Tempat : STUDIO 1, WISMA TV,ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR
Masa Siaran : 10.00 PG - 11.00 PG (SIARAN LANGSUNG)
Antara maklumbalas dari pemain-pemain:
Dalam masa 10 minit sahaja seorang pengguna yang mempunyai sedikit kemahiran komputer dan matematik sekolah rendah sudah boleh melihat hala tuju perancangan kewangannya. Perisian ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, versi Bahasa Malaysia masih dalam pembangunan . Mereka yang berminat untuk mendapatkan perisian ini(bukan percuma)boleh menghubungi saya untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan. Akhir kata saya petik pesanan Nabi Muhammad yang boleh kita semua amalkan untuk kebaikan dengan perancangan kewangan yang bijak, "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa muda sebelum masa tua, sihat sebelum sakit, masa berharta sebelum masa miskin, lapang sebelum sibuk, masa hidup sebelum mati."Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, kupon diskaun disediakan bagi pembeli di booth PTS. Download kupon di sini dan bawa ke gerai berkaitan. Mohon jasa baik kalian untuk membuat sebaran kupon diskaun ini kepada rakan-rakan. Diskaun antara 20-25 peratus.
Baca juga post berkaitan kehadiran saya di Pesta Buku hari Sabtu 25 hb 2009 ini.
......Kini tiba giliran mereka yang bukan berugama Islam. Bagi mereka keseluruhan harta boleh dibahagikan melalui wasiat dan keinginannya sendiri. Bagi perancang kewangan, penasihat insuran/takaful, penasihat unit amanah dan orang awam pastinya perisian ini sangat berguna. Penasihat kewangan berugama Islam sendiri patut mempelajari kegunaan perisian ini demi memberi nasihat yang betul kepada pelanggan-pelanggan yang tidak berugama Islam. Bagi agen insuran perisian ini membolehkan mereka membuktikan kepada pelanggan yang sedia ada mengapa penting membuat wasiat di samping meninjau kembali program insuran yang sedia ada.....Ia direkabentuk untuk membolehkan pengguna membandingkan sendiri kesan pengagihan harta di bawah situasi berikut:
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Bukan itu sahaja,bagi mereka yang baru berjinak dengan Ilmu Faraid perisian ini memberikan latarbelakang teori berikut (antara lain):
......Negara kita pernah mengalami keadaan seperti ini yakni semasa zaman pendudukan Jepun dulu. Tanya sahaja kepada warga emas yang hidup di zaman itu. Kesimpulannya kekayaan sebenar terletak pada emas dan perak, bukannya wang kertas. Pelabur profesional mengamalkan strategi pemelbagaian jadi kenapa tidak memasukkan emas dalam portfolio pelaburan yang ada sekarang. Ada dua jenis pelaburan emas iaitu membeli emas fizikal atau menggunakan akaun simpanan emas tajaan bank. Emas fizikal untuk tujuan pelaburan contohnya ialah seperti Dinar Emas Kelantan, syiling emas dijual di bank seperti Syiling Kijang Emas dan wafer atau jongkong emas. 
Debat Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sedang berjalan hebat sekarang. Hujah menyokong banyak diberikan dalam media massa tetapi hujah membangkang kurang diketahui umum. Download hujah membangkang versi penuh pdf disini. Dalam 200 mukasurat buku ini adalah koleksi terbaik artikel dan kertas kerja kumpulan profesor-profesor yang menentang PPSMI. Versi hardcopy boleh dibeli di kedai buku MPH atau dengan pesanan online dari www.bookcafe.com.my.
Sewaktu menjelajah dunia cyber saya terserempak dengan perpustakaan peribadi seorang blogger yang mengandungi buku saya "Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah" (kedua dari kiri dalam gambar). Kerjaya beliau dalam bidang perisian komputer tetapi minat bacaannya memang meluas.
......Prinsip kewangan tetap boleh diamalkan samada ekonomi gawat atau tidak. Yang penting apakah keadaan kewangan sekarang. Contohnya bila bermain buah catur seperti rajah sebelah .Bila buah putih bergerak kita umpamakan berlaku perubahan dalam keadaan kewangan. Perubahan kewangan boleh jadi dalaman (ekonomi negara sendiri)atau luaran (keadaan ekonomi dunia). Lantas macam mana buah hitam patut bergerak. Sudah tentu yang pertama kena tahu undang-undang permainan catur. Lepas tahu gerak kena belajar beberapa strategi mudah contohnya strategi pembukaan dan pertahanan seperti Ruy Lopez, King's Gambit atau Sicilian Defense.
Mula menulis dalam Mingguan Wanita : Tahun 2003
Saya ditemuramah untuk artikel Majallah Maskulin Nov 08 berkaitan kad kredit.