Unit Amanah tangga ke 15 .

1. Ahmadinejad
2. Minda Muslim Super
3. 55 Silap Mata Mudah
4. Setengah Berisi Setengah Kosong
5. Motivasi Alihan untuk Pelajar
6. Kaya Dengan Rumah
7. Kerjaya Dalam Bidang ICT
8. Rahsia Bisnes Orang Cina
9. 55 Petua Orang Berjaya
10. Tip-tip Cemerlang Daripada al-Quran
11. Rahsia Buat Duit dengan Ebay
12. Master Your Mind, Design Your Destiny
13. Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah
14. Petua Orang Cemerlang
15. Rahsia Melabur dalam Unit Amanah
16. Langkah Bestari Isteri Mithali
17. Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Wednesday, April 02, 2008

Buku Saya Tangga Ketiga di MPH Alamanda

Carta TOP Buku PTS Profesional di MPH Alamanda Mac 2008

1. MENJADI JUTAWAN MLM
2. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN E-BAY
3. RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH
4. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET
5. CARI DUIT CARA MUDAH SEBAGAI PENULIS BEBAS
6. HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG
7. RAHSIA MINDA JUTAWAN
8. BUAT DUIT DENGAN MLM
9. DUIT BANYAK BERTAMBAH BANYAK
10. RAHSIA BISNES ORANG CINA

Sunday, March 23, 2008

Temui Saya di Pesta Buku di PWTC - Booth PTS

Program: Bersama Penulis; Sunthara Segar

Tarikh: 6 April 2008 (Ahad)

Masa: 3 – 4 petang

Tempat: Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC

Penganjur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Diskripsi: Penulis buku Rahsia Melabur dalam Unit Amanah dan Rahsia Mengurus Insurans Hayat menerangkan konsep unit amanah, insurans dan jenis pelaburan yang selamat dan menguntungkan. Sila hubungi Mohd Yahya Fadzli Jusoh, 016-661 1849 bagi maklumat lanjut. Semua dijemput hadir.

Buku Rahsia Melabur Unit Amanah No 8 MPH Weekly Best seller List

Buku saya Rahsia Melabur Unit Amanah no 8 MPH Best seller List

MPH Local Non-Fiction Bestseller List for the week ending 9 March 2008
Awas link di bawah mungkin sudah diupdate secara mingguan!!!!
http://www.mph.com.my/books/bestseller1.cfm ============================================
1.Growing Up in Trengganu
Author : Awang Goneng

2. Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders
Author : Dr. Mahathir Mohamad; Abdullah Ahmad (Introduction by)

3. Lost in Transition: Malaysia under Abdullah
Author : Ooi Kee Beng

4. New Malaysian Essays # 1
Author : Amir Muhammad (Editor)

5. Life is an Open Secret: Think About It - 18 Inspirational Stories
from Ordinary Life Experiences
Author : Zabrina A. Bakar

6. Malaya: 500 Early Postcards
Author : Cheah Jin Seng

7. My Story
Author : Lim Goh Tong

8. Rahsia Melabur dalam Unit Amanah (Bisnes & Pengurusan)
Author : Sunthara Segar

9. Formula Bisnes Negara China
Author : Ann Wan Seng

10. Rahsia Raja Lelong™
Author : Eruwan Gerry Norsen

Wednesday, February 20, 2008

Buku Kerjaya Perancangan Kewangan sudah melepasi Tambak Johor

Buku saya Kerjaya Perancangan Kewangan sudah melepasi Tambak Johor ke National Library Board, Singapore. Lihat disini untuk senarai cawangan perpustakaan di sana.

Tuesday, February 12, 2008

Buku Terbaru saya Rahsia Mengurus Insurans Hayat sudah terbit


Buku Terbaru saya Rahsia Mengurus Insurans Hayat sudah terbit
Lihat sinopsis di sini. Akan dipasarkan di kedai buku dua minggu lagi.

Tuesday, February 05, 2008

Baca Buku-buku Saya Secara percuma di Google - Mukasurat tertentu sahaja

Baca buku-buku saya secara percuma di Google (mukasurat tertentu sahaja).
Kalau malas ke kedai buku anda boleh lihat buku-buku saya melalui kaca mata Google Book Search dahulu.
Klik di sini.
Kemudian boleh preview sesuka hati. Kalau minat boleh beli di kedai buku terdekat atau secara online.

Tuesday, January 22, 2008

Buku Kerjaya Sebagai Perancangan Kewangan Ditempah PNM

Saya dapat berita dari penerbit bahawa buku saya Kerjaya Sebagai Perancang Kewangan menerima pesanan daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi pembelian tahun 2007 dan akan dibekalkan ke semua perpustakaan awam dalam negara. Terima kasih kepada mereka yang mengusahakannya. Saya mungkin tidak mengenali anda semua secara peribadi.

Untuk melihat di National Library Of Singapore klik di sini.

Untuk membeli melalui ebay atau paypal sila klik disini.

Tuesday, December 04, 2007

Temui saya di Radio24 6 Disember 2007 jam 9-11 pm

Temui saya di Radio24 6 Disember 2007 jam 9-11 pm bersama DJ Sayed Munawar dalam slot Bicara Bijak . DJ akan mengupas buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah".

Laman web www.radio24.com.my
Online streaming (pastikan ada plugins Java) http://203.106.7.211/RADIO24.html
Gelombang 93.9 FM

Wednesday, November 28, 2007

Panduan membaca buku "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah".

Panduan membaca buku "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah".


Semasa melakukan promosi buku di MPH ada pembaca yang bertanya kepada saya bagaimana membaca buku kewangan. Soalan sama juga diutarakan melalui email. Secara umumnya buku panduan (how to do) seperti buku saya ini tidak sesuai dibaca seperti buku teks atau buku cinta atau buku bacaan ringan. Buku saya juga tidak sesuai untuk mereka yang inginkan penilikan (forecasting) atau cadangan unit amanah yang terbaik. Saya mahu menyedarkan pelabur bahawa unit amanah bukannya satu misteri. Kejayaan seorang pelabur bergantung kepada pemahamannya tentang PRINSIP, STRATEGI dan SISTEM tidak kira dia melabur di mana dan dalam situasi mana sekali pun.

Ambil contoh katakan seorang pembaca yang baru mendapat gaji pertama dan mahu mula melabur secepat mungkin. Sudah tentu banyak yang dia mahu pelajari tetapi dirinya sudah gatal mahu melabur. Elok membeli buku saya dulu tetapi tidak perlu habiskannya semuanya. Terus sahaja kepada isi kandungan dan pilih bab yang bakal membantu. Sebagai seorang pelabur "rookie" bab-bab berikut dapat memberi jawapan:

Bab 3 - Jenis Dana Unit Amanah
Bab 13 - Memilih Dana Selaras Dengan Objektif Pelaburan
Bab 19 - Lapan Mitos Unit Amanah
Bab 20 - Lima Kajian Kes

Ini semua boleh dihabiskan dalam masa sehari. Tak perlu hafal, tak perlu fahami setiap perenggan.Tak perlu baca dari A ke Z.

Kemudian dia boleh mula melabur dengan meminta bantuan seorang penasihat unit amanah atau "walk-in" sahaja ke bank. Bezanya sekarang dia tahu serba sedikit "bahasa pelaburan" yang digunakan oleh penasihatnya. Tidaklah hanya mengangguk kepala atau senyum kambing. Setelah membuka akaun dan betul-betul melabur secara bulanan dia akan menerima penyata dan prospektus serta lapuran prestasi. Sekarang dia boleh rujuk kembali buku saya ke bab yang berkaitan dan cuba amalkan prinsip kepada pelaburannya. Pelabur sebegini lebih bijak berbanding dengan pelabur yang kaya tetapi bergantung sepenuhnya kepada penasihatnya.

Itulah kaedah membaca buku kewangan "how-to-do-it" dengan cara praktikal.

Tuesday, September 25, 2007

Buku Terbaru Saya - Rahsia Melabur Unit Amanah

Salam sejahtera.
Buku terbaru saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah" sudah pun ada di pasaran. Sila semak di link berikut untuk maklumat lanjut.
Di MPH http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfm?do=detail&pcode=9833586317
Di PTS
http://pts.com.my/modules.php?name=Katalog_Buku_v2&op=ViewBookDetails&bid=718

Jangan lupa juga untuk menyemak buku saya sebelum ini "Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi" di
MPH http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfm?do=detail&pcode=9833586058

Thursday, August 16, 2007

Perlukah Kita Panik Dengan Kejatuhan Saham Baru-Baru ini?

The Star

- KCLI extends losses for second straight day

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/8/17/business/18618402&sec=business

- Malaysia won’t prop up shares

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/8/17/business/18615820&sec=business

- Good time for share buybacks

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/8/17/business/18616062&sec=business

- Asia-Pac central banks keep tight watch

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/8/17/business/18615556&sec=business

- Retail investors remain optimistic

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/8/17/business/18618936&sec=business

New Straits Times

- Malaysian shares dive amid panic selling

http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Friday/Corporate/klse17.xml/Article/

- Asia Roundup: Investors go on selling spree

http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Friday/Corporate/asianstocks17.xml/Article/

- Europe Roundup: Equities plummet

http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Friday/Corporate/euro17.xml/Article/

- ‘Good time for bargain-hunting’

http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Monday/Column/20070817021559/Article/

CNNMoney.com

- Dow makes stunning comeback

http://money.cnn.com/2007/08/16/markets/markets_0445/index.htm?postversion=2007081618

- Europe takes worst hit in 4 years

http://www.cnn.com/2007/BUSINESS/08/16/europe.markets.reut/index.html

Tuesday, March 06, 2007

Buku Terbaru Saya Bakal Terbit Hujung April 2007


Mungkin anda sudah mendapatkan buku saya - Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang
klik di sini untuk melihatnya.

Kini buku terbaru saya KERJAYA SEBAGAI PERANCANG KEWANGAN akan diterbitkan dan dijual di kedai-kedai buku seperti MPH di seluruh Malaysia hujung April 2007 ini.
Harga: RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
Klik di sini untuk melihat sinopsis, senarai kandungan dan kulitnya yang comel. Berikut senarai cara mendapatkan buku saya.

Tuesday, October 03, 2006

Gambar Pekerja di Markas Google

Sila lihat keadaan tempat kerja pekerja Google di markasnya iaitu Googleplex di Mountain View, California, Silicon Valley. Tak hairanlah kenapa daya kreativiti mereka begitu tinggi dan berbeza dengan budaya pejabat konvensional!

Friday, September 29, 2006

Anak Yatim Piatu Pondok Penyayang Raudhah


Salah seorang pembaca minta saya sebarkan berita ini.

Pondok Penyayang Raudhah yang dihuni oleh 64 anak-anak (yatim piatu,terbiar, ditinggalkan, dan tidak mampu dijaga oleh ibubapa mereka. Diasaskan oleh pelakon veteren Ustaz Mokhtaruddin bersama-sama isteri beliau Ustazah Syarifah Dahiyyah serta beberapa lagi tenaga pengajar sukarela yang amat sabar dan tekun dalam membesarkan anak2 ini.
Keadaan rumah yang daif memerlukan bantuan dari segi :-
a. Wang ringgit
b. Barangan elektrik - washing machine, seterika, TV, kipas angin dll
c. Kelengkapan asrama (tilam, bantal, selimut, cadar, almari)
d. Barangan makanan - beras, ikan, ayam, sardin, sayuran dll
e. Peralatan komputer - tiada komputer langsung kecuali sebuah notebook lama yang digunakan oleh pengasas tempat ini untuk urusan pentadbiran
f. Kerja am/civil & electrical - seperti memasang pagar di keliling kolam & ditepi sungai, memasang lampu, buat wiring etc
g. Sokongan moral kepada anak2 ini melalui lawatan kita ke tempat mereka.
Sama-samalah kita beramal jariah terutama sempena bulan Ramadhan ini.
No. Akaun Maybank : 564221610787
Cek ditulis diatas nama : Pertubuhan Penyayang Raudhah
Alamat : Pondok Penyayang Raudhah, Batu 11, 53100 Selangor
No. Tel : 03-61852048/019-2020241 (Ustaz Mokhtaruddin)

Sunday, July 23, 2006

BUKU-BUKU SEJAGAT DARI PROJEK GUTENBERG

Project Gutenberg sedang menyambut harijadinya. Projek ini ialah satu usaha gergasi untuk mengubah format buku-buku sejagat kepada format digital (teks atau mp3). Sempena hari jadi ini World eBook Fair menjemput anda memuat-turun (kalau larat) semua 1/3 million buku digital untuk kegunaan peribadi. Jemputan tamat pada 4th August 2006.
http://www.worldebookfair.com/

Tip: Jangan guna "search" gunakan link berikut untuk meninjau kemudian rancangkan strategi pilihan anda.
http://worldebookfair.com/Collections.htm

Tuesday, June 27, 2006

How To Paint Yourself Without Painting

Well, it depends on how you want to paint your day. You can use a bright colour, a dull colour or even well-blended colours. Be a good artist, paint up a nice portrait of yourself before you start each day and face your family, your clients, your colleagues or even someone you don’t know. Let it be a beautiful portrait that you share with others, so that it may be a great impact and become worthy and priceless at the later days… for every priceless piece of art was drawn by someone, some years ago and are appreciated by someone and some years later. Be a beautiful portrait to others….and surely you will be well remembered.

Life is always full of colours.
It depends on which colour you want to put up each day.
Yellow for a bright & sunny day;
blue for a lighter day
green for a day of adventurous
red for a hot-tempered day; gray & black for a glooming day….

Thursday, June 22, 2006

Cara Kreatif Menjimatkan Minyak!

Para saintis sedang giat berusaha mencari sumber-sumber tenaga lain untuk menggantikan minyak. Kenaikan harga minyak baru-baru ini telah memaksa para pemikir lain untuk mencadangkan idea-idea baru yang agak radikal tetapi mungkin berkesan. Lihat di sini.

Thursday, April 20, 2006

Kompilasi Artikel Saya Sudah diterbitkan!

Akhirnya buku kompilasi artikel kewangan saya Jilid 1 sudah ada di pasaran. Harganya cuma RM8.50 boleh didapati di kedai-kedai buku, majallah dan runcit. Untuk melihat sebahagian isi tajuk dan cover kulit sila muat-turun iklannya di-sini!

Ini pula puluhan testimonial dari pembaca.

Ada juga beberapa artikel tambahan yang dimasukkan sekali sebagai bonus.

Terima kasih di atas kesabaran semua!
Sila beri maklumbalas tentang buku tersebut kepada saya,OK?

Promosi Istimewa Wasiat Islam

Ini ada sedikit maklumat tentang tawaran penulisan wasiat Islam.

Harganya cuma RM150 (individu) RM250 (suami isteri)
Harga biasa RM350 seorang.
Penyimpanan sepanjang hayat secara percuma.

Tawaran sah sehingga 15 May 2006 dilanjutkan atas permintaan ramai ke 30 Jun 2006.
Untuk butir lanjut dan cara memohon diberikan di sini.
Jika tidak berminat masih ada 2 artikel wasiat yang boleh dimuat-turun.
Minta tolong sebarkan kepada rakan-rakan lain.

Terima kasih!

Thursday, February 23, 2006

Pusat Nur Hukmah - Jumble Sales Mengutip Dana

Jumble Sales bagi mengutip dana untuk Pusat Nur Hukmah - Pusat
Jagaan Anak Yatim/Ibu Tunggal dan Anak2 Ibu Tunggal :

Tempat : Dewan Serbaguna SS15 Subang Jaya KL
Tarikh : 4 hb March,2006
Masa : 10.00 pagi - 6 petang
Barangan Selebriti juga akan di jual

Pusat Nur Hikmah mempunya 2 penghuni yang memerlukan bantuan
perubatan :
Bacaan lanjut dan nombor talipon - di sini
BANTULAH INSAN YANG SERBA KEKURANGAN. (MAY GOD REPAY YOUR
KINDNESS IN OTHER WAYS)

Monday, December 12, 2005

Sila cuba Firefox - pencabar Internet Explorer

Saya sudah lama menggunakan Firefox sebagai browser default di sistem operasi komputer saya(Linux dan Windows). Saya lebih senang dengan Firefox kerana alasan-alasan berikut:

  • Blocking POP Up. Jadi kita terbebas dari popup waktu browsing
  • Tab Browsing. Tiap kali buka new web page tidak perlu "open new window" - taskbar juga tidak kelihatan penuh.
  • Enjin pencarian yang mudah dan banyak seperti google, yahoo, ebay, amazon dan yang lain.
  • Installation file kecil 4-5 MB berbanding IE yang sampai puluhan MB.
  • Boleh berfungsi di atas berbagai platform sistem operasi seperti Linux dan Macintosh.
  • Masih banyak lagi lainnya mulai dari plugins, extension, dll yang semakin memudahkan kita waktu browsing.
Klik di sini untuk mulakan pengalaman baru bersama Firefox!!!!

Sunday, November 27, 2005

Kenapa corak dan gaya penulisan saya akan dikekalkan?

Ada setengah pembaca yang berpendapat isi dalam artikel agak "basic" dan tidak memuaskan kehausan IQ mereka. Ada pula satu golongan pembaca yang mengatakan isi yang sama sukar difahami terutamanya oleh suri rumah tangga dan mereka yang tidak mempunyai kelulusan kewangan. Keputusan saya ialah untuk mengekalkan gaya penulisan dan tahap pengetahuan seperti sediakala kerana alasan berikut:

Bagi pembaca yang merasai kurang "layak" untuk membaca hal ehwal kewangan ini, saya nasihatkan keluar segera dari tempurung. Contohnya seperti belajar komputer. Sesiapa pun boleh belajar sendiri perisian komputer sehingga mampu menjadi seorang pakar. Tetapi soalnya ialah sanggupkah dia belajar bahasa komputer,mengikuti kursus atau mencari tok guru. Kalau asyik kata susah, takut meletup, kena belajar bahasa inggeris, hanya tahu pegang alat dapur maka sampai kiamat pun sudah tentu tidak akan dapat menggunakan komputer.

Bagi pembaca yang merasai bahan artikel ini agak "basic"-memang benar-ini disengajakan kerana mengambil kira profil pembaca secara keseluruhan. Lagipun tujuan utama saya menulis ialah untuk membolehkan pembaca mempraktikkan dengan cepat dan tepat. Kalau disajikan yang lebih terperinci takut nanti akan jadi bahan simpanan seperti ribuan tesis-tesis dan bahan ilmiah yang sekadar duduk menjadi debu di menara gading atau penghias rak almari. Bagi mereka yang berminat mengkaji lebih mendalam, semua pengetahuan kewangan yang telah saya curahkan selama ini boleh dirujuk kembali di perpustakaan dan buku-buku kewangan (sayangnya kebanyakan Bahasa Inggeris) di kedai-kedai buku terkemuka seperti Kinokuniya, Borders dan MPH. (Mungkin saya akan buat ulasan buku-buku kewangan yang telah saya baca).

Wednesday, October 19, 2005

Landbanking - Pelaburan Hartanah Di Luar Negeri Tanpa Risiko

Pelaburan harta tanah yang biasa kita dengar ialah berkaitan dengan:
  1. rumah di atas tanah
  2. apartment/kondominium/flat
  3. tanah
Kalau ingin mendapatkan tanah di luar negeri prosesnya lebih rumit dan perlu kajian teliti.
Tapi ramai orang tidak tahu yang kita boleh melantik satu pengurus dana untuk melakukan kerja-kerja di atas.
Konsep pelaburan ini dipanggil landbanking.
Untuk penerangan ringkas secara Flash sila klik di sini

Thursday, September 01, 2005

Bahasa Rahsia Wanita

Memang wanita penuh misteri, apa lagi bahasa mereka.
Pembaca lelaki boleh edarkan kepada lelaki lain sebagai amaran.
Pembaca wanita boleh gunakannya sebagai bahan gurauan.
Bagi mereka yang berurusan dengan wanita dalam pekerjaan sehari-hari mungkin ini dapat membantu menaikkan jualan/pemasaran anda.
Klik di sini untuk mendapatkan maksud sebenar jawapan-jawapan dari wanita (format Flash) .

Wednesday, August 31, 2005

Kemerdekaan Dari Segi Kewangan

Kita baru menyambut kemerdekaan ke 48 tetapi bagaimana dengan kemerdekaan kewangan kita? Bilakah kita akan mencapai kebebasan kewangan? Bagaimana nak mula?
Klik link di bawah untuk maklumat seterusnya (maaf, cuma dalam Bahasa Inggeris)
HAVE YOU PLANNED FOR YOUR FINANCIAL MERDEKA DAY

Friday, July 29, 2005

Ucapan Steve Jobs dalam format ebook

Kepada yang berminat untuk mendengar ucapan secara lisan sila hubungi saya (ilmudigital@gmail.com atau 03-62019250) untuk memesan dalam bentuk ebook yang menerapkan sekali teks ucapannya. Saya akan menghantar CD melalui pos - harga cuma RM8 .


Wednesday, July 20, 2005

Ucapan Steve Jobs , Ketua Apple Computer

Steve Jobs memberi ucapan ini di hadapan penuntut-penuntut di Stanford University. Ucapan ini mengandungi banyak petua praktikal yang berguna bagi kita.

Kisahnya agak sedih juga di mana beliau pernah ditendang keluar dari syarikat belaannya sendiri iaitu Apple Computer. Tetapi beliau tidak berasa dendam, malah berusaha untuk membeli kembali syarikatnya.
Dalam teks ucapan ini anda akan melihat bagaimana:
  • Memupuk semangat keusahawanan waja yang diamalkan oleh beliau dalam 28 tahun lepas
  • Bagaimana "cergas kembali" walaupun dianiaya oleh rakan perkongsian yang amat dipercayai?
  • Bagaimana menghasilkan daya kreatif dan pemasaran dalam dunia perniagaan yang penuh dengan peniruan dan penipuan?
Klik link di bawah untuk kisah penuh (maaf, cuma dalam Bahasa Inggeris)
Kisah Steve Jobs